Selasa, 31 Mei 2016

DRAMA MAK CUN


Banyak orang benci drama ni, saya pun paham. Kadang-kadang tu saya benci juga bila tengok pelik sangat karenah depa. Orang Kedah tak macam tu pun? Lebih-lebih lagi anak perempuan mak cun dan biras dia tu. Itu mamak Penang punya stail dah tu!. Tapi itulah yang memeriahkan suasana drama tu. Apa pun saya tetap menonton drama Mak Cun ini setiap kali kerja petang (2 hari saja dalam seminggu) jika ada masa terluang. Pejabat saya ada TV. Banyak juga kawan-kawan yang perli macamana saya boleh tengok cerita ‘mengarut’ begitu? Terok hang ni kata depa…

Perkara yang menarik tentang drama Erma Fatima ni, dia selami kehendak marhaen, dia tahu hampir 60% orang Malaysia ni bukan hidup penuh glam dan bangsawan pun. Memang betul rakyat suka pada drama berkonsepkan impian dan angan, misalnya bercinta dengan anak Dato, anak Dato balik belajar di Eropah terlibat dengan skandal mak Datin, anak Dato bercinta di kolej dan akhirnya berebut empayar perniagaan dari adik tiri, macam lagi drama-drama yang hype kini seperti Playboy itu Anak Haram dan banyak lagilah yang pelik-pelik tajuknya… rakyat suka, impian orang susah ataupun impian wanita-wanita yang sedang hadapi masalah rumah tangga.. mereka dambakan kehidupan romantis begitu. 

Dalam Mak Cun, Erma simple ja ideanya, sekarang ni kan banyak kisah dan hikayat motivasi mengenai orang miskin jadi jutawan bermula dari zero. Dia ambil buat pedoman. Seorang janda di Kodiang, berusaha mengembangkan perniagaan bedak sejuk, penuh cabaran sekeliling rumah hingga ke bandar, disulam konflik cinta, jenaka dan sebagainya yang dekat dengan hati orang kampung. Walaupun ada garapan yang tak kena tempat. Tapi itu juga yang orang suka, kadang-kadang cerita pasal berak cirit kekal hingga beberapa hari, begitu juga pasai berebut duda dan sebagainya. Ia benda biasa, tapi orang kampung suka bila ia dibawa ke dalam TV. Mereka rasa kehidupan mereka didokumentasikan.

Saya mempunyai seorang ibu yang kurang ceria hidupnya. Ibu saya kurang sihat. Ibu saya banyak menghabiskan masa berbual-bual mengenai kegundahan dan rintangan hidup yang dia lalui. Cerita-cerita yang mengembirakan umpama nostalgia dalam hidupnya. Kisah-kisah bahagia bagai sesuatu yang telah berlalu dan tidak akan kembali. Ketika berehat dia sering juga menonton drama-drama TV, ada kalanya dia senyum, ada kala dia memaki hamun babak-babak dato-datin atau playboy-playgirl yang dia kurang pasti berlaku dalam realiti atau tidak? Namun, apabila suatu hari ketika saya bertandang ke rumah ibu saya, dia begitu khusyuk menonton Mak Cun. Kadang-kadang dia ketawa dan kadang-kadang dia mengkritik babak-babak tertentu kepada adik saya mungkin ia kena pada citarasanya. Saya tonton Mak Cun bersamanya kalau saya melawat ibu. Bukan kerana minat drama itu, tetapi saya suka lihat ibu saya gembira. Saya suka tengok dia ketawa.

Bila di pejabat, jika menonton Mak Cun, apa yang ada dalam minda saya tak lain dari memikirkan “Tentu mak sedang gelak di rumah ni”. 

Itu saja….

8 ulasan:

  1. Salam Bro,
    Ayat penutup ni

    "Saya tonton Mak Cun bersamanya kalau saya melawat ibu. Bukan kerana minat drama itu, tetapi saya suka lihat ibu saya gembira. Saya suka tengok dia ketawa.
    Bila di pejabat, jika menonton Mak Cun, apa yang ada dalam minda saya tak lain dari memikirkan “Tentu mak sedang gelak di rumah ni”.

    buat aku sebak bro...memang teringat mak kat kampung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sesuatu yang tiada nilai langsung pada seseorang, tetapi amat bernilai buat seseorang....

      Padam
  2. bab drama ni, bini aku suka sgt tgk drama jam 10 malam isnin khamis tu. skg ni klu tak silap assalamualaikum cinta tajuknya. kadang2 aku terlayan juga. haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak sungguh drama ilham dari novel cinta sekrang ni bro

      Padam
  3. Bila sebut bab mak ni memang hati terus jadi sayu...

    BalasPadam
  4. Aku confuse. Erma fatima bukan org kedah ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahu.. tapi cara cakap tu macam anak Kedah

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...