Ketika berbual di pejabat mengenai ibadah aqiqah, maklumlah saya baru sahaja menjadi ayah, saya agak terkejut kerana mendapati kebanyakan rakan-rakan masih tidak mengetahui dengan jelas tatacara perlaksanaan aqiqah. Ketika saya menyatakan hukum larangan memotong dan mematahkan tulang belulang haiwan aqiqah, seorang rakan saya yang sudah mempunyai beberapa orang anak dan telah bersuami baharu menyatakan “memanglah, zaman Nabi dahulu bukan ada pisau?”. Terkejut juga saya mendengarnya, saya pun kata “Takkanlah Nabi sembelih dengan batu? Dah tu yang mereka berperang tu guna apa? Bukan sahaja pisau, pedang dan kapak pun sudah ada zaman tu, kak!”. Dia pun terdiam. Ada pula sahabat yang menjalankan aqiqah dengan membeli daging di pasar basah kemudian dimasak dan disajikan, kerana merasakan itulah kadar kemampuannya. “Takkanlah tak boleh? Itu ja yang kami mampu!” ujarnya.
Kesimpulannya, masih ramai yang tidak arif tentang perlaksanaan aqiqah biarpun sudah lama berkeluarga kerana ritual ini dianggap adat dan boleh dilaksanakan ikut selera sendiri.
Saya rasa ada baiknya jika saya buat satu video penting
sebagai perkongsian buat ayah-ayah yang seperti saya, yang tiada pembimbing dan
harus melakukan segalanya secara mandiri. Semoga bermanfaat.
satu sesi pembelajaran yang bermanfaat dan wajib diketahui, terima kasih tuan.
BalasPadamSemoga bermanafaat broku. Sama-sama.
Padam