Rabu, 8 Jun 2016

BANGKIT ZINE ISU # 1 (JULAI 2016)



Suffian atau Pyan yang dikenali menerusi Nathias zine sebelum ini telah muncul dengan karya baru beliau iaitu Bangkit! zine. Seperti saya meninggalkan Kemenyan zine sebagai monumen kenangan silam dan mengarap idea baru yang lebih indie menerusi Pedal To The Metal zine, Pyan juga meninggalkan konsep metal tepu dalam Nathias dan terus bergerak dengan Bangkit! zine. Kata pendahulan yang panjang lebar dari beliau perlu dibaca agar mengenali latarbelakang penulis zine ini.

Bangkit! zine didatangkan dalam bentuk dwi-bahasa (English/Bahasa Melayu) dan turut memuatkan temubual bersama CARBURETOR DUNG yang dipetik dari isu pertama Nathias, dengan adanya wawancara ini, genre Bangkit! boleh dikatakan lebih terarah kepada punk/hardcore. Disulami ulasan-ulasan juga yang lebih menjurus kepada genre tersebut. Saya suka membaca ulasan-ulasan Pyan yang kebanyakannya ringkas dan padat. Anda juga boleh membaca temubual bersama KROSOT, KLABU ASAP, DISOBEY, LANGGAR LARI, artikel oleh aktivis punk dan sebagainya. Dapatkan isu pertama dari penulis yang berpengalaman luas dalam scene UG tempatan ini.

Email: suffianmohamedsalleh@gmail.com

4 ulasan: