Sabtu, 7 Julai 2012

CLASSIC ROCK MAGAZINE – THE OFFICIAL ALBUM MAGAZINE: MOTÖRHEAD (2010)


Tiba-tiba teringin pula aku nak buat ulasan dalam loghat utara. Rasanya kali terakhir aku buat dalam loghat utara adalah rokumentari RUSH. Jadi hari ini dengan santai dan riadah pada hari ke- 3 Ramadhan, apa kata kita berkenalan dengan Lemmy. Hangpa kenai Lemmy? Hangpa ingat hangpa rock sangat tapi hangpa tau lagu Motörhead “Orgamastron” dan “Iron Fist” aja?


Macam Lemmy kata “ Aku rasa hampir separuh manosia yang dok pakai t-shirt Motörhead tiktau sapa kami yang sebenarnya”.

Apa yang best sangat Motörhead dan Lemmy ni? Classic Rock membongkarkan semuanya. Edisi khas dan terhad untuk pengumpul koleksi Motörhead wajib mendapatkan majalah ini yang turut disertakan sebuah poster gergasi, 1 metal pin logo war pig rasmi Motörhead, dan 1 cd album penuh “The World Is Yours” (ha! Album penuh! Dasyatkan!). Semua ini dengan harga £14.99. Hangpa tukar mai duit kita memang la mahai. Tapi cuba hangpa pikiaq kalau kita orang British, murah sungguh majalah depa, patutlah orang sana tak lokek nak beli buku dan jadikan budaya mereka membaca.

Satu lagi cuba tengok kualiti dalam majalah mereka, beli satu isu puehati baca. 3-4 hari baru habis sebab padat dengan penulisan yang kreatif dan penuh impak dalam kehidupan. Foto dan reka letak penuh dengan konsep. Cuba bandingkan dengan majalah tempatan yang harganya RM7-8. Apa yang kita dapat dengan nilai wang kita?

Classic Rock isu ini mengupas semua benda yang ada dalam Motörhead, dari prakata dan penutup dari Lemmy sendiri, temubual bersama semua anggota Motörhead, dan segala-galanya yang membuatkan hangpa teruja hingga kehelaian muka surat terakhir 132.

Lemmy Kilmister pada tahun ini usianya adalah 67 tahun. Melalui takrif antarabangsa seseorang itu dikenali sebagai warga emas apabila usianya mencecah 60 tahun. Jadi Lemmy telah 7 tahun digelar warga tua. Dia adalah tokwan rock 'n' roll kita. Selepas Lemmy masok kuboq takda lagi orang paling ganaih dan purist rock dalam donia ni. Bagi rockers belenggais dan metalheads busuk macam kita, Lemmy mempengaruhi kehidupan harian kita dengan sikap tak heran sapa, keras pala, kurang ajaq, bijak, petah berkata-kata, bencikan bisnes muzik, dan cintakan si gadis. Hehehe. Setiap kali mendengar album baru Motörhead dan setiap kali membaca interview bersama Lemmy, ia pasti memberi KESAN dalam jiwa aku.

Lemmy takda komputer. Lemmy pengidap diabetis. Lemmy suka membaca dan minat sejarah dunia. Lemmy suka Clint Eastwood macam aku jugak.

Dalam temubual, Lemmy tidak penah bersikap hiporkit. Dia akan jawab dengan jujur dan setiap katanya adalah aspirasi. Sikap anggota-anggota Motörhead pun dibantainya tanpa sembunyi. Mungkin antara penyebab Philthy Animal tak mau terlibat dalam pengambaran DVD Lemmy: 49 % Motherfucker, 51% Son Of A Bitch. Antara kata Lemmy “ teringat lagi masa audition Phil suruh Würzel tune gitar kat dia sebab dia tak reti tune gitar. Manakala Würzel sebelum tu 2 kali dah nak tuang dari Mötorhead. Jenuh jugak kami pujuk dia. Pastu girlfriend dia pujuk dia masuk balik. Tapi dia tuang jugak akhirnya. Dia taktau ka Motörhead ni femes. Dia ingat dia keluar dia boleh jadi femes dari kami. Padan muka.”

