Ciwi datang ke rumah aku beberapa hari yang lepas untuk mengajak aku ke Radix Chicken House di Jelempok. Memandangkan petang itu aku tiada apa-apa rancangan, maka aku turuti hajat Ciwi. Lagipun ini adalah kali kedua aku makan di outlet Radix. Pertama kali di Radix Fried Chicken di Kangar.
Radix Chicken House Jelempok ini terletak di tepi jalan dan dikelilingi oleh sawah padi. Jadi suasananya agak menarik dan ada atmosphere unik bila makan disini. Kami terkandas di RCH sehingga jam 8 malam hari itu kerana hujan yang sangat lebat.
Radix Chicken House Jelempok ini terletak di tepi jalan dan dikelilingi oleh sawah padi. Jadi suasananya agak menarik dan ada atmosphere unik bila makan disini. Kami terkandas di RCH sehingga jam 8 malam hari itu kerana hujan yang sangat lebat.
Kali pertama aku makan di Radix Fried Chicken Kangar beberapa bulan lepas bersama rakan sekarja aku, Wan Muzammir. Itu pun setelah beberapa hari frust disebabkan sejak hari perasmian niat kami hendak makan disitu terbantut kerana kebanjiran orang ramai yang menyokong RFC. Malah waktu itu pemboikotan barangan keluaran Yahudi hangat diperkatakan. Maka RFC adalah alternatif terbaik.
Semua warga Perlis tahu bagaimana diskriminasi terhadap produk Haji Mail berlaku. Iklan produknya pada mulanya hanya boleh dilihat di bas-bas, papan-papan tanda di luar negeri Perlis. Malah restoran RFC yang pertama mula beroperasi di Sungai Petani.
Harga makanan di Radix jelas lebih mahal berbanding restoran segera yang lain. Tetapi penawaran kualiti makanan yang diberikan harus diambil kira. Radix mengunakan ayam organik yang diperlihara sendiri oleh HPA tanpa melibatkan pengunaan bahan kimia. Semua produk HPA dihasilkan dengan menekankan bahan organik dan meminimunkan pengunaan kimia.
Semua produk Radix adalah sedap bagi Ciwi
Jadi Radix adalah satu kebanggaan rakyat Perlis, dan RFC kini adalah salah satu trademark jenama dari Perlis. Bagi aku hampir semua yang dilakukan oleh Haji Mail amat sistematik dan berdaya saing. Cuma aku harap teknik dan strategi promosi dalam imej komersial perlu ditingkatkan. Kita boleh tiru gaya promosi barangan Yahudi, tetapi dengan imej sendiri yang profesional. Sebagai contoh, logo, gaya persembahan, pengiklanan dan kecekapan dalam servis yang diberikan.
Aku harap di dalam masa yang terdekat, Radix boleh improve dari segi design penjenamaan, ( sebagai contoh jika kita tgk logo M = Mcdonalds dan RFC, pasti kita sedih tgk logo RFC), servis yang diberikan amat lembab, ( walaupun hanya ada 3 orang customers didepan, aku dapat pesan makanan sepuluh minit selepas berbaris), pelanggan harus kemas meja sendiri untuk makan ( kakitangan tumpu bahagian dapur lebih ramai), namun dari aspek lain. Aku boleh katakan Radix adalah cemerlang. Warna korporat yang bagus serta uniform yang sopan ( semua wanita wajib pakai tudung dan baju labuh menutup punggung).
Haji Mail memang seorang yang visionary. Orang kedua yang aku lihat mempunyai wawasan untuk melakukan semuanya Islamik selain pentadbir Al Jenderami di Dengkil, Selangor.
Aku penah melawat dan bermalam di Al Jenderami tahun lepas. Memang inilah tempat paling Islamik di Malaysia. Dari segi penjanaan ekonomi, pentadbiran, infrastruktur, pengajian, perladangan, ibadah, semuanya dilakukan dengan cara Islam. Kejayaan mereka didalam mewujudkan dan membangunkan wilayah Islam di kawasan pedalaman yang mempunyai sejarah hitam (perkampungan komunis) sehingga menjadi tempat yang penuh rahmat itu harus dicontohi.
Jika anda semua membayangkan Al-Jenderami seperti sebuah sekolah pondok yang lain. Suram, sepi dan dipenuhi warga emas yang ingin mendekati Yang Maha Esa. Sangkaan anda ternyata meleset, Al Jenderami adalah sebuah tempat yang menakjubkan, selesa, dipenuhi masyarakat berbagai peringkat yang intelektual, ilmuan, ketenangan, dan sebagainya yang mustahil.
Seperti kata mereka kepada aku, kalau seorang rakan anda dari Eropah misalnya bertanya “Malaysia adalah negara Islam tetapi dimanakah tempat yang mengamalkan segala-galanya dengan cara Islam di Malaysia”? kata mereka kepada aku “ Jemputlah dia ke Al Jenderami dan lihat sendiri”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan