Jumaat, 18 November 2022

MALAYSIA OSBMX COLLECTOR ZINE - ISU #1

 
Suatu malam, ketika sedang melepak di warung sambil makan koteaw goreng belacan, Park Side OSBMX Perlis tanya saya “Boleh bagi tips camna nak bikin zine?’. Saya pun berilah pandangan tentang isi kandungan, cetakan dan konsep mudah lagi santai sebagai percubaan untuk isu sulung mereka. Menurut Pak Side, mereka mahu terbitkan satu media cetak rasmi sebagai tambahan barang dagang OSBMX Perlis selain pakaian. Selang beberapa minggu selepas itu, memang saya terkejut beruk kerana mereka benar-benar terbitkan sebuah zine yang bagus. Sebaik sahaja menerima naskah pertama yang hebat ini, ( hebat kerana keseluruhan muka surat cetakan berwarna dan bersaiz A4 ciik ooii!) saya tercari-cari juga nama zine ini kerana menyangka Malaysia OSBMX Collector itu ialah motto zine ini, rupanya itulah namanya. Saya hairan juga, kenapa mereka tidak memilih satu nama yang catchy dan iconic sebagai nama zine ini, yalah! Seperti Fat ‘zine, BlackBlock zine, Case zine itu?. Mungkin mereka ada alasan tersendiri.

Setelah menyelak sehelai demi sehelai, saya kagum jugalah dengan usaha mereka untuk memartabatkan retro BMX yang kegilaannya mula menjadi pandemik di serata Malaysia. Antara kandungan yang dimuatkan ialah speksifikasi BMX yang terpilih bersama wawancara ringkas dengan pemiliknya, seterusnya laporan BMX jam dan gathering, poster dan pin-up.


Jika sebelum ini kita lebih terdedah dengan zine skateboard, sekarang kita sudah ada zine genre BMX yang saya berharap untuk masa akan datang lebih banyak in-depth punya wawancara, ada rencana sejarah scene BMX atau dengan penampilan legenda BMX tempatan, dan ada siri bongkar kedai basikal yang bagus, lubuk alat ganti yang murah agar rangkaian BMX satu negara berhubung menjadi industri.

Dapatkan zine ini dengan harga RM25 melalui:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan