Jumaat, 11 Ogos 2017

PASAR TERAPUNG BANPRU

Saya dan Mad Duha singgah di pasar terapung Ban Pru sewaktu pulang dari bandar Hatyai setelah seharian kami di pasar pagi Klong Ngae untuk meninjau kasut-kasut bundle dan rempah ratus masakan Thai. Akibat terpengaruh Mad Duha, saya pun beli juga beberapa rempah home made untuk dibawa ke KL. 

Pasar terapung adalah tarikan pelancong utama di selatan Thai kerana menyasarkan pelancong Malaysia berdasarkan lokasinya dekat dengan pintu sempadan. Lalu boleh dikunjungi hanya dengan kereta atau motorsikal. Hampir setiap bandar di Thailand mempunyai pasar terapungnya sendiri, di Hatyai sendiri terdapat 3 pasar terapung iaitu Klong Hae Floating Market, Hatyai Floating Market dan Ban Pru Floating Market yang beroperasi beberapa tahun lalu. Dan yang paling popular adalah di Klong Hae kerana beroperasi di atas sebatang sungai dalam kawasan wat.




Bagi yang tidak tahu, ketiga-tiga pasar terapung di Hatyai ini bukanlah seperti yang di Bangkok itu. Sebaliknya ia hanyalah pasar terapung tiruan yang sampan-sampan peniaganya adalah replika sekadar untuk mendapat atmosfera zaman silam.

Jarak Ban Pru dengan pintu sempadan Padang Besar, Perlis hanya 48KM dan berdekatan dengan kampung Klong Ngae. Maka pemerintah Thai melihat potensi ekonomi di kawasan itu yang mana pada setiap hari Sabtu ratusan pelancong tempatan dan luar Thailand akan datang ke pasar pagi Klong Hae untuk membeli belah barang bundle, barang dapur dan masakan. Sehubungan dengan itu diwujudkan pula pasar terapung di kampung berdekatan yang hanya turut dibuka pada petang hari yang sama (4 petang hingga 10 malam). Sudah tentu mereka yang ke Klong Ngae akan ke Ban Pru untuk berbelanja dan menghabiskan masa seharian tanpa bergerak jauh.




Pasar terapung Ban Pru dibangunkan atas sebuah tasik buatan manusia. Jika anda datang dengan pesawat dan menginap di Hatyai, jaraknya kira-kira 14KM dan tambang menaiki tut tut boleh mencecah RM50, ia bergantung pada kebijaksanaan anda dalam tawar menawar.

Seperti semua pasar terapung di Hatyai, mereka tidak menghalang haiwan dari menganggu kawasan jualan makan dan tempat makan. Walaupun kebersihan sampah sarap sentiasa dipantau namun anjing-anjing liar penuh di serata tempat menganggu pandangan mata dan selera untuk makan. Mereka tidak sensitif pada umat Islam yang boleh dikatakan 80% pengunjung dan peniaga di situ.






Kawasan pasar terapung Ban Pru lebih luas dari Klong Hae. Kawasan parkir juga dikawal rapi, percuma dan luas. Turut diselit dengan aktiviti rekreasi seperti flying fox merentas tasik, memanah, menunggang kuda, playground kanak-kanak dan banyak lagi dengan bayaran kira-kira RM4-10 sahaja. Ada juga persembahan band percuma, pertunjukan tarian kebudayaan, kemudahan tandas, surau yang selesa. Sepertimana uptown yang beroperasi di KL ini namun mereka tidak kaku budaya dan tradisi.

Walaubagaimanapun, saya sebenarnya sudah bosan dengan pasar terapung di Thailand ini. Cukuplah sekadar meninjau sekali untuk cari ilham dan idea berniaga kerana orang Thai sangat kreatif dalam persembahan dan strategi pemasaran produk desa.

2 ulasan:

  1. Semasa nak pulang, ada nampak sign board. Sekarang baru tahu ada floating market lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaaa... Boleh la singgah yang ni plak bro.

      Padam