Jumaat, 28 Oktober 2022

DIA BUKAN MENGEMIS, DIA PENJAJA DOGENGAN SEDIH...

Kisah ini berlaku pada 11 September lalu, hari kami pulang kayuhan ke Hatyai (Ride & Roll to Singora 3.0), sewaktu saya singgah di sebuah masjid di Padang Besar untuk solat jamak qasar sebaik selesai menghantar Bro Zorai di Stesen KTM Padang Besar. Kebetulan solat Isyak belum tamat saya pun masbuk. Ketika tengah saya sedang melengkapkan raka’at terakhir saya terdengar pengumuman Sang Imam, “Pengumuman di situ ada kawan ni dompet dia kena curi di Padang Besaq, kesian… ada bawak baby lagi tu, dia orang Negeri Sembilan, nak balik takda duit sekupang pun, kesian, pihak masjid hulur bantuan RM100, tuan-tuan nak bagi boleh bagi terus kat dia tu baju biru tu..”

Jujur saya cakap, kekhusyukan solat saya terganggu ketika itu. Iyalah, bab ini ada dalam kitab asas kerja sosial. Usai salam dan istighfar saya bingkas cari imam, ketika itu jawatankuasa masjid dan beberapa orang jemaah sedang berkumpul membincangkan hal pemuda tadi, semua sedih dan simpati. Saya terdengar dia memperolehi derma kilat RM200, separuh dari dana masjid manakala separuh lagi sedekah daripada jemaah masjid yang hadir malam itu.

“Assalamualaikum”

Kariah masjid: “Walaikumsalam”

“Saya kerja welpe (welfare) mana dia orang yang kata hilang beg duit tu, saya nak jumpa. Ada lagi ka?”

AJK masjid: “Nyee pi dah..”

“Sempat tengok nombor plat kereta? Kereta apa pakai? Nama dia sempat tanya dak?”

Kariah masjid: “Uhh.. takdan tengok, kereta biru tadi tu… ntah nama pa taktau?”

Masa ini imam dan jawatankuasa semua diam. Saya sebenarnya ada kekaguman kepada mereka, orang Perlis ini terbukti baik-baik. Mereka boleh bantu orang kesusahan tanpa sedikit pun prasangka terhadap seorang Muslim yang mendakwa dalam kesusahan. Mereka sebenar-benar tulus dalam menolong. Saya akui hal ini.

“Sekurang-kurangnya tadi kita minta tengok laporan polis kalau dia kata dompet hilang?”

Imam: “Dia kata dokumen seperti IC, lesen semua tak hilang dia keluarkan letak dalam dashboard kereta, beg duit dia kena curi masa di Padang Besar tadi. Tolonglah… dah orang tengah susah, kita tak tanya banyak aaihh. Mana kita nak tau dia mohong ka dak!”.

Saya tengok Tok imam kurang senang dengan pertanyaan saya, dengan muka masam dia berlalu tinggalkan saya dengan jawatankuasa dan kariah yang lain.

“Begini, saya faham tuan-tuan semua orang baik, orang yang hendak tolong sesama Muslim, orang masjid, orang awam, tetapi orang macam saya pula, kami bergelumang dengan isu sosial macam ini. Kami tahu dia tu menipu atau tidak dengan beberapa soalan sahaja.”

“Takpalah, benda dah berlaku, pertama sekali saya hendak beritahu, orang awam terutamanya orang tua-tua di masjid ini makanan buat scammer jenis yang macam tadi. Cara fikir puak ini menjangkau logik kita, pandai main emosi dan sentimen. Pertama depa sudah kaji, pihak masjid sekarang takut isu-isu viral seperti “orang susah minta sedekah di gereja lagi mudah daripada minta kat masjid”. Bawa bayi, beritahu tak makan lagi dan main emosi orang ramai supaya simpati dan segan untuk bertanya banyak”

Kariah masjid: “Ada ka baby tadi? Tak Nampak pun?”

“Saya dengar tadi tok imam umum”.

AJK Masjid (Mungkin imam 2): “Yaa.. ada. Dia beritahu kawan tu ada bawa baby juga duduk dalam kereta”.

“Maknanya dia percaya dia bulat-bulat dan langsung tak pi tengok?”

AJK Masjid (Mungkin imam 2): “Dah encik pandai sangat. Awat encik tak berhenti solat tadi.. inikan penting”. Nampaknya mereka semakin tak selesa dengan teguran saya.

“Saya akan nampak buruk jika saya buat perangai macam itu. Saya bukan hendak pertikai pertolongan pihak masjid dan menafi niat baik semua orang. Saya cuma hendak cerita sedikit sebanyak cara kami berkerja dan prinsip kami handle scammer zaman lo ni, jadi pihak masjid dan tuan-tuan boleh guna ini untuk masa depan bila ada kes macam ini, prinsip ini kita panggil “Bijak Membantu”.

