Isnin, 20 Disember 2021

BENCANA: HUKUM TUHAN ATAS ORANG JAHAT ATAU UJIAN BUAT ORANG BAIK?

Foto kredit @rinaharunofficial

Musibah yang melanda (pandemik Covid-19 seterusnya bencana banjir) membuatkan ramai orang diserang panik dan buntu. Ramai yang ingin kembali pada agama. Alhamdulilah. Moga kita insaf, semoga semua yang menderita dipermudahkan urusan, semoga Allah membalas kesabaran kalian dengan pahala dan mengantikan kehilangan kalian dengan sesuatu yang lebih baik lagi.

Dulu, rumah aku di Kampung Repoh merupakan rumah yang pertama naik air banjir dan yang terakhir surut banjir di Kangar. Ini disebabkan tapak rumah aku yang rendah dan bersebelahan sungai Repoh. Maka saban tahun rumah aku akan jadi sorakan orang setiap kali hujan lebat, tak usah tunggu musim tengkujuh… hujan lebat sehari semalam, dalam rumah sudah bertakung air. Tiap tahun itu sudah pasti, selalu juga dapat bonus dua atau tiga kali setahun. Kata orang, alah bisa tegar biasa. Sesiapa yang kenal aku pasti tahu rumah aku dahulu, lantainya banyak tanah dari simen, tiada perabot, tiada katil, tiada sofa, tiada karpet, tiada kereta (mula pakai kereta tak sampai 10 tahun lagi ni). Jadi kami taklah risau sangat macam orang kaya-kaya yang kalau nak air sikit sudah hilang pertimbangan. Rekod air paling dalam hingga mencecah tingkap rumah atas, kami semua lari tumpang rumah tokwan. Tinggal ayah sahaja dan aku yang kadang-kadang segan menumpang orang. Kami selalu tidur di pondok bas sahaja. Kenapa tak tidur di masjid? Masjid Repoh kan ada? Kenangan paling pahit, yang aku tak akan lupa sampai bila-bila, ketika mak aku hendak buang air sangat-sangat, masa itu rumah kami dah tenggelam 2 hari dah. Dia pun pergi dengan ditemani adik aku ke masjid Repoh, ya masjid Tun Abdul Razak, Repoh untuk tumpang tandas masjid. Bayangkan seorang AJK masjid ni halau mak aku.. dia tak bagi tumpang tandas. Takda hati perut punya manusia. Dia kata jangan buat masjid untuk tumpang tandas sahaja. Bayangkan dia halang perempuan yang lebih kurang seusia dengan dia, seagama dengan dia untuk guna tandas masjid! Mak aku balik menangis, sakit perut yang amat sangat dan terpaksa buang air di rumah kami yang tengah banjir tu. Malam itu aku pergi beli petrol RM2, aku nak pergi bakar rumah AJK masjid tu. Aku hendak bagi dia rasa bagaimana rasanya kalau dia pula ditimpa petaka. Rumah dia tak banjir. Mak aku halang, biarkanlah orang sombong macam tu, kata dia. Dia takmau aku pula jadi masalah. Kalau bakar rumah mungkin anak beranak dia mati pula, libat banyak orang lagi. Aku lupakan niat itu, tapi sampai sekarang kalau aku terserempak dengan dia.. aku rasa nak terajang muka dia sangat-sangat. Daje punya orang! Sejak itu memang aku taram sangat puak-puak samseng AJK Masjid ni…

Walau bagaimanapun sedalam mana banjir, sebanyak mana kerosakan pun, kami tak pernah pindah ke Pusat Pemindahan Banjir… kami tak pernah terhegeh mohon bantuan bencana walaupun aku sendiri kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Pernah bomba datang dengan perahu suruh kami pindah, tapi kami tak pergi. Mungkin pernah ada orang bagi megi ke sardin? Tapi seingat aku takda laa… Kini semua itu terpahat sebagai kenangan kerana kami sudah tak tinggal di situ lagi. Bukan kerana ingin berpindah… tetapi dihalau dan dijarahkan semuanya.. tapi itu kisah yang lain pula…

Namun sini ada 3 benda yang aku harap kawan-kawan fahami:


1. BALA’ BANJIR TERJADI KERANA TAK RAPAT SAF SOLAT JEMAAH

Aku tak mahu bincang hukum-hakam fiqh dan maqasid sini. Aku pun bukan ahli dalam hal ini, namun sudah sudahlah “pantas tangan dari aqal”. Cukup-cukuplah membuat andaian sendiri, seharusnya kita berhati-hati dalam berkata-kata tentang keputusan Allah berdasarkan pandangan dan pertimangan mengikut amarah dan hawa nafsu. Hikmah disebalik musibah ini hanya Dia yang tahu. Jangan semberono (jangan menonong, bak kata orang Perlis). Kita sebaiknya insaf, tunggu kajian penuh, sabar dan ikthtiar untuk bangkit semula.


2. KENAPA TAK RAPAT SAF LAGI PAKAT NAK SOLAT HAJAT NI.

Pertama sekali solat sunat hajat berdasarkan dalil hadis dan quran tidak dinyatakan nabi melakukannya secara berjemaah atau saranan perlaksanaan solat hajat yang afdal (mudah dimakbulkan) ialah secara berjemaah. Namun ada ustaz yang qias ia sama seperti solat istisqa’ (minta hujan) itu yang menyebabkan ramai yang menyangka solat berjemaah, bermohon beramai-ramai lebih baik. Tapi itu minta hujan. Spesifik. Namun pendapat yang lebih tepat solat 2 rakaat sendirian dan bermunajat juga boleh, tak terikat tempat dan waktu (kecuali waktu yang dilarang solat). Jangan jadikan macam-macam alasan untuk bertangguh dan tidak bersolat dan merayu kepadaNya. Jangan dry sangat anggap Allah beri keutamaan solat sunat hajat, mana-mana solat pun mohonlah hajat. Boleh jadi doa seorang hambaNya yang soleh lebih agung dari ribuan doa hambaNya yang lalai…

“Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ketika sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri. Dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon dihapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya. (Quran, surah Yunus: 12) 


3. PEMIMPIN YANG BAGUS AKAN TURUN TEMPAT BANJIR

Aku tak tau kenapa orang awam akan kata menteri itu, YB ini, pengarah itu bagus bila dia dipaparkan dalam foto atau video atau kelihatan turun melawat tempat bencana, agih nasi bungkus, atau minum kopi sejuk cicah biskut bersama mangsa bencana di pusat pemindahan? Tidak salah jika sesekali mereka turun padang untuk melihat keadaan sebenar, SESEKALI takpa!. Tak dinafikan kehadiran mereka dan foto-foto mereka di media sosial memberi impak positif terhadap psikologi rakyat kononnya masih ada wira tempat mereka bergantung harap. Wira-wira ini terlatih untuk memberi bantuan psikologi kepada rakyat untuk manfaat parti pemerintah. Tetapi yang sebetulnya mereka telah dilantik untuk membuat kerja-kerja di peringkat tertinggi dan holistik, mengubal dasar, mobilize segala aset negara untuk mempraktikkan visi yang mereka sudah bentang, atau fikir mekanisme untuk atasi isu baharu, itulah peranan mereka untuk melancarkan proses bantuan. Tugas hakiki menteri atau pemimpin bukan melawat dan bergambar di setiap stesen, itu netizen kena faham. Hangpa sebenarnya telah normalize-kan sandiwara politik ini. Biar mereka berkerja di pejabat sana tu.. itulah kerja mereka. Aku tak nampak keperluan YB Khairy Jamaluddin kena pi turun cucuk vaksin galak kat rakyat jelata di setiap PPV untuk membuktikan dia menteri kesihatan... sebagaimana aku tak nampak keperluan YB Rina Harun pi duk sinting (selak) kain pikui beras serah kat Pusat Pemindahan. Asyik-asyik ulang kisah Amirul Mukminin Umar r.a pikoi gandum bagi ibu fakir masak batu untuk anak-anak…. Ini zaman berbeza, ada dasar, ada arahan rasmi, ada waran peruntukan, ada mesyuarat penyelarasan, ada MoU antara jabatan untuk dibincang, bila serah kerja-kerja ini pada pegawai bawahan dan wakil… mula timbul masalah lebih berat. Mula timbul percanggahan arahan, kerja tertunggak, penyelewangan peruntukan yang sering jadi dan AKAN jadi setiap kali misi bantuan disalurkan.. ada faham?

 “Ya Allah! Kami bermohon mudah-mudahan hujan hanya mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah, alihkan ia ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” Hadis riwayat al-Bukhari (1014).

- Rammy, 1.20 pg.

4 ulasan:

  1. sikap "pantas tangan dari akal" inilah yang menyebabkan fitnah berleluasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laju sangat tangan tu. Satu lagi pemikiran rakyat kita masih dunia ke-3, masih tak dapat terima bencana suatu keadaan yang huru-hara. Masih suka salahkan itu dan ini sebab marah bencana, nak salahkan Tuhan tak bleh, jadi salahkan manusia. Keadaan mesti out of control tambahan negara macam kita. Satu lagi suka compare dengan negara maju... sedangkan bagi negara maju, seluruh Malaysia ni satu daerah ja bagi mereka.

      Padam