Sedikit catatan ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia Lumut tempoh hari. Kalaulah tidak kerana terlihatnya kapal perang Amerika Syarikat yang tumpang berlabuh di perlabuhan kita tentu perspeksi aku terhadap aset pertahanan negara kita berbeza.
KD Jebat kalau nak dibanding USS Combat Ship Coronado (LCS-4) yang berlabuh sebelah menyebelah memang sedih, sembang dengan seorang Navi kita pun dia kata "tengok pun sudah seram tapi hadap saja laaa.".
Tapi paling sedih, kawan-kawan yang malam tadi pulun boikot Starbucks, McD, apabila turun aja US Navi dari kapal mereka, layan sembang sikit. Terus serbu layan bergambar, rai bagai nak rak! Sebabnya... Handsome sangat. Aku kata " yang hangpa boikot tu makanan, ni tentera USA, yang ni yang akan pergi tolong Israel kalau depa sudah tenat nanti. Depa memang suka hangpa selfie upload tunjuk orang Malaysia suka American army, depa dah menang tanpa torpedo pun"... Aku kata gitu tadi semasa taklimat dekat Markas Udara TLDM, Navi pun setuju.
Paling aku geram bila dengar cerita Navi kita pergi berlabuh port negara orang, tak pernah dirai bahkan dilayan macam penceroboh kat sana.
Orang kita macam tu laa.. Habib celup handsome kena scam, US Navi handsome kena scam...
Kapitan Barbarossa
13:35 pm
Lumut
Mengkalo aku Menteri mai pun aku kalih pungkoq...
BalasPadamSedih dengan pemikiran orang kita. Mesra tu bagus tapi biarlah kena pada tempatnya, dan jangan terhegeh-hegeh...
Padam