Khamis, 14 April 2016

DR. ZAKIR NAIK DAN MALAYSIA


Zakir Naik adalah tokoh yang saya hormati sejak didedahkan dengan ilmu perbandingan agama yang merupakan cabang dakwah. Saya sendiri pernah mengikuti kelas asas dakwah FCR, Setiawangsa kini kenali sebagai MRM (Malaysia Reverted Muslim). Sifu saya Bro Shah Kirit dan Bro. Engku Ahmad Fauzi.

Selain tentangan dari HINDRAF, yang pada pendakwah-pendakwah seperti Zakir Naik anggap sudah lali dan dianggap tindak balas pertahanan bagi penganut agama mereka. Kita sedih dengan golongan yang mendakwa mereka ahlus sunnah wal jamaah tetapi menjadi penghalang utama kepada usaha dakwah Dr Zakir Naik. Saya turut melihat komen-komen golongan tabligh yang kurang senang apabila banyak orang awam mempertahankan Dr Zakir yang mereka anggap orang luar dan popular, tetapi mengetepikan seruan mereka walaupun dihadapan pintu rumah. Saya faham kekecewaan mereka. 

Saya memuji golongan tabligh, kebanyakan mereka melakukan gerakan dakwah yang ikhlas dan gigih. Siapa boleh menandingi mereka dengan bergerak sedemikian rupa? 

Di antara mereka ada yang menetapkan displin tertentu dan kaedah yang tertentu untuk keluar tabligh yang saya tidak setujui. Kadangkala kegagalan dakwah itu disebabkan ketiadaan hikmah. Contohnya, tidak dititik beratkan hal akhlak. Dulu saya pernah mengikut jemaah tabligh ketika di sekolah menengah, dan paling terkini saya terserempak dengan jemaah tabligh di sebuah masjid di Pulau Langkawi ketika berhenti rehat kayuh basikal. Sebaik berbual-bual dengan mereka, pertama sekali terpacul dari mulut mereka adalah cara pemakaian pelancong Eropah yang datang menunaikan solat dimasjid itu. Saya senyum sahaja.

Saya mohon kemaafan jika terpaksa menegur, hampir kebanyakan tabligh yang saya jumpa mereka hanya mengiktiraf jalan berdakwah cara mereka. Dahulukala jemaah tabligh terkenal kerana sikap mereka tidak judgemental, mereka tidak menghukum orang pada pakaian dan bangsa. Kini saya lihat mereka suka mengatakan hanya sheikh-sheikh dari negara tertentu sahaja yang muktabar, bijak dan soleh. Mereka juga memandang orang-orang seperti saya umpama tiada pengetahuan langsung dalam dakwah dan berkali-kali menyatakan perlunya saya sertai mereka walaupun sekali, kata mereka saya tiada langsung idea mengenai apa itu dakwah tabligh. Walaupun saya nyatakan saya pernah sertai tabligh, mereka menganggap seolah-olah saya menipu. Apa yang saya tidak ucapkan ketika itu, turut bersama saya mengayuh basikal ini adalah seorang atheist yang berminat dengan Islam. Dan saya amat-amat berusaha ketika itu memperlihatkan keindahan Islam padanya.

Sekali lagi saya nyatakan seni dakwah itu, bukanlah terletak pada berapa hari kita tinggalkan rumah, sejauh mana kita berjalan kaki, semeriah mana kita makan dalam dulang atau se-Arab mana jubah dan serban yang dipakai. Jangan sesekali menganggap apa yang kita buat itu terlalu hebat hingga merendahkan usaha orang lain, saya pernah ditarbiahkan:

Siapa lagi hendak berdakwah kat saudara-saudara kita di tembok-tembok, di stesen bas? Kitalah. Ini dok ceramah di masjid saja kepada orang-orang tua yang dah pun bertaubat. Apa guna?

