Dengan nada terkejut, pekerja wanita itu kata "ha! tak penah pakai songkok. Ni tak pernah sembahyang apa?". Dia ketawa.
Tawa nya disahut 2 lagi rakannya di kaunter pembayaran. Saya pun senyum. Dalam hati saya malu. Mujur tiada pelanggan lain ketika itu. Mentang-mentang saya pakai seluar pendek camo tentera dan tshirt Scorpions 'Blackout -World Tour 1983' (saja nak bagitau.. huhuhu). Mereka beranggapan begitu.
Sambil mencuba beberapa songkok, dan melihat cermin, saya pun balas " Adik tau tak dulu Dato Harussani penah marah Dr Maza maaaaaacam adik kata kat saya sekarang. Adik rasa pakai songkok ni syarat sah solat? Adik rasa ini pakaian Islam? Dato Harussani kata dulu-dulu Tok Imam halau makmum yang datang solat jemaah tak pakai songkok."
(fyi: Dato Harussani marah semata-mata kerana Dr Maza seorang tak pakai songkok dalam rombongan mufti-Mufti ke Australia. Ada video ceramah tu kat YouTube)
Masa tu suasana kedai tiba-tiba jadi hening. Orang kata malaikat lalu...
Saya tambah lagi.. "Adik tahu kopiah ni asal dari India. Orang Melayu pakai tanjak. Ketayap tu asal daripada orang Cina.."
"oh ya ka" jawabnya. Dua orang lagi masih diam membisu.
Saya ambil saiz 22, bayar RM19.10 dan berlalu.
Line paneh
BalasPadamhahaha
Padamjawapan yang kena dgn keadaan
BalasPadamcuba untuk berlembut lagi.. huhu
Padamjawapan yang kena dgn keadaan
BalasPadamnasib baik kata ketayap tu dari cina.... kalau saya... sambil menggayakan ketayap saya akan sebut.... nampak macam yahudi tak?
BalasPadamBernas juga tu..
PadamLast pakai songkok masa akad nikah...beberapa lama tahun yang lalu..ni baru tau harga songkok rm 19.10...haha..
BalasPadamtu dah campur GST bro.. haha
PadamTerbakar telinga.....burn baby burn
BalasPadamhahaha
Padamraya saja pakai songkok
BalasPadamnasib diorang tak sujud kaki minta maaf sebab perli..hehe
BalasPadamhaha
Padamlain kali nak beli songkok pakai elok sikit...hehehe
BalasPadamok. ok.. haha
Padam