وَلِيَعْلَمَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَيُؤْمِنُوا بِهِ فَتُخْبِتَ لَهُ قُلُوبُهُمْ ۗ وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
"Dan juga supaya orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar daripada Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadaNya, sehingga tunduk taatlah jantung hati mereka mematuhiNya; Dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang yang beriman ke jalan yang lurus"
[ Quran, al-Hajj:54].
Syok tengok 5 saf solat subuh tadi. Syok tengok kaum Muslimin Muslimat bagai disuntik steroid jadi bersemangat untuk beribadah sempena Ramadan al-Mubarak. Mungkin inilah sebabnya tiap kali munculnya Ramadan antara isi kuliah 'sembahlah Allah, bukan sembah Ramadan' akan diulang bahas agar kita ketahui Tuhan bukan hanya mendengar munajat dan mengurniakan rahmat buat hambaNya ketika Ramadan. Malaikat pula seolah-olah terjaga dari tidur yang panjang dan mula mencatat amal pada hari ini kemudian tidur semula pada syawal nanti.
Apa pun kita seronok tengok semua orang berlumba-lumba mengerjakan kebajikan. Kita tidak remehkan sesiapa.
Cumanya macam pagi tadi, ramai orang datang awal untuk rebut saf pertama solat berjemaah di masjid, sebab mereka mungkin pernah dengar kelebihan saf pertama tetapi mereka terus duduk tanpa solat tahiyatul masjid, dan tidak pula mengerjakan solat sunat fajar selepas azan. Ruginya.
Ada pula jenis yang rajin solat tarawikh berjemaah di masjid, tetapi solat fardu sendirian di rumah. Ruginya.
Seorang remaja disebelah tadi, melafazkan niat "usolli..." Selesai saja Bilal iqamat, baca niat lagi seiring dengan bertakbir... (Sy tahu bertakbir gaya forklift angkat barang mudah pecah tu sbb dahulu pun masa sekolah rendah ustaz ajar macam tu sambil usolli..), kemudian usolli lagi sebelum baca al-Fatihah... Tu dia pueh! Baru masuk gear.
Dia bukan macam tu, niat ni "lintasan hati". Bukan karangan ayat ayat tu. Tu untuk kanak-kanak yang tak faham lagi apa yang dikatakan niyat atau niat itu. Hang yang sebelum ni tak pernah kenai masjid, sebelum ni solat subuh pukoi 8.00 pagi, tiba-tiba hang boleh bangun, berwuduk, mai masjid kelam-kelam ni.. takkan laa hang takda niat nak solat Subuh?
Begitulah mudahnya bab niat ini. Sama laa, semalam hang boleh pi solat tarawikh di masjid, kemudian tak pasai pasai hang masak sambai tumis udang untuk makan soq, tiba-tiba hang buat gelabah bewak kata "alamak terlupa niat posa hari ni?". Aiikk....
Sama juga urusan harian kita. Kita pulun ibadah Sunat, pulun solat duha, bertadarus, menjaga lisan di tempat kerja, Alhamdullilah! Malangnya kita buat itu alasan untuk abaikan amanah padahal kita dibayar upah yang hukumnya WAJIB untuk dilaksanakan.
Lebih sedih.. ibadat yang kita pulun buat itu kerana ikut-ikutan dan dimotivasikan oleh fadilat hadis-hadis palsu. Begitulah pentingnya ilmu dalam menunaikan ibadah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan