Isnin, 19 Julai 2021

DOA YANG PALING SEMPURNA


Selamat Hari Raya Eid Adha. Semoga Allah menerima amalan dan kebaikan daripada kita semua. Tempoh kuarantin di rumah (setelah ada rakan sepejabat dari Gurun, Kedah yang ulang alik ke Kangar didapati positif Covid-19) saya bersama isteri berbaki 5 hari lagi, bermakna tahun ini kami sekali lagi beraya di rumah sahaja.

Di sini saya ingin menyisipkan satu doa yan baik untuk kita amalan terutamanya menjelang hari-hari tasyrik ini. Doa yang sangat ringkas yang lafaznya diajarkan oleh Allah, dan diamalkan oleh  Nabi salallahu alaihi wasallam dan para solehin. Saya anggap ini doa "tarah licin", sapu bersih! Doa "tarah licin" ini bermaksud doa yang merangkumi segala-galanya, andainya hutan yang ditarah licin maka gondollah ia tanpa ada satu pucuk untuk dipetik lagi, andainya ia tasik maka anak-anak ikan pun tiada lagi untuk ditangkap. Maka jika ia doa, segala-galanya terkumpul dalam lafaz ini.

Ia diucapkan ketika telah selesai menunaikan manasik haji, terutama banyak dibaca di hari-hari tasyrik di bulan Dzulhijjah sebagaimana anjuran sebagai salaf. Ayat yang menyebutkan hal ini,

فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آَبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ (200) وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ (201)

“Apabila kamu telah menyelesaikan ibadah hajimu, maka berzikirlah dengan menyebut Allah, sebagaimana kamu menyebut-nyebut (membangga-banggakan) nenek moyangmu, atau (bahkan) berzikirlah lebih banyak dari itu. Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Rabb kami, berilah kami (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka” (QS. Al Baqarah: 200-201).

Daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

اللَّهُمَّ آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“Allahumma aatina fid dunyaa hasanah, wa fil aakhiroti hasanah, wa qinaa ‘adzaban naar (Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka" (Hadis riwayat al-Bukhari no. 4522 dan Muslim no. 2690).

Ibnu Hajar rahimahullah menyebutkan,

لَمْ يَدْعُ نَبِيّ وَلَا صَالِح بِشَيْءٍ إِلَّا دَخَلَ فِي هَذَا الدُّعَاء

“Tidaklah seorang nabi mahu pun orang soleh berdoa melainkan mereka menggunakan doa ini.” (Fathul Bari, 2: 322).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan