Rabu, 20 Mei 2015

AKU INGIN KEMBARA LAGI



DR. MAZA adalah satu-satunya tokoh yang rapat dihati saya selain wira-wira muzik berat yang begitu lama mendiami sanubari ini. Sebenarnya saya dambakan seorang ‘ustaz hero’,  lama saya dambakan personaliti sebegitu dibumi Malaysia. Sememangnya ummah ini tidak pernah kering dari tokoh agamawan yang hebat dan tokoh akademik, tetapi DR. MAZA unik, dia terasa begitu dekat dengan kami orang-orang Perlis, walaupun sebelum beliau dilantik menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perlis lagi. Saya sukakan gaya bahasa Melayu nya yang petah dan tertib, saya sukakan cara pemakaian beliau yang merentas bangsa selagi menjaga aurat dan adab, saya sukakan juga cara pemakanan beliau yang mendidik (ada foto dia makan restoran Western high class) bukan mengherdik, kuliahnya sarat dengan mesej ilmu dan penekanan dalil al Quran serta Sunnah menjadi tunjang hujah, Dr. MAZA kelihatan seperti neo salafi tetapi hakikatnya dia tidak jumud fesyen, dia sangat lantang tetapi masih terbatas juga tegurannya apabila melibatkan kroni, saya paling suka sifat keras tapi tenang yang dipamerkan beliau apabila muncul khilaf dan tomahan dari masyarakat umum. Bagi saya dia ‘hero’ saya, insan yang suka membela ketulenan beragama namun tetap ada kelemahan tersendiri.

Ada pihak yang membenci dan melemparkan bermacam andaian terhadap beliau, seperti beliau tidak tawaduk kerana menaiki kereta mewah pemberian kerajaan, memakai jam tangan dan pakaian berjenama mahal, serta gilakan populariti di facebook. Bagi saya dia pemikir islam yang sangat versatile dan moden. Ada apa kesalahan jika mampu memakai barangan mahal dan berkualiti? Begitulah juga dengan tuduhan berfahaman ‘wahabi’ yang secara positifnya memberi saya keinginan untuk mengkaji apakah ketakutan yang diwar-warkan pada wahabi itu? 


Saya menjadi poser buat kali ketiga (pertama Mille Petrozza, kemudian Mustafa Daood) apabila meminta Dr. MAZA untuk menandatangani buku ini semasa syarahan hadis 40 (Al-Arba’in An-Nawawiyah) di Masjid Alwi semata-mata sebagai modal untuk mendekatinya. Walaupun sebenarnya bagi saya tandatangan ini tiada sebarang nilai.

Buku ini adalah himpunan artikel tulisan beliau selama 11 bulan mengikuti program ‘fellowship’ di Oxford Centre for Islamic Studies, Oxford, England. Ia adalah coretan daripada apa yang beliau lihat dan rasa, lantas disimpulkan semua itu melalui kefahamannya. Saya sukakan penulisan beliau kerana beliau akan mengupas setiap situasi itu dengan mengolahnya mengikut resam Melayu dan diseragamkan dengan kefahaman Islam yang universal. Paling saya suka bagaimana beliau menyelaraskan hujah dengan pengunaan hadis dan nas dari al Quran yang tepat.

Banyak kita baca tulisan-tulisan agamawan, pakar motivasi, ahli politik yang mengunakan keratan hadis dan al-Quran yang tidak selaras dengan apa yang mereka sedang pertuturkan. Ia memberi wajah yang salah tentang Islam. Ia memberi gambaran yang lemah tentang agama!

Dr. Maza juga rajin membuat analisis pergolakan agama dengan membuat rujukan dari sirah para sahabah dan Khalifah, termasuk juga tokoh-tokoh ilmuan dari agama-agama lain sebagai perbandingan dan teladan.

30 tajuk telah dirakamkan dalam buku ini dengan kupasan yang sangat hebat. Ia himpunan pemikiran dan pengembaraan yang indah untuk dihayati. Terdapat juga foto-foto peristiwa dan rajah penerangan bagi menambah pemahaman anda yang dimuatkan didalamnya. Harganya juga luar biasa murah: RM17.00 sahaja. Harus dimiliki bagi mereka yang dahagakan jawapan intelek kepada persoalan agama yang luas.

“Ada apa aku dan dunia ini? Tiadalah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung daripada panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya” (Riwayat al Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)

5 ulasan:

  1. baru tau ada buku ni...terimakasih atas ulasan...akan di cari nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada di semua cawangan Popular atau kedai-kedai buku biasa sebab under KarangKraf.

      Padam
  2. MAZA aku suka. beza dgn ustaz2 utara yg lain. dia ni up HAMKA (neo sufism) tu yg aku paling suka. dia ni bukak otak kita supaya jadi universal sikit... iykwim.. aku tak kesah kalau dia pakai jam mahal ke apa, HAMKA pun pakai Rolek apa. cuma aku kurang sikit dgn MAZA ni pasal dia punya Eschatology.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... dia rajin sebut Hamka. Hamka pun ada sebut Syeikh Abu Bakar Al-Ashaari, Imam Masjid Syed Alwi. Masjid Kangar dalam Teguran suci dan jujur terhadap Mufti Johor.

      Padam
  3. Baru tau buku ni.terima kasih review nya.dr.maza aku suka pasal dia tegur ahmad maslan pointer tu..heheh

    BalasPadam