Khamis, 15 Julai 2021

NIKAH DENGAN TANGAN eBOOK


Alhamdulilah. Saya masih dapat mengekalkan momentum untuk menulis satu buku setiap tahun. Tempoh PKP 3.0 dan PPN yang panjang kali ini telah memberi sedikit ruang buat saya untuk menulis sebuah buku khas kepada beberapa orang rakan yang belum berumah tangga dan juga yang telah berpisah dengan pasangan, yang sering bertanya tentang hal ini. Mereka orang baik-baik namun atas sebab tertentu mereka terikat dengan amalan ini hingga membuatkan mereka sentiasa rasa bersalah dan murung. Dari saya menjawab kepada mereka sahaja adalah baik jika saya hasilkan sebuah buku yang merangkumi kajian menyeluruh tentang bab ini dan boleh dijadikan rujukan kepada orang lain juga pada masa hadapan. Nikah Dengan Tangan ialah ebook pertama yang saya tulis. Moga ada manfaatnya.

"Sewajarnya, lelaki dan wanita dewasa yang sihat mempunyai hasrat untuk memenuhi keperluan seksual bersama pasangannya. Namun apabila ia terhalang, biasanya onani akan menjadi jalan keluar. Sebagai seorang pekerja sosial, penulis sering terdedah dengan kes-kes sebegini. Ketika bertugas di sebuah pusat penjagaan orang-orang tua dan papa dahulu, penulis mendapati begitu ramai warga emas kecanduan onani. Mereka rajin mengaji Quran, rajin ke kuliah agama, sudah berkali-kali mengerjakan haji, malah ada yang dilantik menjadi imam. Begitu juga ketika penulis bertugas di asrama akhlak budak lelaki dahulu, hampir semua remaja lelaki melancap untuk mencari ketenangan akibat tekanan emosi dan cara membendung ketagihan dari pengalaman seks yang pernah mereka nikmati. Begitu juga keadaan di rumah kanak-kanak dan institusi penjagaan remaja wanita, rakan sekerja penulis menceritakan tentang pemansuhan menu-menu sayuran seperti timun dan terung kerana sering dicuri ketika pelatih-pelatih perempuan bertugas di bahagian dapur. Ini belum masuk dikira keadaan di pusat tahanan dan koreksional, madrasah, pondok tahfiz, kem tentera dan sebagainya. 

Dunia hari ini bukan seperti dahulu, wanita keluar memandu kereta sendirian, keluar mengembara sendirian, wanita sudah keluar bekerja dan bergaul dengan lelaki dengan bebas, ada yang perlu bertugas secara berpasangan (seperti sesetengah institusi yang memerlukan seorang penyelia lelaki dan perempuan dalam satu syif, penguatkuasa yang perlu berpasangan untuk keluar meronda - bagi memudahkan untuk urusan yang melibatkan klien berbeza jantina). Keadaan lebih ketara bila negara diancam serangan wabak Covid-19, melalui arahan bertugas dan norma baharu, ada institusi yang terpaksa meletakkan pegawai lelaki dan perempuan berdua-duaan di dalam pejabat yang sunyi, ada yang terpaksa bertemu pelanggan lelaki atau perempuan di bilik untuk perkhidmatan tertentu, ada juga yang perlu membuat lawatan ke rumah untuk kes-kes bantuan dan sebagainya. Ini semua realiti yang memungkinkan sesiapa sahaja terdedah dengan bahaya moral.

Pemilihan penulis untuk membuat kajian tentang hukum onani bukan sahaja kerana ia subjek yang kontroversi, tetapi untuk melihat kedudukan uruf dalam istinbat hukum syariah kerana masyarakat majmuk di Malaysia mencelanya. Biarlah perbuatan yang ditutup, didiamkan, dan diremehkan ini membuka pandangan pembaca-pembaca untuk mempelajari bagaimana para ulama memperincikan sekecil-kecil masalah umat dari berbagai-bagai aspek kemudian difatwakan hukumnya berpandukan dalil-dalil Quran dan hadis sahih. Kebanyakan orang tidak ambil pedulikan dasar-dasar yang digunakan ulama dalam berfatwa kerana mereka sudah terbiasa dengan satu pandangan majoriti dan popular. Padahal ada pandangan lain yang lebih rajih dan progresif, namun cara berfikir yang salah tidak memungkinkan mereka untuk memproses maklumat yang diberi " - Penulis.

HARGA: RM3
FORMAT: PDF

Klik untuk membeli di SHOPEE

atau di E-SENTRAL

atau hubungi: WHATTSAPP kepada kami.



2 ulasan: