Sabtu, 3 April 2021

EASTWIND CAMP 2021

Ini merupakan kali pertama aku sertai aktiviti perkhemahan Eastwind yang dianjurkan oleh Amin Arawi (bagi yang tak kenai Amin boleh baca ulasan muzik beliau di sini)  dan kawan-kawannya, mereka ini bolehlah dikira sebagai anak-anak muda yang punyai visi dalam membawa 'brand' Perlis ke peringkat yang lebih komersil. Kita wajar bagi sokongan kepada mereka.


Banyak orang buang kucing dan anjing di sini. 

Pic credit: Mohd Asraf

Badril datang lewat malam ni. Nusrah bakar siakap, manakala kami hanya masak char koeteaw. Kami pun tak pasang khemah malam ni, tidur dalam van aja.

Melawat setting khemah Madam Nanie, Trash Hero

Rasanya ini merupakan kali kedua mereka mengadakan program Eastwind sempena meraikan kedatangan musim 'angin timur' dan kali ini ia disambut lebih meriah biarpun sedang dalam tempoh berwaspada serangan wabak Corona virus. Kumpulan-kumpulan seperti Hooligan Camp, Trash Hero Perlis, OSBMX Perlis, Bigfield Old Skool, Peketum dan lain-lain lagi telah memunculkan diri dalam program 3 hari 2 malam di Pengkalan Nibong, Empangan Timah Tasoh ini. Tiada bayaran dikenakan, namun kita boleh membeli merchandise Eastwind sebagai tanda sokongan. Pelekat Eastwind Camp diedarkan percuma sebagai kenang-kenangan. Hujan lebat turun pada malam itu namun keadaan masih baik dan terkawal. Tandas milik Kompleks JPJ Negeri Perlis berdekatan turut dibuka untuk kegunaan semua.  

Polis Peronda datang melawat. Tiada sebarang masalah. Mereka pun lepak lama, seronok, minum kopi dan berbual-bual, janji semua jaga S.o.P untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Aku, isteri, Badril dan isterinya hanya hadir satu malam memandangkan isteri sedang hamil, manakala esoknya aku terpaksa berangkat ke Putrajaya untuk menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. 




Permandangan pagi di Chabang Mari memang menakjubkan. Di sini pun boleh camping.


Pada sebelah pagi, sebelum pulang, kami berangkat ke Santuari Ikan Air Tawar untuk membeli nasi lemak dan seterusnya bergerak ke Chabang Mari (bayaran masuk RM1) untuk bersarapan pagi di situ. Madam Nani dan pasukan Trash Hero Perlis turut datang melihat pemandangan kampung yang permai dan damai dinihari.

2 ulasan: