Khamis, 15 September 2016

ORANG ASING YANG MENGGENGGAM BARA API


“Allah telah memutuskan untuk menghancurkan dunia ini sebelum Dia menciptanya” kata Maulana Nasaie sebagai mukadimah kuliahnya yang berjudul Orang Asing yang mengenggam Bara Api melalui Kembara Ilmu siri Ogos yang dianjurkan Jabatan Mufti Negeri Perlis. Boleh dikatakan ia juga antara kata pembuka kegemaran Maulana dalam siri-siri kuliahnya.

“Maka beruntunglah bagi orang-orang asing” (HR Muslim)

Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW ditanya “Wahai Rasulullah siapa yang asing itu?. Rasulullah SAW bersabda “Yaitu orang-orang yang mengadakan pembaikan di tengah manusia yang berbuat kerosakan”

Dalam lafaz yang lain, Rasulullah SAW: “Mereka adalah orang-orang yang memperbaiki sunnahku yang dirosak manusia”.

Dari ibnu Umar r.a berkata “Rasulullah SAW memegang bahuku seraya bersabda “Hiduplah engkau di dunia seakan-akan orang asing atau pengembara” Ibn Umar berkata “Jika engkau ada pada waktu petang maka jangan menunggu waktu pagi hari. Jika engkau ada pada waktu pagi jangan maka jangan menunggu petang hari. Manfaatkanlah sihatmu sebelum sakitmu dan manfaatkanlah hidupmu untuk bekalan matimu” (HR al-Bukhari, Ibn Hibban, al-Baihaqi)

Rasulullah SAW memberikan pelajaran agung melalui hadis ini. Pesan baginda agar seorang mukmin sentiasa perlu menganggap dirinya sebagai orang asing atau orang sedang bermusafir sahaja. Orang asing tidak memiliki tempat tinggal. Negeri tempat ia berada bukanlah kampung halamannya. Negeri itu sekadar tempat ia menyelesaikan hal keperluannya dan kembali ke kampung halamannya. Begitu juga orang yang mengembara, dia singgah sebentar untuk berteduh dan mencari bekal kemudian dia pun berlalu menuju destinasi keinginannya.

Sedang jiwa ini begitu asyik memahami erti kata-kata sang Rasul ini. Tuhan memberi jawapan dengan pantas. Saya mendapat arahan ditukarkan ke Gombak serta-merta. Walaupun dikurniakan rezeki yang lebih, jiwa saya berat. Namun saya berangkat juga…

Di negeri sini saya ada kediaman sendiri, walaupun rumah teres dan jauh dipinggir bandar,
Kalau makan di kedai. Kedai milik rakan-rakan baik,
Takda duit nak makan. Kawan-kawan belanja,
Ada kereta walaupun buruk, ia milik sendiri,
Tiada isteri, tapi saya ada ibu ayah dan adik-adik,
Bila kenderaan rosak. Mekanik pun rakan baik.
Ada koleksi CD, kaset, piring hitam, homestudio, mampu juga dibeli dan dikumpul
Tomoi, kasuh basikal, camping, ada saja masa terluang untuk itu
Ada mufti yang dianggap guru kami semua
Cara beragama, selesa dengan cara salaf
Kerja di pejabat, kerja dengan kawan-kawan baik
Ada haiwan kesayangan yang dah menjadi sebahagian dari keluarga
Nak bermuzik, gig, kenduri, kuliah, semua bersama kawan-kawan baik
Selesa nak berkarya.. menulis, melukis, bermuzik

Siapa yang tak sedih apabila semua ini, diambil dengan tiba?. Segala hal yang sebelum ini tidak pun saya anggap sebagai nikmat. Hari ini saya dihantar ke daerah yang asing, tanpa sesuatu harta, hiburan, tempat tinggal dan saudara-mara.


Cuaca di sini paling panas.. suhu yang tertinggi di Malaysia. Tapi dengan kemarau itu kami ada harumanis... Panas itulah yang saya rindu kini.

Maulana Nasaie juga sebaik pulang dari kembara ilmu di Perlis terus bermusafir ke Jordan. Benar katanya, sesetengah manusia Allah SWT jadikan dengan kekuatan fizikal dan kecerdasan aqal untuk menimba ilmu yang padanya menjadi khazanah. Manakala ada manusia, Allah jadikan dihidup sebagai rakyat biasa, orang awam yang dari khanazah golongan pertama tadi dia mengambil agamanya.

Doakan saya agar dapat menempuh hari-hari sebagai orang asing di Hospital Orang Asli Gombak.

10 ulasan:

  1. Genggam bara api, biar sampai jadi arang.. Selamat menjadi orang asing..

    BalasPadam
  2. moga senang menyesuaikan diri di negeri asing

    BalasPadam
  3. Alamak bro.dont worry.sy ada di wangsa maju.takat nak mengeteh dekat pasar raya ong tai kim gombak tu kita bole lepak anytime.roger je.hehe..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...brg yg buruk difikir kita tpi Allah adalah sebaik2 perancang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bro. Kesihatan camna sekarang? Moga baik-baik saja.

      Padam
  5. kena transfer ke? naik pangkat ke bro?

    aku kalau diberi pilihan memang taknak duk lembah klang ni...start hidup baru di tempat asing...sabar je lah...

    moga dipermudahkan segala urusan bro...amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. naik pangkat skit. Ya bro.. siapa yang mahu meninggalkan benda dan berjauhan dengan orang yang dikasihi. Namun itu mengajar agar tidak terikat dengan dunia.. bukankah dunia itu perhiasan yang menipu?

      Padam