Isnin, 23 Oktober 2023

CAVEAT! MAGAZINE (GRIND EDITION) - JUN 2023


Ini merupakan naskah pertama Caveat! magazine yang saya miliki, bernombor #17 dari 300 salinan, dengan saiz separuh A4, berwarna dan reka letak yang menarik. Bolehlah saya katakan Caveat! adalah majalah muzik ektrem profesional yang kita dambakan selama ini. Membelek-belek helaian-helaian majalah ini membuatkan saya rasa terkagum dengan hasil usaha editornya, beliau ternyata sangat dedikasi dan berbakat. Pilihan personaliti dan kugiran untuk diwawancara begitu menepati isu khas ini yang memfokuskan muzik grindcore yang dahulunya merupakan subgenre, kini sudah berdiri sendiri malah mempunyai cabangnya yang tersendiri. Andainya majalah ini dicetak dalam saiz penuh sudah tentu kepuasan menatapnya 100%. Tetapi harganya tentulah lebih mahal nanti kan? 

15 temubual dimuatkan antaranya bersama Agathocles, Micheal Whelan, (band paling jahat di dunia), Birdflesh, Rot, Demisor dan sebagainya. Harus dimiliki! Harga RM30 contact:

Lifeliners Pres(sure), 19 Lengkok Setiabudi, Bukit Damansara, 50490 KL, Malaysia

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan