Rabu, 11 Januari 2012

MAJALAH KARISMA ISU NO. 20 JANUARI 2012


Saya sambar majalah ini sebaik sahaja melihat Judas Priest menghiasi kulit depan serta memuatkan temubual eksklusif bersama Rob Halford. Malah itu kandungan yang saya baca pertama sekali. Agak menarik walaupun kebanyakan isi telah dibaca dan dijawab beliau dalam ratusan temubual di dalam majalah dan webzine yang lain. Jadi benarlah kedatangan mereka untuk siri tour jelajah dunia di Singapura dan mereka akan berkongsi pentas bersama Lamb Of God. Apa yang pasti saya tidak akan ke sana kerana kerajaan Singapura telah mengharamkan saya menjejak kaki di sana, dan saya pun tidak kebulur untuk ke sana. 

Lagi-lagi cerita mengenai Search dan Loudness?! Ruangan artikel telah diselamatkan oleh Dr. Ben yang bercerita mengenai keunggulan lagenda Celtic Frost yang berkubur bersama sejarah yang memalukan. Ulasan panjang lebar dari dua jurnalis mengenai tour Children Of Bodom dan dilengkapi dengan poster-poster band yang ditampilkan dalam isu kali ini. 

Flyer tour SEPULTURA di Kuala Lumpur pada 7 Februari 2012 ini dijadikan kulit belakang majalah ini. Dapatkan majalah ini untuk santai. Saya habis membaca kandungannya dalam masa 30 minit sahaja.


Karisma Production, PO BOX 9, 75700 Melaka, Malaysia
Tel: +6013-6363558

Untuk langanan setahun ( 12 isu ) harganya RM90 bagi Semenanjang Malaysia dan RM120 bagi Sabah dan Sarawak.

Pembayaran menerusi CIMB: Karisma Production (0410-0000-3021-09)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan