Selasa, 1 Jun 2021

KEMPEN SELAMATKAN PALESTINE

Perlukah kita baju dengan tulisan merayu kepada kafir untuk "Selamatkan Palestine"?
Umat Islam terdahulu merayu begini? memegang kad dijalan-jalan minta diselamatkan?

Benarlah banyak asatizah yang menegur supaya kita tidak memperkecilkan sumbangan dan amal kebajikan sesiapa pun. Tetapi melakukan kerja kebajikan dan amal soleh itu perlu dibuat dengan niat yang benar untuk mencapai ikhlas dan dilaksanakan dengan kaedah yang betul.

Jika tidak, jadilah keadaan dan rungutan seperti yang pernah berlaku di Jalan TAR, hampir semua gelendangan sebenarnya memerlukan bilik, rumah tumpangan atau tempat berteduh, tetapi kebanyakan NGO atau agensi Kerajaan lebih terarah untuk memberi sumbangan makanan. Ada yang mendabik dada merasakan sumbangan mereka begitu besar, dan memarahi pula golongan gelendangan apabila makanan-makanan yang berikan dilonggokkan sahaja di sepanjang jalan dan kaki lima. Bahkan menambahkan lagi timbunan sampah sarap  di kawasan itu. Dasar tak tahu bersyukur! Kata mereka. Puak yang ingin membantu bagaikan sengaja tidak mahu ambil peduli bahawa para gelendangan itu memerlukan tempat berteduh. Mereka membantu secara tidak bijak, tidak prihatin dan tidak ambil pusing apa yang sepatutnya perlu dibantu. Kebanyakan golongan gelandangan sudah mempunyai pendapatan, tak kiralah dari kerja-kerja ringan, buruh, bantuan JKM, Baitulmal atau hasil mengemis. Hakikatnya mereka mampu makan nasi kandar, bubur, KFC bahkan mampu membeli makanan lebih mewah daripada kita. Apa yang mereka sangat perlukan ialah rumah!

Baiklah…

Kenapa bila saudara-saudara kita di Palestine diperangi dan ditindas Yahudi, peniaga kita boleh terfikir untuk mencetak dan menjual cenderahati (merchandises) t-shirt, selendang pro-Palestine?. Diselit pula tagline seperti RM5 daripada hasil jualan akan disalurkan ke Palestin.

Kenapa kau perlu berniaga atas penderitaan dan kesengsaraan saudara hang?

Kenapa kau perlukan keuntungan atas peperangan ini?

Kenapa kau perlu jual barang kau dahulu, baru boleh menyumbang atau bersedekah?

Kenapa perlu ada bahagian dunia untuk kau dalam cerita penindasan ini?

Bukan senang nak salurkan kepada Palestine. Nyatakan. Kau salurkan pada siapa? NGO mana? Baca sini.

Kenapa tiada merchandises penindasan Uighur? Rohingya? Tak boleh jual? Tak untung?

OK, yang membeli pula…

Kenapa tak boleh masukkan sahaja RM5 dalam tabung atau akaun aktivis Palestine? Ya! Masukkan sahaja.

Kenapa kau nak derma RM5 tapi kau kena dapat t-shirt? Kenapa kau perlu tshirt tu? Kau kena ada sticker?

Ya, memang duit kau dan hati budi kau untuk tolong orang dengan cara apa pun yang kau rasakan betul. Tetapi bagi aku, memang aku akan tentang amalan-amalan dan trends begini. Seharusnya kita bantu saudara-saudara kita tanpa perlu kaut keuntungan di pihak kita. Dermalah tanpa perlu ada laba kepada diri sendiri dan tolonglah pada kadar yang mampu dengan hati yang suci. Jangan sampai diperdaya oleh golongan yang bijak mengambil kesempatan.

 Jangan jadi kawanan lembu-lembu yang dicucuk hidung. 

 Semoga Allah memimpin kita ke arah taufik dan menetapkan hidayah dalam sanubari.

- Ra1m1

2 ulasan:

  1. Aku cuma ada 2 ibu jari tangan ja untuk hang..Well said!

    BalasPadam