Menarik juga poster yang dibuat peminat ni |
Ketika menonton Batman Vs Superman ini
hanya ada sebaris penonton dalam keseluruhan pawagam, bermakna semua orang dah
bergasak-gasak menonton pada minggu pertama ia ditayangkan. Jadi saya dapat
tempat yang selesa.
Pertama sekali saya kagum dengan runut bunyi (sound FX pesawat batman, kereta batmobile terbabas, ledakan bom dan sebagainya) yang
setanding Terminator dan The Transformers. Saya tidak menaruh harapan yang
tinggi pada filem ini kerana ia saga adiwira bertembung adiwira yang pasti
rumit untuk dirumuskan dalam masa 2 jam 30 minit. Walaupun saya bukan peminat
tegar komik kedua-dua adiwira tersebut, saya sempat mengulangkaji sedikit versi
PDF sebelum menontonnya dan ya, memang ada sedikit modifikasi untuk versi filem
ini dan saya boleh bayangkan bagaimana Chris Terrio dan David S. Goyer memerah
otak untuk mencantas epic persengketaan Bruce dan Kent menjadi sinopsis.
Banyak orang puas hati dengan watak Batman
yang dilakonkan Ben Affleck, kononnya dia lebih brutal dan misterius. Babak
pertarungan dengan mercenary (tentera upahan) yang dikatakan terlalu ganas itu
biasa sahaja, dan ia masih dalam gaya tipikal pertarungan Christian Bale
(Batman lama). Cuma yang menariknya seragam Batman kali ini tidak kalis peluru
dan pisau, seperti dalam komik Ben Affleck mengenakan logo old school Batman dan
digarap lebih berisi dan berumur dari Clark Kent. Lucu juga bila fikir Gotham
City hanya bersebelahan Metropolis. Kan?
OK Superman. Ada sesiapa perasan tak watak
Superman ini digarap mirip Jesus? Kalau anda tak faham ada baiknya ada buat
sedikit kajian mengenai Tuhan dengan imej manusia yang mati untuk menebus
segala dosa umat manusia. Tidak mustahil riwayat Nasrani menjadi pengaruh
mereka kerana Superman adalah hikayat dewa dewi yang tidak pernah melalui zaman
vintaj sebaliknya malar segar sepanjang zaman. Inilah tujuan ia dimasukkan elemen
pendewaan sebegini.
Yang bestnya komik-komik adiwira Justice League DC, mereka
akan tetap menonjolkan manusia biasa tanpa kuasa ajaib sebagai wira mutlak:
Batman! Watak Lex yang biyol ala-ala Mark Zuckerberg + Steve Jobs telah diberi
pencerahan oleh penggila komik adalah anak kepada Lex Luthor, jadi itu adalah
Lex Luthor jr. Saya cuma kurang puas hati dengan watak Alfred yang dah hilang
karekter khadam.
Superman dan Batman anak mak, suka bermimpi
dan melucukan apabila Batman asyik tanya..why..why..why bila, Kent sebut
Martha. Nama ibu sama pulak dah! Kemudian kedua-dua pun berdamai dan lawan mutan Jeneral Zod yang
dihidupkan semula oleh Lex. Pengenalan projek metahuman, iaitu Aquaman, Cyborg,
Flash dan Wonder Woman bagi sekuel seterusnya The Justice League turut diselit masuk dengan
penampilan sulung si jelita Wonder Woman. Dia ni lebih kurang spesis Captain
America lah, umur beratus tahun dah, bertarung pakai spenda habis bangunan
runtuh, dia sikit pun tak luka! Sekadar infomasi, Wonder Woman ni asalnya
seorang jururawat. Hahaha! Filem dia pun akan keluar 2017 ini. Gal Gadot ini aktress dari Israel dan memang penyokong hardcore Zionist dalam
kenyataan-kenyataannya.
3/5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan