Rabu, 24 Disember 2014

JOE (2013)


Kalau mahu dinilai dari segi rekaan poster dan kulit DVD serta sinopsis memang tiada apa yang menariknya tentang filem ini. Tetapi saya jangka persembahan watak yang baik dari Nicolas Cage walaupun ia sekadar kisah kekampungan dan secara lisannya ia produksi berbudget kecil (USD4 juta). Joe disunting dari novel dengan tajuk yang serupa. Dan tanpa disangka-sangka filem yang berkisar mengenai bekas bantuan bernama Joe (lakonan Nic Cage) ini sarat dengan mesej sosial dan realiti kehidupan masyarakat yang penuh keji dan ketidakadilan. Filem ini tidak bertolak ansur dengan elemen fantasi dan romantik. Ia adalah genre drama berat dan penuh emosi. Kadang-kadang saya ketawa kuat, kadangkala saya marah dengan babak-babak sedih dan penderaan didalamnya. Seolah-olah saya terlupa bahawa ia hanya filem. Sebaik memainkan DVD ini, pada minit pertama saya dah jangka watak Joe pasti mati dihujung cerita.

Jika anda penah melihat filem seperti GUMMO (1997), BLACK SNAKE MOAN (2006), mungkin anda dapat sedikit gambaran. Joe Random seorang lelaki berusia 48 tahun adalah seorang penyelia operasi meracun pokok disebuah kampung di Texas. Walaupun disenangi oleh semua krew nya yang terdiri dari nigga, Joe seorang samseng kampung yang sering bermasalah dengan undang-undang. Joe pernah dipenjarakan kerana memukul anggota polis. Walaupun hanya satu babak pergaduhan Joe dan polis dimuatkan dalam filem, selebihnya secara naratif, ia sudah cukup untuk mengambarkan keganasan watak Joe. Babak-babak seperti cara Joe mengasah pisau, mencuci luka tembakan, menangkap ular, melapah rusa, melanggan pelacur, berlaga anjing hingga mati, sangat bijak digarap dalam keadaan selamba dan menguatkan watak Joe.

Suatu hari ketika Joe bersama krew nya sedang meracun pokok dihutan, seorang remaja bernama Gary datang meminta kerja. Gary baru berpindah ke kampung tersebut bersama keluarganya yang pincang disebabkan bapanya seorang kaki botol dan pendera, ibunya seorang penagih dadah, manakala adik perempuannya OKU.

Kagum dengan kerajinan Gary menjalankan kerja di hutan. Joe bersetuju untuk mengambil Wade aka G-Daawg ( lakonan Gary Poulter) ayah kepada Gary untuk berkerja. Namun Wade seorang yang pemalas serta mendatangkan masalah kepada krew yang menyebabkan Joe menghentikan mereka serta merta. Ketika menghantar mereka berdua pulang ke rumah. Joe melihat sendiri bagaimana Gary dipukul dan dirampas semua wang gajinya. Pada malamnya Gary datang ke rumah Joe meraju untuk terus bekerja bagi menyara keluarganya kerana ayahnya langsung tidak pedulikan mereka sekeluarga dan lebih suka merayau-rayau di pekan, mencuri, menyelongkar tong sampah untuk makan, malah sanggup membunuh seorang gendelangan demi untuk merampas sebotol wine.

Gambaran golongan nigga kelas buruh, pelacur-pelacur kampung, petani, playboy kampung, semuanya digarap dengan sempurna. Malah berbagai-bagai pelat dan dialog yang unik dan lucu memberi suasana santai dan penghayatan yang sempurna bagi setiap watak. Buat kali pertama saya langsung tidak mampu kritik watak siapa yang paling tidak hidup. Semuanya hebat hingga ke pelakon tambahan. Paling saya hairan bagai mana Gary Poulter dapat menghidupkan watak Wade sebagai kaki botol dan pendera dengan begitu sempurna. Saya mendapat tahu dari Wikipedia, Gary Poulter adalah seorang gendelangan sebenar dan penagih alkohol yang dikutip David Green (Pengarah) untuk menjiwai watak tersebut. Walaupun kebanyakan penerbit meragui Poulter yang mungkin sukar untuk menerima arahan dan bermasalah. Pouler berjaya memberikan yang terbaik, malah dikatakan menjalani rakaman hanya 1st take terhebat dalam sejarah dunia perfileman. Ironinya, Gary Poulter melakonkan watak mirip dirinya sendiri dan ditemui mati dalam air beberapa minggu selepas shooting. Keadaan beliau mati juga mirip filem ini! 


Joe pada mulanya hanya simpati pada Gary tetapi bertukar kepada menyayangi Gary seperti anaknya. Malah Joe memberikan trak lamanya kepada Gary walaupun asalnya bersetuju untuk menjual pada harga USD900. Hubungan mereka makin akrab kerana Gary seorang budak yang rajin dan tetap hormat pada ayahnya walaupun Gary mampu untuk membunuh bapanya. Gary pernah membelasah seorang lelaki hingga lembik kerana menghina adik perempuannya.

Klimak kisah ini berlaku apabila, Wade merampas trak pemberian Joe kepada Gary dan membawa anak perempuannya untuk dilacurkan kepada 2 orang lelaki dengan hanya bayaran USD60. Gary mendapatkan bantuan Joe yang akhirnya berjaya menyelamatkan adik perempuan Gary dan membunuh mereka. Wade membunuh diri sendiri dengan melompat dari jambatan sebelum sempat Joe menembaknya. Bagaimanapun Joe turut cedera parah ketika berbalas tembakan. Joe mati di situ. Joe tidak menyesali tindakannya dan menganggap dengan membantu Gary dia telah menebus kesalahannya yang lalu. Gary bukan sahaja mewarisi harta Joe sebaliknya pekerjaan Joe.

Pernah dengar anak Nic Cage yang merupakan seorang penyanyi kumpulan black metal? Dalam filem ini cuba anda tumpu pada minit ke 20-22. Nic Cage memandu traknya dengan memainkan lagu band simfonik black metal! Mungkin Eye of Noctum? Semasa mencuci luka dia dengan sengaja cuba mempamerkan 2 tatoo kepala syaitan dibahunya dan memakai tshirt PANTERA bagi menyatakan beliau menyokong scene metal tempatan!

Tonton Joe. Best.

4/5 bintang

1 ulasan:

  1. dah tak menaruh harapan sebenarnya dengan filem2 Nicolas Cage kebelakangan ni...tapi mungkin saya akan tonton yang ini...terimakasih.

    BalasPadam