Kariah masjid: “Baik. Baik, kami faham.. gena tu”?

“Pertama sekali minta tengok report polis?”

AJK Masjid: “Dah dia kata ic tak hilang.. nak report buat pa?”

“Okay, dari situ kita sudah boleh nampak sedikit dah. Kenapa hilang ic baru kena repot polis? Dompet duit banyak mai Padang Besar tak perlu repot pulak? Sedangkan seingat saya basikal kena curi pun kita repot polis!?”.

Kariah masjid: “ Betoi jugak na.. kita minta repot dia tak bagi, kita kata mai nak tolong bawa encik pi buat repot dulu naa.. selesai yang itu baru kita tolong apa yang patut dak?”

“Haa! Pak Cik pandai! Betoi dah tu… bila kita kata saja macam itu, puak scammer ini pasti gelabah dah. Saya pasti dia akan bagi alasan macam-macam dan blah terus”.

“Kemudian, secara asasnya kalau dia Muslim yang baik, dia pasti tahu meminta-minta bukan perangai kita, orang Islam. Saya sendiri pernah kehilangan duit di negara orang plak tu, di hari cuti! Macam hari ini, saya tak fikir pun nak pergi cari tok imam minta duit zakat. Cara itu takda pun dalam fikiran saya, pertama kali saya cari adik beradik atau rakan terdekat. Tuan-tuan tanya tak dekat dia, ada tak rakan di Perlis ini? Adik beradik terdekat, kalau dia takda telefon tolong beri pinjam telefon?”

AJK Masjid: “Ada telefon di tangan dia. Ihhh tak terpikiaq plak hendak suruh dia call keluarga. Rasa macam tak elok laa orang minta tolong kita, kita suruh orang lain tolong”.

“Inilah saya kata bijak membantu, scammer la ni dia tak mengemis dah. Dia tahu kalau mengemis AJK boleh buat aduan, welpe atau polis mai angkut. Dia buat kerja cara baru, minta terus dari golongan sasaran mereka. Jual produk! Bukan jual minyak angin, tisu, kacang pul tetapi sekarang ini depa jual cerita sedih. Lagi mudah! Baiklah dalam agama kita sendiri, jika membantu, bersedekah, kita dituntut bantu keluarga sendiri dahulu, bantu rakan karib dahulu. Kenapa pula kita hendak malu tanya dia ada tak keluarga atau rakan tinggal di Perlis ini? Ada tak saving dalam bank ke apa ke untuk kecemasan macam ini?”

“Encik takpa laa tanya macam itu. Kami ni orang awam”.

“Itulah saya nak pesan ini, cuba tuan-tuan fikir, mustahil orang yang takda saving, takda keluarga, takda kawan, miskin melana berani bawak family naik kereta jalan-jalan shoping dari Negeri Sembilan ke Padang Besar? Tuan-tuan buat kerja macam tu ka? Logik dak ni?”.

AJK masjid: “Tu laa.. Isskh! Saya nak masuk whattsapp group masjid satu Perlis macam ini!”

“Kes lebih kurang macam ini banyak, tuan-tuan, terutamanya bulan puasa. Memang mereka datang dari negeri-negeri jauh, tidur hotel mewah, makan di restoran mewah, siangnya kerja jual cerita. Cukup satu minggu dia pergi negeri lain pulak, pusing cuti-cuti satu Malaysia tanpa guna duit. Orang putih dah banyak buat kerja ni, tuan! Tu yang Arab minta sedekah untuk Palestin tu pun sama, cuba pergi minta passport tengok. Ada dia nak bagi? Saya tahulah saya buat kerja ni”.

Masa itu saya nampak wajah beberapa orang AJK masjid suda berubah. Mereka sudah nampak gambaran realiti penipuan alaf baharu ini.

Kariah masjid: “Pastu duit yang kami bagi tadi haw laaa?”

“In shaa Allah di sisi Tuhan dikira pahala, tuan-tuan hendak tolong sesama Muslim, bukan kita tahu dia penipu!”

Kariah masjid: “Ya! Ya! Takpa lepas ini kita tahu dah!”

“Cuba kita pikiaq, kalau kita orang miskin, takda saving, takda saudara mara di Perlis, kita tak akan berani mai jalan-jalan di Perlis ni, tentulah keperluan asas, beras, bil letrik, air, gas lebih penting! Tentulah kita tak gatal cari nahas bawa anak bini naik kereta punya jauh tanpa fikir kereta rosak ka? Habis minyak ka? Banyak cantik, hang jalan-jalan, duit habis minta masjid!”

Kariah masjid: “Ihhh na.. mana logik”.

“Bagi puak-puak macam ini depa tak rasa bersalah, depa tak mencuri pun, depa minta dan orang bagi. Benda ini ringan buat depa”.

Saya bagi penutup buah tu ajalah sebelum berangkat pulang. Mata pun layu, letih badan mengayuh dari Hatyai pun tak habis lagi…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan