Sekitar awal tahun 2009, Feudal Throne Record (Jerman) telah menyuarakan hasrat mereka untuk menerbitkan satu split EP gabungan antara BLACKFIRE dan SABBAT (Jepun) yang mana Blackfire akan merakamkan lagu "Black Fire" manakala pihak Sabbat pula akan merakamkan lagu "Black Hell" (cadangnya dalam bahasa Jepun). Tawaran menarik ini disambut baik oleh Azmi Bahari, begitu juga Gezol pada awalnya.
Maka pada 30hb Julai 2009 Azmi Bahari (vocal) dan Rammy (guitar, bass, dram) telah memasuki Standing Wave Studio, Subang Jaya dan menjayakan bahagian mereka dalam projek ini. Namun saban tahun pihak Sabbat tidak dapat merakamkan bahagian mereka kerana Gezol sibuk dalam siri tour SABBAT dan kemudian sibuk di studio pula bersama kugiran projek beliau METALUCIFER.
Setelah sekian lama terbengkalai, pihak Feudal Throne Records memaklumkan Gezol sudah tidak berminat lagi dalam projek split EP ini. Maka rakaman ini kekal sebagai unreleased track dalam simpanan Feudal Throne yang turut merupakan rakaman terakhir Allahyarham Azmi Bahari. Feudal Throne Record beberapa kali memohon kepada Rammy untuk menerbitkan single ini dalam format vinyl namun ditolak kerana ia sudah menyasar dari kehendak asal. Apa gunanya Blackfire menerbitkan lagu cover?
Pada tahun ini, dengan persetujuan Feudal Throne Record dan Rammy, trek ini akan dikeluarkan dalam kompilasi berjudul Northern Eruption terbitan Metal Zone Distro (Kedah) sebagai kenangan buat Azmi Bahari dalam pergerakan muzik bawah tanah utara Malaysia, dan selayaknya ia terterbitkan oleh anak utara juga!
Kompilasi ini bakal dikeluarkan pada Syawal ini. Nantikan!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan