Perjalanan ke Kuching ini sebenarnya sudah lama dirancang, namun disebabkan oleh kesibukan kerja, masa, dan hal peribadi ia ditunda hinggalah ke hari ini kerana Kherow menjadi salah sebuah band pembuka untuk siri gig jelajah Borneo oleh maharaja black metal Siam iaitu SURRENDER OF DIVINITY. Aku bukanlah kemaruk sangat hendak lihat persembahan S.O.D memandangkan telah dua kali aku lihat mereka mengadakan persembahan di Malaysia termasuklah kali pertama mereka menjejakkan kaki ke tanah Melayu pada 5hb November 2000 di Rockworld, Penang. Pada hari tersebut mereka bermain bersama HELOISA, UNVEILED, SAMARTARY dan WAR 666. Peluang untuk melihat mereka buat kali ke-3 mungkin ada baiknya, mereka lebih pengalaman dan pasti muzik mereka lebih ‘jahat’ kali ini. Dan sebagai pemilik label yang menaungi Kherow adalah wajar sangat aku ke Sarawak untuk melihat bagaimana scene mereka bergerak.
Malas untuk memandu seorang diri, aku putuskan menaiki bas ke Penang. Rasanya tahun 2000 tersebut jugalah kali terakhir aku ke Penang menaiki bas untuk melihat gig. Satu perasaan yang sukar digambarkan. Terasa keremajaan terserlah! Hehehe. Jadi, aku bermalam di Traveller Rest Hub (cari pakai Google sahaja, harga pun murah RM45 aja) berhadapan Terminal Bas Sungai Nibong, sebab esok pukul 6.00 pagi dah terpaksa check-in di Airport. Syargoth macam biasa memberi khidmat rekreasi pada sebelah malam dan beliau jugalah yang menghantar aku esok paginya. TQ Syargoth.
Aku sampai di Kuching jam 9.30 pagi, Zizie Row siap sedia di airport jemput aku dan terus ke Satok untuk sarapan pagi dengan juadah mee kolok. Seterusya kami ke pejabat Afdzal yang dengan sukacitanya menunjukkan kenyataan dari ketua S.O.D, Whathayakorn di laman facebook nya:
OFFICIAL STATEMENT FOR SIBU/SARAWAK RITUAL (UNHOLY TRIANGEL FEST) CANCELLATION !!!
We’re regretfully to announce that we have to cancel our participation in the “Unholy Triangle Fest", which will be taken place this SUNDAY (the 1st of July, 2012) due to the unprofessionalism treatment to us by the promoter. As the deal was they had to provide us the flight tickets from KK-SIBU and SIBU-BANGKOK and we have been told by the promoter that the tickets has been purchased and booked, unfortunately more over 2-3 weeks we asked them to send it, there’s still no sign of ticket itineraries until today, what we got were only senseless excuses from him, which obviously shown some ridiculous action is happened there!
Because of all such retards we got from him, we were forced to cancel this ritual at the last minutes.
We’re regretfully to announce that we have to cancel our participation in the “Unholy Triangle Fest", which will be taken place this SUNDAY (the 1st of July, 2012) due to the unprofessionalism treatment to us by the promoter. As the deal was they had to provide us the flight tickets from KK-SIBU and SIBU-BANGKOK and we have been told by the promoter that the tickets has been purchased and booked, unfortunately more over 2-3 weeks we asked them to send it, there’s still no sign of ticket itineraries until today, what we got were only senseless excuses from him, which obviously shown some ridiculous action is happened there!
Because of all such retards we got from him, we were forced to cancel this ritual at the last minutes.
Aku gelak sahaja. Bagi aku tiada masalah, aku datang mahu lihat scene Sibu dan melihat Kherow buat persembahan disamping jalan-jalan tengok tempat orang. Beberapa ketika kemudian, berita HUMILIATION pula menarik diri. Kami gelak lagi. Apa nak jadi ni? Kami seterusnya keluar makan tengahari, selesai solat di surau pejabat Afdzal. Zizie Row pula mendapat khabar gembira. Beliau telah diserap sebagai kakitangan Air Asia. Begita gembira ini juga bermakna, Kherow tidak akan bermain di Sibu kerana ketiadaan Zizie Row. Ini sudah ketentuan. Walaupun agak ralat kerana tidak dapat ke Sibu. Aku pasti banyak lagi benda yang boleh dipelajari dan dilihat di Kuching sendiri.
Seterusnya kami ke Jden Studio, Matang Jaya. Tempat tinggal aku selama 6 hari. Jiden seperti selalu menerima kedatangan rakan-rakan dengan layanan yang sempurna. Siap ada bilik aku yang khas. Dinamakan dengan nama aku pulak tu. Aku tempah plat khas untuk bilik itu pada hari terakhir di situ sebagai kenangan.
Jadi seharian pada hari tersebut dan esoknya, Sarawak Metal Force berkumpul di Jden Studio membincangkan permasalahan yang timbul mengenai gig di Sibu. Bahang turut boleh dilihat dalam laman-laman sosial, komen aku di facebook pun dipadamkan oleh pentadbir Unholy Triangle Scene Metal Festival. Manakala pihak Sarawak Metal Force pula menegaskan kepada aku scene Kuching dan Sibu mempunyai senario yang berbeza. Gig tersebut dibatalkan oleh penganjur di dalam facebook mereka. Aku tidak terjejas apa-apa, Zizie Row gembira dapat kerja baru, Jden gembira buka studio baru, Nana sibuk uruskan gig Ladies War, cuma Afdzal yang sedikit kerugian kerana telah tempah tiket flight dari Sibu ke Kuching untuk pulang awal kerana bertugas. Secara keseluruhannya, tiada masalah bagi Kherow di Kuching.
Esoknya Zizie Row bawa aku jalan-jalan sekitar Kuching, melawat Zoso Music, Wisma Hopoh, Kampung Boyan, pub-pub, dan kelab-kelab tidak lupa masjid dan kedai-kedai makan yang unik-unik belaka. Aku dibawa melawat ke kedai muzik BNB Studio, tempat Zizie Row dan menghabiskan masa praktis bersama Andy. Sempat juga berbual bersama Andy tentang mengapa tidak dihidupkan semula SENSELESS?. Bernas jawapan Andy, Senseless dah termaktub sebagai lagenda buat apa mahu dihidupkan semula. Lagipun perintisnya sudah tiada lagi, dihidupkan semula hanya untuk merosakkan status dan reputasi itu. Baik tak payah!
Rasanya 3 malam berturut-turut aku dan Zizie Row makan ayam bakar bermula dari malam ini.
Pada hari Sabtu seterusnya aku bersama Afdzal sekeluarga ke Serikin. Katanya, semua orang Malaya kalau datang Sarawak wajib ke Serikin. Kalau tak pergi. Berdosa la tu! Hehe. Ok, kita pergi. Jalan ke Serikin dan Serikin itu sendiri tak ubah macam Wang Kelian. Dari segi import dan dari segi kedudukan geografinya. Barang-barang wanita, barang-barang hiasan rumah, pakaian, ubat-ubatan untuk kekuatan seks, dan juga muzik. Lebih kurang sama aja. Malamnya aku masak daging kicap atas permintaan Jidin. Sarawak Metal Force buat kenduri besar di studio malam itu. Maknyoss kata Zizie Row!
Awal pagi Ahad aku dapat sms dari Afdzal mengatakan ada gig Punk/Hardcore di Kota Samarahan. Grrrrlfest. Maknanya semua band yang dianggotai oleh gadis sahaja akan buat persembahan. Jenuh merayu jugak la aku kat Afdzal untuk ke gig tersebut. Kherow tak tahu lagi kuasa wanita punk/rock/hardcore ni! Tengok nanti tahu la!
Dalam masa yang sama, berita di facebook menunjukkan gig Unholy Triangle Metal Festival yang dibatalkan oleh penganjurnya telah diambil alih dan diteruskan oleh Tazzudin, Larrong yang menampilkan beberapa band tempatan.
Grrrlfest ini dianjurkan oleh Riot Grrrl Kuching di Phantom Limb di sebuah bangunan rumah kedai 3 tingkat persis Paul’s Place, Jalan Klang Lama. Cuma saiz nya agak kecil dan tiada penghawa dingin. Jadi dah macam sauna dan semua girls pun pakai singlet dan short la. Panas sih! Yang best nya, sound system ditempat ini boleh dikatakan ok. Jelas semuanya. Semua crowds dapat layan tenaga yang disalurkan. Ada sebuah band ni (SAY HELLO GOOD MORNING), main cover Adele “Rolling in the Deep”. Terkejut aku! Gig ini memang berjaya jika dilihat dari segi sound, kehadiran, pemilihan band dan tema nya. Mungkin Wreckär boleh menganas di sini suatu hari nanti. Maknyoss lagi kata Zizie Row bila tengok crowds gadis-gadis yang aggresif moshing! Pada sebelah malam aku dan Zizie Row ziarah Terminal 1, pub yang mana Sarawak Metal Force akan menganjurkan gig Asian Ladies Metal War. Persembahan band pub dari Bandung ini memang mantap sekali. Mereka banyak mendendangkan lagu-lagu modern rock seperti Muse, Evanescence dan sebagainya. Sempat juga berkenalan dengan Puteri dan Shanti yang merupakan penyanyi utama mereka.
Pulang ke studio, Jidin dah lena diruang tamu sambil penyokong Spain bersorak gembira di dalam TV yang menonton Jidin tidur. Baru aku hendak tayang gambar bersama Puteri, Jidin dah beritahu dia dan team pejabatnya serta jabatan imigresen yang membuat preview dan approved band dari Badung tersebut untuk membuat persembahan di Terminal 1 selama 3 bulan. Hahaha. Jidin bertugas di Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Jabatan yang bertanggungjawab dalam hal kesenian, muzik dan persembahan di Sarawak.
Esoknya aku ikut Jidin ke pejabatnya, memang seronok kerja di situ. Setiap hari berlatih main alat muzik. Setiap hari jamming atau buat persembahan atau melihat orang lain buat persembahan. Seronok dapat hidup dengan membuat apa yang kita minat. Kakitangan lain di pejabat Jidin ingat aku polis. Jadi ada mesyuarat tingkap yang bersurai bila melihat aku datang. Harakah dan Suara Keadilan bersepah di atas meja. Hahaha! Beberapa pegawai Jidin datang berbual mengenai muzik, apa lagi hendak dibualkan dengan mereka selain itu. Setelah tahu aku rakan Jidin, ada yang menasihatkan aku untuk mendengar berbagai muzik. Hehe. Aku terpaksalah dengan jujur menjelaskan, aku seorang yang terbuka dalam muzik. Aku dengar berbagai-bagai muzik, malah aku banyak dipengaruhi oleh vintage rock era 70-an dan 80-an. Cuma aku otak aku tidak buleh terima pop yeh-yeh dan dangdut, jati diri aku METAL. Maka aku fokus kepada muzik berat. Dan aku pula tidak fokus kepada kemahiran seperti mereka, penjawat awam dalam bahagian muzik dan juga pemuzik professional. Aku fokus kepada ‘roh’ muzik tersebut. Muzik yang ada roh bagi aku mungkin berbeza bagi mereka. Nampaknya, terdiam la mereka. Kita bukan tidak hormat orang. Tetapi sekadar menjelaskan, pemuzik cari makan. Mereka keliru dengan muzik yang mereka minati sebenarnya. Bagi mereka muzik yang banyak didengari orang, mengunakan skill yang tinggi dan terjual jutaan unit itu adalah muzik yang ‘sebenar’. Mereka tidak sedar, mereka masih terkongkong dalam seni dan masih ‘diprogramkan’ oleh unsur lain dalam berkarya. Kami pemuzik underground, dan metal khaskannya. Bebas dan tanpa batas.
Di Perlis tiada pub dan tiada Cineplex. Hah?! Terkejut lagi mereka. Aku cerita lagi, pemuzik, kumpulan muzik, penyanyi tidak di iktiraf di Perlis. Kalau buka studio, alamat boleh bankrupt kalau tiada hasil lain. Kalau buat band, jangan harap orang Perlis hendak sokong beli cd dan datang ke gig. Dan bercita-cita hendak anjurkan gig, konsert atau festival muzik di Perlis. Nanti mufti marah dan tidak mendapat pulangan. Jabatan yang punyai pemuzik adalah Jabatan Kebudayaan, Unimap dan JKR. Itu pun entah lagu apa yang dimainkan. Pastinya jumud dan tidak progresif. Tergamam mereka dengar. Aku suntik islah sikit! Tapi kami orang Perlis bahagia macam itu. Kami suka mufti kami dan keadaan kami sekarang. Walaupun tidak bebas maksiat sepenuhnya tetap ada kekangan dalam soal berhibur dan hal melibatkan maksiat. Kalau kemaruk sangat boleh pergi Thailand. Mereka semua senyum dan terima hujah aku tanpa sebarang komen. Haha!
Seterusnya Jidin bersama abang Man bawa aku ke Lepo Music yang merupakan pembekal alat muzik ke pejabat mereka. Lepo music ini rasanya digabungkan oleh 3 buah kedai. Bahagian gitar dan dram dah boleh buat galeri. Begitu juga Zoso Music yang mempunyai berbagai-bagai pilihan alat muzik. Scene music di Sarawak sebenarnya amat luas, kita dapat lihat dari keterbukaan hampir semua golongan berbicara mengenai muzik tak kira genre, kedai-kedai alat muzik sebegini juga menjadi kayu ukur sebenarnya, betapa ramai dan aktifnya pemuzik-pemuzik di sini. Dan penganjuran gig yang kerap malah dapat menganjurkan gig metal dan punk dengan tema wanita pun turut meriah menunjukan scene Sarawak sangat aktif tidak mengira gender dan etnik. Jidin sendiri mendedahkan kepada aku, sebelum ini belum pernah membuka sebuah studio jamming yang sempat beroperasi selama 2 tahun. Dan dalam 2 tahun sahaja beliau telah mendapat untung sebanyak RM12K. Jadi muzik adalah bisnes yang menyeronokkan di sana. Manakala ia sebuah perjuangan yang perit, menyeksakan dan hina di mata masyarakat di sini. Buktinya, aku malu untuk mengaku membuka studio kepada sesiapa sahaja rakan-rakan pejabat. Malah hampir semua rakan-rakan pejabat tidak tahu aku seorang pemuzik. Itu tidak penting.
Balik sebelah petangnya, aku masak nasi goreng unuk Jidin yang dah merunggut lapar. Siap sahaja aku keluar dengan Harry beli cenderahati di Waterfront dan makan lagi. Harry orang kampung aku. Cikgu Harry mengajar di SMK Bako. Tak berenti aku suruh dia islah & dakwah di sekolahnya. Kewajipan sebagai seorang pendidik di tempat yang tepat. Tuhan hantar hang sini dengan misi.
Malamnya Zizie Row ajak aku ke Terminal 1 lagi untuk berjumpa pemilik kelab tersebut bagi membincangkan gig Asian Ladies Metal War yang akan berlangsung pada Ahad depan. Terma yang dikemukan beliau memang tidak sesuai dengan gig itu. Rasanya, beliau tidak dapat bayangkan langsung bagaimana gig itu akan berjalan. Meja tidak boleh diubah. Semua band-band yang akan bermain akan duduk di sekeliling stage. Tiada ruang hadapan untuk headbang dan mosh. Beliau membayangkan sebuah persembahan yang tertib, dan santai agaknya?! Hahaha! Nasib hangpa semua la Sarawak Metal Force ooii… Tengok Puteri buat persembahan boleh la macam tu.
barang ni aja aku sempat beli: rokok D-Gi kat member-member, cable gitar, windshield microphone, cd Queen, jubah, serbuk laksa Sarawak, dan T-shirt kat milf.. hehe! |
Esok pagi aku ke airport bersama Zizie Row yang turut masuk bertugas pada waktu yang sama. Sedih. Tetapi gembira sebab dapat bawa banyak pengalaman manis dan banyak benda baik yang aku belajar di sini. Aku harap rakan-rakan Kherow pun serupa. Apa yang aku lihat, budaya di Sarawak dalam perihal muzik berbeza dengan kita di utara semenanjung. Muzik samada yang berat atau genre yang lain boleh dijadikan kerjaya. Di sini ada pengiktirafan untuk muzik, kita perlu berusaha lebih sedikit untuk berada ditahap yang lebih tinggi kerana hampir sesiapa sahaja mempunyai asas muzik di sini. Tidak kiralah samada dari segi kemahiran muzik atau pengetahuan tentang dunia muzik sahaja.
Sokongan keluarga yang berterusan juga penting jika ingin terus berkarya. Dan aku dapat lihat sini, sang isteri dan sang suami semuanya dapat bertoleransi dalam hal tersebut. Kalau kita disini, contohnya aku. Manada lagi kawan-kawan yang dah berkahwin boleh bermain muzik secara serious? Kalau isteri bagi kebenaran pun, dia sendiri yang malas dan asyik hendak ikut bini masuk kelambu. Kesudahannya tua sebelum usia. Kalau rajin ke kuliah atau ke surau. Ada juga baiknya.
Terdedahnya dengan dunia muzik yang berwarna-warni ini secara semulajadinya menjadikan Kherow sebuah band performer. Jadi tidak hairanlah mereka gemar membuat persembahan dan mereka rajin berlatih dan merentas laluan muzik progressif.
Manakala, aku bergelumang dengan dunia metal yang gelap dan suram dari dulu. Apa yang aku bayangakan dulu, muzik metal akan kekal serupa. Digeruni, hanya akan didengar oleh sekelumpok kumpulan. Jatidiri serta perjuangan idea dan fahaman lebih penting dari membuat persembahan.
Apa yang aku ingin nyatakan disini. Ada bezanya kita semua walaupun bermain muzik berat sama. Ada yang memilih untuk hanya berkarya dan tinggal didalam lubang yang gelap. Ada yang memilih untuk memperkayakan karya dan mencapai bintang. Namun kedua-duanya tetap perlu ada usaha. Usaha untuk menguatkan jati diri serta kendiri untuk TIDAK terikut fesyen dan keluar dari lubang. Atau usaha untuk MAJUKAN diri serta mendabik dada di langit tinggi. Kedua-duanya adalah hebat dan hanya boleh dilakukan oleh mereka yang dedikasi.
Kita boleh belajar sesuatu yang baik dari manusia lain. Walaupun sejauh mana perbezaan yang kita rasakan. Kita hanya manusia. Dari pandangan tuhan pula. Kita semua adalah sama sahaja, kecuali iman dan taqwa.
Terima kasih Zizie Row, Afdzal, Jiden dan seluruh warga Sarawak Metal Force.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan