Ahad, 26 Jun 2016

PAMERAN ATHAR DAN TABARRUK PERDANA

Heboh diperbincangkan malam tadi mengenai sebuah majlis Tabarruk Perdana di Alor Setar, Kedah. Saya suka dengan kenyataan dari web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan KL, S.S. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri ( yang dikenali dengan sikap neutral pada golongan Salafi dan Sufi/tarekat) mengenai pameran barang peninggalan (athar) nabi dan analisis fakta dan pendapat mengenainya. Baca disini.

Saya juga ingin memuji tindakan Mufti Negeri Kedah ( dikenali menyenangi aktiviti sufism/tarekat) yang telah mengeluarkan kenyataan jelas mengenai penyembahan replika dan sebagainya yang tidak sahih kedudukannya. Lihat foto.




Pada pandangan saya, ada baiknya mufti setiap negeri mengeluarkan fatwa mereka apabila ada isu dalam negara yang melibatkan akidah. Bukankah di antara tugas mufti memberi penjelasan terhadap setiap masalah agama yang timbul dalam masyarakat? Sesetengah orang awam tidak faham, apabila mufti-mufti menegur dan memberi fatwa dalam sesuatu hal yang timbul, kata mereka; jaga negeri sendiri, jangan menyibuk urusan orang. Mereka tidak sedar, itulah tugasan seorang mufti. Walaupun hanya melalui facebook. Kenyataan seorang mufti penting untuk rakyat memahami sesuatu hal berbangkit, memilih pendapat yang rajih dan menilai tahap pengetahuan beliau dalam jawatan yang dipikulnya.

Kembali kepada isu 'tabarruk' ini, mari kita doakan agar pemahaman agama sampai kepada kita semua. Apa yang yang saya lihat, jika mereka ini gagal memahami hakikat "mimpi bertemu nabi" yang sering dihebahkan dalam kelompok mereka, mereka juga adalah geng yang sama, yang enggan menerima hujah dalam perkara tabarruk ini. Moga iman mereka bertambah dengan tabarruk replika itu...

Hanya ada 8 hari lagi untuk merebut keberkatan Ramadan. Moga masih cekal dan diluruskan niat untuk meningkatkan taqwa dan mencari keampunan Ilahi...

7 ulasan:

  1. Mufti perlis dan wilayah persekutuan dilihat sebagai contoh mufti yang mesra dengan rakyat. Pendekatan yang dibuat memudahkan rakyat untuk mengkaji dan menilai secara ilmiah apabila fatwa dikeluarkan dan ia memberi pencerahan kepada akal yang tumpul.. rakyat pun lebih dekat dengan agama

    BalasPadam
  2. replika je heh...geng mana ni bro? geng habib ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari qasidah "Yahanana" kat background tu... sah geng habib yang sama.

      Padam
  3. Belum baca kenyataan mufti wilayah, tapi baguslah mendapat teguran daripada orang macam dia..

    Ada sorang kawan kata, bekas tapak kaki tu bukan replika tapi original..

    Kita boleh anggap itu sekadar dakwaan saja sebab tak boleh dipertanggungjawabkan seperti hadis, walaupun kekadang benda tu katanya ada sanad..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro elok baca Mufti KL punya artikel tu.. takda benda tinggalan nabi yang original di dunia (hanya dakwaan belaka, yg ori pun kebanyakan para sahabat wasiat ditanam bersama jenazah mereka)... kita tak perlu barang-barang itu untuk beriman pada nabi atau percaya pada dakwah nabi, itu hebatnya umat zaman itu. Tidak jumpa nabi, namun beriman teguh pada sunnah baginda.

      Padam
  4. Belum baca kenyataan mufti wilayah, tapi baguslah mendapat teguran daripada orang macam dia..

    Ada sorang kawan kata, bekas tapak kaki tu bukan replika tapi original..

    Kita boleh anggap itu sekadar dakwaan saja sebab tak boleh dipertanggungjawabkan seperti hadis, walaupun kekadang benda tu katanya ada sanad..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...