ISU # 4 (April 2014)
Pertama kali saya tahu mengenai zine ini
dari group facebook yang bernama Movie Addict. Editornya kerap mempromosi zine
beliau ini disitu. Maka terjadilah ‘zine trade’ antara kami. Saya tidak pasti
apa yang mendorong beliau menyunting zine bawah tanah begini, ini kerana berdasarkan fokus kandungan merujuk kepada filem-filem tempatan yang turut mendapat liputan arus
perdana. Jadi saya pasti majalah seperti URTV, Mangga mendapat coverage yang
lebih luas walaupun terarah kepada gossip demi kelangsungan hayat selebriti.
Bagaimanapun isu # 4 ini best, ada banyak info menarik dan ulasan yang hebat
mengenai filem sekitar nusantara seperti Kebaya Pengantin, Mentari, Not Yellow
Enough, dan sebagainya. Juga memuatkan temubual bersama Nam Ron, Low Ngai Yuen,
Gavin Yap. Kupasan mengenai filem The Journey membangkitkan selera saya untuk
menontonnya.
ISU # 6 (Disember 2014)
Gelanggang Filem ini sebenarnya unik juga kerana
mereka menyokong produk tempatan dengan cara sendiri. Saya harap ada
syarikat buku yang mahu membantu mereka menerbitkan Gelanggang Filem dengan
cetakan yang lebih mantap. Ataupun menjemput editornya menjadi penulis sebagai pengkritik tetap dalam majalah hiburan mereka. Menampilkan temubual bersama Benard Chauly, Nadiya
Nisaa (best dia ni..), Redzat Minhat, projek Disko Baldi dan Zed Zaidi mengenai
kempen Switch Off.
ISU # 7 (Disember 2014)
Isu kali ini mempromosi filem skinhead
pertama di Malaysia, Ophilia. Dengan fokus penuh kepada ulasan, maklumat dan
temubual bersama Pekin Ibrahim (watak utama filem ini) dan sebuah artikel dari
blog penulis Ophilia, Lyn. Agak nipis dan dihasilkan mengunakan kualiti fotostat sepenuhnya, sebelum
ini kulit zine mereka guna printer laser jet.
ISU # 8 (Januari 2016)
Setelah setahun menyepi, mereka kembali
dengan sedikit kejutan, iaitu tidak menampilkan sebarang temubual dengan
pengarah atau selebriti tempatan. Kali ini mereka membawakan Banjong
(Thailand), Rico Micheal (Indonesia) dan pemilik sesawang Viddsee. Seperti
setiap isu sebelum ini, mereka menampilkan ruangan ulasan filem.
ISU # 9 (Februari 2016)
Walaupun hampir 100 peratus media diluar
sana membuat liputan dan promosi Ola Bola, mereka tetap memilih filem ini untuk
ditengahkan mungkin kerana pengarangnya meminati sukan bola sepak tanahair. Selain
ulasan , biografi dan temubual bersama aktor Ola Bola. Mereka turut membawakan
kupasan drama Hormones yang popular di Thailand.
Kepada pengemar filem, boleh dapatkan zine
ini. Saya berharap mereka dapat memperkenalkan kepada pembaca-pembaca
genre-genre filem yang lebih gelap dan terasing untuk masa akan datang sesuai
dengan haluan zine (iaitu penerbitan bawah tanah yang terpencil)
menarik ni.
BalasPadamaku ada tgk filem ola bola tu, hurm tak ngam dgn selera aku, sama kes macam filem polis evo.
kipidap bro raimi..
BalasPadam