Selasa, 14 September 2021

REMINISCE ZINE # 2

Zine ini disunting oleh anak kepada sahabat blogger saya iaitu Wan Beruas dan ia sudah pun masuk isu yang kedua atau part two. Genre zine ini bolehlah dikatakan artzine atau muktakhir ini dikenali sebagai photography zine. Reminisce menghimpungkan foto-foto pilihan yang diketik sekitar Ipoh dan disunting semula oleh Muharos (Muhammad Hafiz Rodzuan). Zine ini dicetak dengan kualiti yang cemerlang, berwarna dan digarap dengan penjelasan daripada Sang Editor dan kata-kata hikmah tokoh-tokoh yang memberi pengaruh buat dirinya. Zine ini menurutnya ialah galeri kenangan buat dirinya. 

Harga RM18 tidak termasuk kos pos. Hubungi Muharos untuk mendapatkan zine ini: https://www.instagram.com/muharos857/

1 ulasan: