Namun apabila Samurai-X telah menjadi siri anime dan mula
disiarkan di TV, asalnya TV2 kemudian bertukar ke TV1 saya memang setia
menunggunya setiap kali pulang dari sekolah, ada kalanya saya pergi menonton di
rumah jiran sebab ayah tak bagi tengok. Kata ayah “Bukan kartun tu nak bagi hang makan nanti dah besar!”. Siri TV Samurai-X itu meletup hingga ia membawa
kepada filem animasi Rorouni Kenshin: The Motion Picture yang meletup pula di
Amerika Syarikat. Anime Samurai-X ini turut dikenali di sesetengah negara dengan
tajuk “Battousai the Manslayer”. Bagaimanapun penulis manga Rorouni Kenshin, Nobuhiro
Watsuki mengkritik siri anime ini kerana penampilan karaktor Kenshin tidak
seperti yang dia harapkan.
Kemudian apabila filem aksi Rorouni Kenshin diterbitkan
Warner Bros pada tahun 2012 saya memang sangat teruja. Bagaimanapun
saya hanya dapat menontonnya beberapa tahun kemudian dan begitu puas hati
dengan hasil Studio Swan dan arahan Keishi Ōtomo, saya memang skeptikal bila
pertama kali melihat Takeru Satoh dipilih menjadi Kenshin, biarpun dia terkenal
sebagai Kamen Rider Den-O. Apa tuh? Generasi kami hanya kenal Kamen Rider
Black! Haha! Takpalah. Muka Takero Satuh memang sebijik gaya ‘mat rempit’ tetapi
dia telah berjaya membawa watak Rurouni Kenshin dengan baik dan aksi
pertarungan pedang dalam filem ini sesuatu yang lain daripada yang lain malah menetapkan
satu tahap baru dalam aksi pertarungan bersenjata. Gila! Bayangkan permainan
pedang Samurai, ya 100% teknik samurai dengan gandaan 2x kelajuan dan akrobatik
daripada apa yang kita pernah lihat dalam filem-filem klasik sebelum ini.
Ada beberapa elemen yang menarik pada sosok Rorouni Kenshin, pertama semestinya mengenai latar belakangnya sebagai Hitokiri Battosai, seorang pembunuh professional yang bertugas untuk kerajaan Meiji. Kisahnya digambarkan berlaku saat-saat penghujung Tokugawa Shogunate, dia akhirnya memutuskan untuk menjadi ronin (samurai tanpa tuan yang hidup merantau) dalam membantu orang yang ditindas untuk menebus dosa-dosa silamnya. Battosai mengubah namanya kepada Kenshin dan mengunakan sebilah pedang unik bernama sakabato kerana matanya yang terbalik. Maka dia dapat mengelak daripada membunuh orang lain semasa bertarung kecuali dalam keadaan terpaksa. Kenshin seorang lelaki yang kurus, manis tutur kata, berambut merah dan mempunyai parut luka X di pipi kiri. Watak Rorouni Kenshin dipertemukan dengan Cik Kaoru yang menjadi pasangan hidupnya seterusnya membentuk babak-babak penting dan penuh drama dalam epik ini. Fiksyen ini menambahkan lagi warnanya apabila digambarkan kegiatan eksport luar berlaku secara besar-besaran di era Meiji. Fesyen berkembang dengan pesat, ada rakyat yang terpengaruh dengan gaya kolonial, Turki dan sebagainya. Saat bertembungnya senjata moden dan katana.
Nobuhiro Watsuki mengarap manga Rorouni Kenshin dengan
mengunakan kreativitinya berdasarkan kisah sebenar seorang daripada 4 orang hitokiri
(pembunuh) professional kerajaan Bakumatsu yang bernama Kawakami Gensai. Kisah sejarah
Gensai juga menarik namun hayatnya berakhir apabila dipancung pada 13 Januari
1872 kerana mencampuri urusan tentera, Kiheitai di bawah pimpinan Oraku Gentarō,
yang juga merupakan rakan seperjuangannya. Setiap kali melakar Rouroni Keshin, Watsuki membayangkan seorang yang sanggup mengorbankan dirinya sendiri demi keselamatan orang lain.
Sebagaimana filem-filem hebat antarabangsa yang lain, filem
sekuel Rorouni Kenshin turut dilengkapkan runut bunyi yang mantap. Dengarkan “Hiten”, “Akatsuki no Tatakai” setiap kali Kenshin bertarung atau berperang,
memang meremang bulu tengkok. Saya diperkenalkan dengan kugiran dengan nama
mengarut One OK Rock pun melalui sekuel “The Legend Ends (2014) dengan lagu “Heartache”
yang benar-benar kena dengan situsi Kenshin ketika itu.
Baiklah, siapa Nobuhiro Watsuki dan bagaimana dia boleh jadi begitu kreatif dalam menulis epik Hitokiri Battosai? Nobuhuri Watsuki ialah seorang pelukis manga dari Tokyo yang kini telah pun berusia 51 tahun. Dia merupakan seorang pengamal seni bela diri Kendo dan sukakan muzik, boleh dikatakan konsep dan babak-babak penting dalam manga Rorouni Kenshin tercetus sewaktu Watsuki mendengar muzik. Bakat Watsuki mula menyerlah sejak di bangku sekolah lagi apabila karyanya “Teacher Pon” telah membawanya ke tempat ke-33 bagi Tezuka Awards pada tahun 1987. Antara karya-karya hebat lain yang terhasil daripada tangannya ialah Gun Blaze West, Embalming -The Another Tale of Frankenstein, Crescent Moon in the Warring States dan banyak lagi. Pada Novemer 2017, peminat-peminatnya gempar apabila Watsuki ditangkap dalam satu serbuan polis di rumahnya. Siasatan polis telah menemukan lebih 100 keping DVD pornografi kanak-kanak. Dia ditangkap dan didakwa, nasibnya baik kerana tidak dipenjarakan tetapi hanya didenda sebanyak ¥200,000. Ini bukanlah kali pertama artis manga buat hal, pada Ogos tahun lalu Tatsuya Matsuki yang dikenali menerusi manga Act-Age, telah meramas buah dada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ketika memintasnya dengan basikal. Dia pun bernasib baik kerana setelah ditangkap dan didakwa, hukum yang diberikan ialah berkelakuan baik selama 3 tahun.
Filem sekuel Rorouni Kenshin “The Beginning” dan Rorouni
Kenshin “The Final” sepatutnya ditayangkan pada tahun lalu namun terpaksa
ditunda akibat serangan wabak Covid-19 di seluruh dunia. Menariknya “The Beginning”
yang mula ditayangkan 2 hari lalu merupakan kisah era awal Hitokiri Battosai dengan
kekasih pertamanya Yukishiro Tomoe dan bagaimana dia mendapat parut X
diwajahnya. Manakala “The Final” pula adalah kesinambungan filem “The Legend Ends”
(2014) yang lalu.
syok filem ni bang. sudah masuk netflix juga
BalasPadamkita geng!
Padam