Khamis, 11 Februari 2010

MAJALAH KARISMA ISU JANUARI 2010



Zulhisham journalis didalam pelbagai penulisan yang membabitkan muzik ektrim tanahair menghubungi aku menanyakan tentang majalah ini. Aku beritahunya aku pernah nampak, dibeberapa kedai tempohari sekitar KL, tetapi aku tidak membelinya dan aku tidak pula jumpa kedai yang menjualnya di Kangar. Jadi hari ini aku lihat di dalam peti surat aku. Zul dah poskan senaskah untuk aku. Terima kasih Zul.

Ada baiknya aku review sedikit sebagai mempromosi media muzik metal bercetak yang terbaru ini. Bagi yang tidak sempat mengikuti pergerakan majalah muzik Empayar yang berkubur selepas 7 isu. Ini adalah kesinambungannya. Segalanya diterbitkan dengan format yang sama seperti Empayar, malah hampir keseluruhan sidang redaksinya masih mengekalkan geng-geng lama namun beberapa penambahan penulis-penulis baru dapat kita lihat mempromosi genre-genre atau band-band mereka sendiri.

Dipendekkan cerita, sesiapa yang berpuas hati dengan penerbitan majalah Empayar bolehlah mendapatkan Karisma secepat mungkin. Dan sesiapa yang merindui penulisan dari editor-editor berkaliber suatu ketika dahulu seperti Zulhisham, Ajiz Vortex, One Barchiel, silalah ikuti perkembangan Karisma.



Sensasi isu pertama ini memuatkan temubual exklusif bersama Rudra, yang jika tidak didiskriminikasikan adalah setaraf dan seusia rakan senegara mereka seperti Impiety, Itnos, As Sahar, Beheaded Nasrani dan sebagainya. Aku sendiri tersenyum bila melihat foto mereka di atas kubur di dalam Mintakatulburuj zine bebelas tahun lampau. Tetapi kini Rudra adalah suatu kuasa besar yang tidak terlihat didalam arus Black/Death metal Asia. Rasanya sudah 2 kali aku melihat persembahan mereka, teringat lagi setiap kali persembahan mereka pasti dengan nakalnya metalhead di sini akan mengusik mereka dengan bahasa-bahasa tamil. Namun, apabila Rudra membawakan lagu-lagu mereka yang banyak dipengaruhi Morbid Angel dengan garapan mereka tersendiri yang kedengaran sangat kejam dan asli. Semua yang memperlekehkan mereka terlopong dibawah.

Reka letak masih dimonopoli oleh Acai, kolum-kolum menarik seperti Klassik Album, Kupasan Filem, Minda Kusut yang terdapat didalam Empayar masih dikekalkan. Cuma harganya sedikit mahal iaitu RM8 yang mana sebelum ini aku hanya sanggup membeli majalah FHM dengan harga sebegitu. Hahaha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan