18/2/2010 – Seawal 10.30 Mie Goresluts ajak aku sarapan pagi di market. Yerp, tempat favorite rakyat jelata Perlis untuk bersarapan. Memandangkan aku telah berada di Kangar aku terus ke market. Kedai Nasi Kandar Hameed yang merupakan warong kegemaran Mie tutup hari ini. Dan disebabkan Mie turut banned Jalal Nasik Kandar, kami makan di Sheikh Cateress. Aku pun tidak pernah makan di situ, memandangkan aku tidak berhawa untuk makan pagi ini. Maka Mie membaham nasi Sheikh seorang diri. Menurutnya, nasi Sheikh tidak sehebat Hameed.
Disebabkan tiada sebarang agenda hari yang indah ini, aku pun ajak Mie jamming. Kami jemput pengantin baru sekali untuk jamming sekadar suka-suka. Hashim dalam perjalanan pulang dari Padang Besar bersama isterinya, jadi dalam perjalanan pulang dia akan singgah di Faithcraft.
Kami pun dalam perjalanan ke studio sempat singgah di Taman Perlis, tengok dvd. Aku beli Motherhood ( Uma Thurman) dan Snatch (Brat Pitt), manakala Mie sambar Storm Rider. Hashim sms, dia dah sampai di studio. Maka bergelutlah kami ke studio. Dalam masa yang sama aku dapat mms dari Syed. ALAMAK!! Kenduri Ed jatuh hari ini. Aku tidak perasan langsung. Kesian Ed, dahlah dia banyak bantu aku dan Exxx (bukan nama sebenar )minggu lepas. Kalau aku tidak pergi kenduri kawin dia, memang dasar tidak mengenang budilah aku.
Dalam kelam-kabut itu, sempat la jugak aku jamming mulanya dengan Hashim dahulu sebab Mie balik rumah hantar susu kepada anaknya. Kemudian baru Mie datang, kami belasah sampai pukul 3 petang. Aku telefon Ciwi 4-5 kali untuk ajak pergi ke kenduri Ed bersama. Tiada jawapan. Ed dan Syed dah banyak kali sms tanya kenapa aku tidak datang lagi? Lepas mandi, jam 4 petang. Terus aku celapak ke Kubang Rotan seorang diri. Bosan.
Sampai macam biasa, makan nasi kenduri. Dari pagi aku belum makan nasi, jadi berseleralah. Lauk pun sedap. Ed suruh aku ambik “Malau”, aku dan Syed tergelak besar bila dengar ayat tuh, yang di popularized oleh aku. Dulu masa di rumah sewa di Setapak, kalau aku kata makan ‘malau’ punya, bermaksud. Makan habis banyaklah. Aku dapat ayat itu masa kerja dekat Kilang Gula dahulu. Orang di sana kalau nampak seseorang makan nasi dengan cara tamak, atau ambik sesuatu dengan cara tamak, mereka akan kata “ Tu dia cekak malau no?”. Sampai hari ini aku tidak tahu apa maksud malau itu? Tetapi aku bawa ayat-ayat exotic ini ke pengetahuan umum. Hahaha! Seronok ingat balik kisah-kisah lama sambil lepak main karbota dan pam belakang rumah Ed.
Lepas makan aku ke masjid Kubang Rotan, sekali lagi aku kagum dengan orang sini. Sebabnya, kebetulan pada malam ini ada sebuah majlis ceramah agama berlangsung di perkarangan masjid. Selain begitu banyak AJK masjid membuat persiapan tempat di luar. Bila masuk didalam masjid untuk solat Asar, sudah penuh dengan orang tua, dan kanak-kanak menantikan masjlis pada malam ini. Sedangkan jam baru 5.30 petang. Bagus.
Syed datang ke masjid bawa aku ke Kuala Kedah untuk makan apom balik atau mee rebus yang menurutnya, tersedap di dunia. Pilih sahaja. Aku cakap apom balik, sebab kalau mee terlalu berat sangat sebab baru sahaja makan kenduri. Sampai di Kuala Kedah, kami kecewa bukan sahaja Wak apom balik tidak berniaga petang ini, malah Mee Rebus Abas turut tidak beroperasi.
Kami beli chicken wings di gerai berhampiran Wak apom balik dan minum kopi di restoran berdekatan. Rasa chicken wings disini boleh tahan, tetapi semestinya tidak dapat bersaing dengan chicken wings di NZ Wangsa Maju. Pukul 7 malam, aku terus berangkat kembali ke Kangar di temani alunan “Horror Shows” dari Iced Earth yang merupakan album pilihan minggu ini.
Kami beli chicken wings di gerai berhampiran Wak apom balik dan minum kopi di restoran berdekatan. Rasa chicken wings disini boleh tahan, tetapi semestinya tidak dapat bersaing dengan chicken wings di NZ Wangsa Maju. Pukul 7 malam, aku terus berangkat kembali ke Kangar di temani alunan “Horror Shows” dari Iced Earth yang merupakan album pilihan minggu ini.
Malamnya aku temani Diken untuk membeli tiket ke gig Misery Index di Singapore dari Mie. Kesian, Diken kena pergi seorang diri. Mulanya memang aku pun bercadang hendak ke sana bersama beliau. Memandangkan aku betul-betul broke bulan ini, dan hendak recover pun ambik masa juga. Maka terpaksalah batal rancangan ini. Malam ini Diken bermalam di Faithcraft atas masalah peribadi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan