Isnin, 9 Oktober 2017

96:01 EMANSIPASI ZINE (EDISI # 1)


Zine ini disunting oleh seorang gadis molek.Lebih molek lagi dia memakai baju Black Flag ketika menjual isu sulung zine-nya ini di Selangor Zine Fest tempoh hari. Saya sentiasa beranggapan semua editor zine perempuan itu cool! Lebih-lebih lagi apabila mereka memilih genre sosio-politik sebagai tema penulisan utama didalamnya (zine puisi tulisan wanita terlalu tipikal). 

Kata Fatimah dia sekadar cuba-cuba. Sebarang kritikan dan pandangan dia terima seadanya. Bagi aku zine 16 muka surat tidak termasuk kulit ini barangkali adalah perzine. Personal zine. Kandungannya merangkumi kritikan sosial, luahan hati dan pandangan peribadi, kempen keamanan dan tidak terkecuali puisi dan ilustrasi. Keseluruhan konsep Emansipasi yang santai, tradisional dan bebas ini boleh difahami, zine punk memang begitu. Namun saya merasakan tidak salah untuk diberikan sedikit format agar tersusun rapi. Bahagian kata pendahuluan & pengenalan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memperkenalkan zine ini dan objektifnya.

Saya berharap Fatimah Noor akan meneruskan penulisan-penulisan ilmiah menerusi zine ini. Beliau menyatakan sebanyak 15 keping isu ini terjual di Selangor Zine Fest. Dan masih boleh didapati dengan menghubungi beliau menerusi: emansipasi.96.01@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan