Setiap hari Jumaat saya akan pulang ke rumah ibu saya pada waktu rehat dan solat Jumaat di sana sebelum balik semula ke pejabat. Jika saya menaiki motorsikal, saya selalunya akan memakai jaket perang ke pejabat, dan memang sesekali saya akan pakai juga jaket perang ke pejabat, maklumlah orang makrifat macam saya kenalah tapis sikit rahmat Tuhan yang mencurah-curah tu, kenalah pakai hodoh dan pelik sedikit supaya orang caci hina, jika tidak buat begitu terserlahlah kemuliaan saya tu nanti. Hehehe! Ini melawak sahaja ok! Jangan percaya pulak!...
Jadi sebaik saya menyarung jaket dan menendang engko motorsikal untuk balik ke pejabat, ibu saya melihat jaket perang itu, dia ingat saya sudah tak memakainya lagi. Dia pun bertanya:
“Aku ingat hang dah tak pakai baju macam itu? Awat orang-orang dekat pejabat itu tak pelik ka? Depa tak tanya ka baju hang tu?”.
Saya tutup suis enjin motorsikal.
“Tanya, ada yang buat tak tahu, tapi tentulah ada yang tanya. Hari itu ada seorang pegawai dengan kawan-kawan dia duk perli, gelak-gelak di kantin pejabat tengok jaket ni…”
Muka ibu saya pun berkerut: “Hang tak segan ka?”
“Dak. Bila depa gelak tu, aku kata dekat depa, mungkin pakaian aku lawak di mata hangpa, tetapi bagi orang lain pakaian hangpa pulak pelik bagi depa… bezanya depa tak gelaklah depan muka hangpa sebab hangpa pegawai. Tau dak? Dulu masa hangpa tak jadi pegawai lagi.. ramai duk gelak kat group hangpa ni.. 3-4 orang hangpa mesti dress-up sama, pakai topi bubuh spek mata hitam atas cap, pakai plak kasut loafer, hangpa mesti keluar mana-mana pakai baju t-shirt free ada logo jabatan pastu tucked-in..haha! laaa. Hangpa kedekut sungguh na? Waktu luar kerja pakai laa casual sikit, kira nak pakai baju free ja!... Tu laa, jangan gelak kat orang… ”
Ibu: “Tu dia aih.. hang kata sampai macam tu kat depa…”
“Biar depa reti sikit..”
Dari kisah benar, jangan jadi polis fesyen jika kita pun tak segak tera mana…
- Ra1m1
Aku memang dah lama tak pakai tshirt ada gambo band member dan hantu2 sangat ni…maklumlah dah tua...haha
BalasPadamHaha! metal dalam hati je laa... huhu.
Padamhuhu saya pulak sampai la ni masih pakai baju hantu kalau bukan waktu pejabat. susah nak hilang tabiat ni
BalasPadamonce a metalhead, always a metalhead!
Padam