Ahad, 31 Oktober 2021

TAZKIATUN NUFUS: KONSERT MAKSIAT DI SAUDI ARABIA.

Banyak sudah asatizah mengulas tentang kejadian ini, banyak yang cuba memburuk-burukkan ulama Arab Saudi terutamanya yang bermanhaj salafi. Mereka mengelar ulama Saudi sebagai Wahabi (dianggap mereka golongan penganas) yang kita lihat tak lain dari dendam kesumat mereka terhadap isu-isu bid'ah yang sangat keras ditentang oleh ulama Saudi. Puak nusantara yang kuat dengan pengamalan tradisionalis jadi panas telinga. Puak tarekat yang gemar beribadah di kuburan dan nyanyian-nyanyian zikir jadi panas telinga. Bagi mereka yang akal panjang.. Tiada ulama selain golongan liberal di Saudi yang menyokong tindakan pemerintah mereka untuk membangunkan kota hiburan sebagai tarikan pelancongan ke sana. 

Biarlah orang politik dan cerdik pandai berhujah dan bertikam lidah tentang hal itu. Kita orang biasa, penuntut ilmu cuba ambil pelajaran dari peristiwa jelik ini. Baiklah... para pembaca tentu biasa mendengar ungkapan ini:

"Aku harian macamana Karim oleh terjebak dengan duit rasuah itu, hairan betul! Dia tu orang kuat sembahyang, selalu nasihat kawan-kawan. Bukan macam kita ini... Kalau aku ini lainlah!".

atau

"Celaka punya ustaz, boleh kau balun budak sekolah itu sampai mengandung. Tiap petang aku tengok dia ke masjid beri kuliah. Macam kita ni lainlah... ha! ha! ha! memang tak tahan tengok perempuan".

atau

"Gila betul kau ni. Sanggup kau belasah Si Gulam tu sampai patah tangan hanya sebab dia mengorat anak Kak Bedah aja. Bukan ke kau tu orang penyabar, kalau aku ni lainlah.. memang kepala angin!"

Pernah? Baiklah sekarang cuba fikir dalam-dalam kenapa seringkali kita menetapkan orang buat: TAK BOLEH, tetapi bila kita yang buat: BOLEH? Kenapa di mata kita aib orang menjadi begitu besar, sedangkan aib kita ada pula pengecualian dan boleh dimaafkan?.

Jiwa yang tulus dan suci akan berlaku adil dan meletakkan kebenaran melebihi segalanya. Yang sebetul-betulnya, sebagai Muslim apa yang salah dan haram tetap salah dan haram biarpun siapa sahaja yang melakukannya.

Jika pesta hiburan di Arab Saudi itu buruk dan jelik, maka hal yang sama sedang berlangsung dan berlaku di Malaysia saban hari juga wajib dianggap buruk dan jelik bagi seluruh umat Islam di Malaysia. 

Mana mungkin syariat, kewajipan dan ketaatan hanya perlu dipegang oleh umat Islam di Arab Saudi kerana di situ ada Ka'abah, Masjidil Haram, makam Rasulullah salallahu alaihi wasallam? Syariat Islam berkuatkuasa dan terpakai oleh semua Muslim di mana-mana sahaja, apatah lagi negara dikuasai pemerintahan Islam.


- Rammy

9.03 pm/ 31 Oktober 2021

2 ulasan:

  1. sampai habis saya baca. ternyata ada kebenarannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kerana menerima pandangan ini. Namun masih ada di luar sana masih gagal faham.

      Padam