Selasa, 5 April 2016

USTAZ, BERAPAKAH UMUR AHLI SYURGA? (PTS MILLENIA)


Buku ini diterbitkan pada tahun 2014, apabila membaca perkara yang dibangkitkan dalam buku ini ianya sangat segar malah kini hangat dibahaskan oleh pihak yang mendaftar diri sebagai ASWAJA, isu yang begitu releven sekali hingga 2016 dan masa hadapan. Ketika membaca buku ini adakalanya saya terfikir adakah dengan kebangkitan penulisan-penulisan tajdid (gerakan memgembali agama sepertimana asal yang bersih dari syirik dan khurafat) kebelakangan ini, membuatkan golongan syiah dan pencinta bida’ah panas telinga lalu bangkit dengan sengketa? Bacalah persoalan-persoalan yang dibahas dalam buku ini, mungkin anda bersetuju. Malah dipenghujung buku ini ada pendedahan dan kupasan status sesebuah hadis yang kedengaran pelik tetapi diyakini oleh banyak orang.

Buku ini ditulis oleh Ustaz Mohamad Abdul Kadir Sahak, yang kini bertugas di Jabatan Mufti Negeri Perlis. Penulisan-penulisan beliau yang mendalam, jelas dan ilmiah ini juga boleh juga dibaca dalam blog beliau, Blog Hukum-Hakam. Buku-buku keluaran PTS terkenal dengan reka-letak yang kemas dan menarik. Lihat dibawa. Mengenai persoalan berapa umur ahli syurga? Jawapannya: 33 tahun.




4 ulasan:

  1. menarik buku ni! cover tu! thanks link hukum-hakam tu..dah buka, memang bagus. very good sharing bro! review banyak buku lagi bro..kipidap!

    umur ahli syurga 33 tahun. terbaik tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ustaz Abdul Kadir ni memang selalu tengok, tak sangka penulisan beliau hebat. Bangga banyak staff Jabatan Mufti power-power belaka!

      Padam
  2. tu hari ada belek2 dan baca buku ni kat MPH pasal tertarik nak tengok pasal umur tu...btw..thanks review.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buku ni khatam masa kat JB bro.. sampai ja Nusajaya, terus baca sampai pukul 2 petang.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...