Sabtu, 29 Oktober 2016

KOPIAH DAN SOLAT


30 minit yang lalu saya ke kedai barang haji paling popular di Seriab utk beli songkok. Disebabkan saya tidak pernah mempunyai songkok sejak sekolah dulu. Saya pun minta bantuan pekerja (ada 3 pkerja, semuanya perempuan) bagi mendapatkan saiz dan bertanya tentang keselarasan memakainya. Jujur saya beritahu. Saya memang tak tahu dan sememangnya tak mahu lagi pakai songkok, ini pun disebabkan syarat program di UUM esok hari.

Dengan nada terkejut, pekerja wanita itu kata "ha! tak penah pakai songkok. Ni tak pernah sembahyang apa?". Dia ketawa.

Tawa nya disahut 2 lagi rakannya di kaunter pembayaran. Saya pun senyum. Dalam hati saya malu. Mujur tiada pelanggan lain ketika itu. Mentang-mentang saya pakai seluar pendek camo tentera dan tshirt Scorpions 'Blackout -World Tour 1983' (saja nak bagitau.. huhuhu). Mereka beranggapan begitu.

Sambil mencuba beberapa songkok, dan melihat cermin, saya pun balas " Adik tau tak dulu Dato Harussani penah marah Dr Maza maaaaaacam adik kata kat saya sekarang. Adik rasa pakai songkok ni syarat sah solat? Adik rasa ini pakaian Islam? Dato Harussani kata kalau dulu tok Imam halau makmum yang datang solat jemaah tak pakai songkok."
(fyi: Dato Harussani marah semata-mata kerana Dr Maza seorang tak pakai songkok dalam rombongan mufti-Mufti ke Australia. Ada video ceramah tu kat YouTube)

Masa tu suasana kedai tiba-tiba jadi hening. Orang kata malaikat lalu...

Saya tambah lagi.. "Adik tahu kopiah ni asal dari India. Orang Melayu pakai tengkolok. Ketayap tu asal dari orang Cina.."

"oh ya ka" jawapnya. Dua orang lagi masih diam membisu.

Saya ambil saiz 22, bayar RM19.10 dan berlalu.


16 ulasan:

  1. jawapan yang kena dgn keadaan

    BalasPadam
  2. jawapan yang kena dgn keadaan

    BalasPadam
  3. nasib baik kata ketayap tu dari cina.... kalau saya... sambil menggayakan ketayap saya akan sebut.... nampak macam yahudi tak?

    BalasPadam
  4. Last pakai songkok masa akad nikah...beberapa lama tahun yang lalu..ni baru tau harga songkok rm 19.10...haha..

    BalasPadam
  5. Terbakar telinga.....burn baby burn

    BalasPadam
  6. nasib diorang tak sujud kaki minta maaf sebab perli..hehe

    BalasPadam
  7. lain kali nak beli songkok pakai elok sikit...hehehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...