Tahukah jika begitu tanggapan kamu. Kamu telah tersalah pemahaman dalam konteks berdakwah yang luas itu. Namun jika diperincikan definasi dakwah, saya lebih setuju jemaah anda hanya sedang islah kepada saudara sesama muslim, atau lebih tepat anda hanya sedang memperbetulkan akidah saudara-saudara namun anda langsung tidak bertemu dengan orang bukan Islam untuk menyampaikan risalah tauhid? Adakah itu dakwah? Dalam ilmu sunnah, dakwah dan islah berjalan seiringan. Ini bermakna anda memperbetulkan akidah saudara muslim yang lemah iman dalam masa yang saya anda menyebarkan Islam kepada orang kafir (bukan muslim). Rasulullah SAW tidak pernah menghentikan dakwah dan hanya mengislahkan sahabat-sahabat hingga sempurna iman dan amal dahulu, kemudian barulah diteruskan dengan dakwah kepada orang bukan Muslim. Maka saya merasakan Dr Zakir Naik berdakwah dengan cara yang lebih tepat.

Kita ini lah pewaris nabi kalau hang nak tau.

Tidak salah untuk berbangga dengan usaha tabligh (menyampaikan) yang kita lakukan. Kenapa tidak diucapkan "kerja-kerja sebeginilah yang dilakukan insan yang dikatakan pewaris nabi". Kita bimbang dengan taksub pada gelaran ini, kita merendahkan usaha dakwah orang lain. Kita terperangkap dengan karut-marut yang dibawa oleh golongan yang bertopengkan jenama ahlus sunnah, lebih-lebih lagi apabila kita baru berjinak-jinak dengan agama setelah lama kita hanyut sebelum sertai tabligh. Kita mula lupa nabi SAW datang dengan kempen akhlak, akidah dan ibadah BUKAN kempen fesyen. Kita mula mengatakan orang lain tidak berlandaskan sunnah disebabkan kedangkalan ilmu seterusnya menyebarkan kebodohan kita pada orang lain pula.

Kita mula menganggap dengan cara keluar rumah beberapa hari, berjalan kaki, makan berkumpulan itulah sahaja erti dakwah. Perbandingan dan debat antara agama kita anggap sebagai sesuatu yang pelik dan bukan berdakwah. Peliknya kita memperakui “Muzik Dakwah” walaupun keempat-empat mahzab mengharamkan muzik, malah imam As Syafi’ey mengharamkan sekalipun nasyid! Saya antara orang yang tidak pernah bersetuju dengan terma “Muzik Dakwah” malah saya menganggap perbuatan itu tidak boleh disandarkan kepada kaedah berdakwah yang digemari Rasulullah SAW, kerana zamannya pun telah ada muzik tetapi baginda tidak pun berdakwah dengan medium itu, hatta para sahabat pun.

Sebenarnya, perbandingan antara agama yang pertama terjadi di zaman Rasulullah SAW sendiri apabila rombongan Kristian yang telah dihantar ke Madinah dengan diiringi dua orang pembesar Yahudi untuk berdebat dengan nabi SAW seorang diri. Ini diceritakan dalam al-Quran dalam surah al-Imran. Guru Dr Zakir Naik, al marhum Sheikh Ahmad Deedat mula berdakwah dengan methodologi ini setelah mengkaji kisah tersebut.

Moga Dr Zakir Naik, jemaah tabligh dan sesiapa sahaja yang berdakwah secara bebas mendapat kurnia dari Allah azzawajal. Permudahkanlah urusan mereka dan bantulah mereka untuk menghapuskan dogengan dan hikayat panglipurlara dalam agama suci ini.

Tambahan: If Dr Zakir Naik read this, congratulation for an island rewarded to you by The Terengganu state government. May your dreams to build the South-East Asia regional research center for the Islamic Research Foundation (IRF) will be fullfilled.

14 ulasan:

  1. dengar ceritanya ceramah dr. zakir naik, nak kena ban (disekat)..!! betul ke..?
    tapi kalau konsert selena gomez, diorang lulus pulak.. adoii!! haru biru betul..!!

    BalasPadam
  2. bro raimi nak tanya wahabi tu apa ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah terjawab kan? Tengok bro dok pos kat fb tu. hehehe.

      Btw, try get this book from Popular atau MPH:
      http://ra1m1.blogspot.my/2012/04/menyingkap-fahaman-paling-kontroversi.html

      Padam
  3. setuju pendapat saudara berkenaan jemaah tabligh...saya pernah juga bercampur dengan mereka semasa di IPTA...pernah berhadapan dengan jemaah pedal yang mengatakan belajar tinggi-tinggi itu tidak perlu...cukup sekadar yang perlu...kerja dakwah lebih penting...sesuatu yang saya tidak berapa setuju...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dinafikan ada mereka yang misconcept dalam tabligh... ada juga orang awam yang misconcept tentang tabligh. hehe
      Tapi betoi tu, Dr. Maza pun pernah cerita sendiri. Mereka pun bercakap berdasarkan hadis tentang berdakwah tu. Tetapi mereka lupa juga, menuntut ilmu tu wajib. Dakwah perlu didatangkan dengan pakej ilmu juga. Ilmu membebaskan kita dari bodoh, tak kira ilmu dunia atau akhirat.

      Padam
    2. Betol bro, kita pemuzik pun sedar ni weakness kita. Kita tak mahu campur lagho dan kebaikan. minyak dan air, tak bercampur.

      Padam
  4. Nazri the prime minister's Rottweiler.. biasa la.

    BalasPadam
  5. entri blog ini membuat saya berfikir tentang konteks dakwah yang terlalu luas. terima kasih atas hujah yang dijelaskan. ya, saya pun kurang setuju dengan "muzik dakwah" atas dasar pemerhatian saya sendiri dalam industri muzik sekarang ini yang semakin hari semakin tenat dan dibebani oleh hedonisme. kita juga peminat muzik, akan tetapi apabila dikaitkan dengan benda dakwah, rasanya kita kena buat satu garis pemisah di antara 2 elemen ini. just my 20 sen.

    BalasPadam
  6. 'dakwah' untuk non muslim.
    'islah' untuk muslim.

    nampaknya hindraf aswaja tabligh sekapal dgn polis raja di malaysia tak senang kerja 'dakwah' Zakir Naik. tabligh ni kerja islah je bukan dakwah pun, ada benda aku tak berkenan, lama dah aku tinggalkan dorang ni. sebab takde ilmulah bole jadi dari tabligh ke parti hijau ke isis.

    Islamic Research Foundation akan buat cawangan di Malaysia bukan di Kuala Lumpur bukan di Putrajaya tapi di sebuah pulau di Tasik Kenyir Terengganu. tabik spring k'jaan negeri Tganu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu bro.. Tapi tu la, kawan-kawan kita pun banyak tabligh, setakat la ni baik-baik belaka. Nabi SAW apabila kemahuan jalan sunnah tu ada, ikhlas, akan diberi kefahaman agama serta hidayah.

      Moga tiada hasad dalam usaha dakwah. Ini bukan jalan cari glamor malah penuh onak duri.

      Padam
    2. hang tengok si pemuja iran ni..alegik beno dgn DZN..wahabi katanya.. http://www.malaysiakini.com/columns/338257

      Padam
    3. Faisal Tehrani.. cabaran umat disini. Malaysiakini hairan jgak boleh bagi flatform penulisan kat dia...

      Padam
  7. harapnya bercambah lagi wacana ilmiah di negara kita dengan adanya IRF nanti..

    BalasPadam
  8. Totally agree wit u bro. Nak ukur apa2 kebenaran pon, ukur lah dgn kitab quran. Kalau nak faham islam jgn tgk pada apa y org islam byk buat, tp refer pada kitab nya. Iaitu al quran.

    BalasPadam