Buku ini menghimpunkan soal jawab bersama Dr. Muhamad Rozaimi Ramle, Pensyarah Kanan UPSI merangkap ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis. Isu-isu yang dibawakan memang menarik walaupun bagi mereka-mereka yang telah bergelumang dalam ‘scene’ salafi Malaysia sudah tentu amat terbiasa dengan persoalan-persoalan yang boleh dikatakan telah dijawab oleh tokoh-tokoh salafi sejak berdekad-dekad tanpa jemu-jemu demi kefahaman umat. Kali ini kit abaca penghujahan Dr. RORA pula. Buku ini bagus bagi mereka yang ada elergik kepada kitab karangan misalnya Dr. MAZA, Dr. Abdul Basit (Abu Anas Madani) atau Maulana Asri Yusuf.
Cuba Dr. Rozaimi!
Kaedah penerangan beliau memudahkan pemahaman orang awam dengan gaya bahasa tersendiri jika sebelum ini banyak tokoh lebih gemar menterjemah secara langsung fatwa-fatwa imam-imam besar terdahulu. Tetapi Dr. RORA banyak mengolah dengan caranya namun tetap menukilkan nas & dalil serta nama kitab untuk rujukan. Pada bahagian isu hadis, Dr. RORA lebih memperincikan huraiannya mungkin disebabkan kecintaan dan kepakaran beliau pada ilmu tersebut.
Buku ini antara 10 bestseller di kedai buku Popular. Saya sendiri mengalami kesukaran mencarinya setelah dipesan oleh seorang rakan dari Kuantan. Ia wajar dimiliki kerana saiznya yang comel dan mudah untuk dibawa sebagai sumber rujukan pantas sebelum dicari kitab induk yang dinyatakan jika ada sebarang isu yang tidak jelas atau berpanjangan.
"Sesungguhnya ubat kepada kebodohan adalah bertanya (kerana kejahilan itu seumpama penyakit)" (Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad).
mana nak dapat buku ni? kat tempat aku memang susah nak carik ni
BalasPadamthanks for sharing..
BalasPadamilmuwan muda yg hebat, Ph.D dlm bidang hadis tu..
"Sesungguhnya ubat kepada kebodohan adalah bertanya (kerana kejahilan itu seumpama penyakit)" (Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad
BalasPadam