Khamis, 15 Julai 2021

LUPA (BAHAGIAN II)

Masjid Tuanku Syed Faizuddin yang masih lagi dalam pembinaan
namun sudah mula menarik perhatian sesiapa sahaja yang datang ke Kuala Perlis.

Tadi masa azan Subuh sampai "haiya alassolah" tok bilal terkedu... Dia lupa sebenar benar lupa. Hanyut atau larut (ayat puak sufi) pun boleh jadi... Lama dia termenung akhirnya dia tutup dengan takbir aja. Laungan azan satu kampung dengar. Orang di rumah mungkin anggap mikrofon rosak. Tapi orang di masjid tahulah. Bila dia toleh tengok jemaah, dia agak malu. Dia 'kemaih' jugak orangnya, sering perbetul bacaan imam jika terlupa dan salah. Dia sentiasa alert.
 
Saya pulak memang sedia la salah kalau solat berjemaah dengan bini di rumah. Salah baca, salah rakaat. Ralit sungguh.
 
Saya duk merenung hal ni tadi. Ada pengajaran rupanya. Kenapa dalam azan, solat, berzikir atau dalam erti kata lain sedang "ingat Allah" pun masih kita boleh lagi terlupa Allah? Lain tak bukan. Kudrat akal dan jasmani untuk mencintai Allah pun atas nikmat Allah. Jika bukan kerana itu, tengah sebut nama Tuhan pun sekelip mata lenyap semua. Buntu.

Firman Allah Subhanahuwata‘ala:
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أُوْلَٰٓئِكَ هُمۡ خَيۡرُ ٱلۡبَرِيَّةِ ٧ جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّٰتُ عَدۡنٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدٗاۖ رَّضِيَ ٱللَّهُ عَنۡهُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُۚ ذَٰلِكَ لِمَنۡ خَشِيَ رَبَّهُۥ

"Sesungguhnya orang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka itu adalah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Rabb mereka ialah syurga ‘Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya. Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Rabb-nya".
(Surah Al-Bayyinah:7-8).

Allah terlebih dahulu redha kepada kita sebelum kita redha kepadaNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan