Jumaat, 16 April 2021

KEPENTINGAN AKAL YANG SIHAT DAN CARA BERFIKIR YANG BETUL DALAM MEMAHAMI AGAMA

Sesungguhnya agama kita mempunyai penjelasan terbaik dalam isu paling rumit dan misteri.

Kenapa begitu ramai orang daripada pelbagai latarbelakang pendidikan, yang kadangkala mereka itu berstatus ilmuan namun masih lagi selekeh pemahaman agamanya?

Kita sudah mempunyai Al-Quran dan hadis.

Dah terpampang dalil-dalil paling sahih pun tetap celaru dalam berhukum. Mereka menyimpang dan membimbangkan.

Golongan pencabar agama membawa soalan-soalan dan hujah rasional seperti "jika Allah munculkan diri, kami akan percaya dia, Tuhan". Manakala golongan yang membela agama pula hanya tahu berhujah dengan jawapan-jawapan yang mistik seperti "kambing bunting telah melahirkan anak kuda bersayap setelah termakan daun berbentuk sandal Nabi, ini tak mustahil kerana Allah Maha Berkuasa, Allah mampu buat apa sahaja!".

Masalah sebenarnya sekarang ialah cara kita mengambil agama. Kita perlu memproses sumber-sumber agama dengan akal fikiran. Akal yang dikurniakan oleh Allah sepatutnya boleh berinteraksi dengan wahyu, sebab itu seseorang  tidak terbeban dengan syariat agama jika dia tak berakal. Gila.

Lantas bagaimana jika seseorang itu berakal tetapi akalnya tidak sihat, atau akalnya berfungsi dengan cara yang salah?

Rammy,

16.4.2021@12.49

Tiada ulasan:

Catat Ulasan