Tentang bekas gitaris mereka dari kumpulan Thin Lizzy pun Lemmy hentam “Hadoi la, Brain ni hebat orangnya. Bukan dia tak reti buat lagu. Perangai taik dia ni. Dia pakai berlainan dari kami. Pakai seluaq pendek bodo mungkin nak bagi aku bengang atau nak bagi orang tau dia bukan sebahagian dari Motörhead. Sekadar artis jemputan dari kumpulan hebat Thin Lizzy memberi khidmat kepada kami. Tapi lepas kena buang dengan Motörhead, kumpulan Statetrooper pun buang dia jugak!”

Cerita pasai line-up terkuat Motörhead kini iaitu Mickey Dee dan Phil Campbell “ Depa dua ni pun buat jugak lagu, tapi aku akan mai kacau dan perlu lalui kelulusan aku dulu. Depa mula la hingaq dan bengang – woi! Ni lagu kami, sampai hati hang Lemmy. Masalahnya depa dua ekoq ni tak suka menyanyi. Betoi dak? Kalau biaq kat depa dua ekoq ni buat lagu, setiap lagu akan jadi lagu gitar solo bersama drum solo”.

“I don’t care what anybody says. We’re fucking good, man, especially at what we do. And nobody else does it. I’ve said it many times, but it’s true… When Motörhead leaves, there will be a hole there that just can’t be filled. That’s fine with me; it means I achieved what I set out to do, which was to make an unforgettable rock & roll band” – Lemmy Kilmister
Bila ditanya tentang rokumentari mengenai kumpulan-kumpulan rock yang lain “ Bukan aku tak berminat nak tonton tapi takda sapa pun nak bagi free DVD tu kat aku. Aku pun banyak nak pakai duit kot lain dan aku bukan pernah pi kedai dvd cari movie pun. Aku tengok tv aja. Aku dengar lagu dan cari pompuan aja.”

Bila ditanya tentang anak dia, Paul Inder. Lemmy jawab ringkas “ Budak tu baguih. Dia pemuzik yang hebat. Dia main gitar macam setan. Setan yang macam Hendrix.”

Bercerita hubungan dia dengan Metallica pula “ Lars dengan Cliff Burton memang ada hubungan istimewa dengan kami sebelum wujud Metallica lagi bila depa dua ekoq ni mai bilik hotel aku di awal 80-an. Lars bagitau aku “I’m the head of your West Coast Fan Club. Sampai satu ketika kami dapat tau hanya dia dan Cliff saja dalam fan club tu. Lars cuba hendak pulun lepak minum dengan aku. Tapi dia mabuk teruk, terbongkang dengan muntah merata. Kami ambik foto dia dan guna dalam kulit album “No Sleep At All”. Metallica memang sempoi. Depa antaranya terbaik, ada raksasa (Some Kind Of Monster) dalam diri depa. Tapi semua band pasti ada masalah.”

Berbicara tentang sesetengah pihak yang mendakwa Lemmy adalah orang gila yang simpati terhadap Nazi. Lemmy membidas “ Mengarut. Aku ada banyak marka negro. Aku adalah Nazi paling loklaq hangpa penah jumpa.”

Orang kata Hitler seorang yang membosankan tapi dia sebenarnya majikan yang sempoi. Dia banyak beri cuti pada pekerja-pekerjanya, dia akan bayar gaji juga bila cuti. Dia sebenarnya seorang boss yang hebat..itu pun selagi hang orang Aryan la. Dia sayangkan kanak-kanak. Dia suka main dengan budak-budak. Cuma bila keadaan mula jadi kacau bilau. Orang kata dia raksasa. Sebenarnya dia orang biasa juga. Ada kelemahan. Falsafahnya telah diperalatkan untuk menimbulkan perperangan dunia. Berapa banyak orang Jerman akan bertindak membunuh Yahudi jika Hitler tidak menyuarakannya?


Hitler tidak penah membunuh seorang Yahudi pun. Ini semua kerana orang-orang Jerman sendiri telah bersedia untuk bangun dan melakukannya apabila kerajaan bertindak mengarahkannya.”

LEMMY THE MOVIE

Interview bersama Wes Orshoski, salah seorang direktor bagi rokumentari LemmyL 49% Celaka, 51% Anak Haram Jadah. Wes bercerita bagaimana dia dan seorang lai direktor filem tersebut Greg Olliver menjalani kehidupan bersama Lemmy selama 3 tahun setengah untuk menyiapkan dokumentari tersebut. Menurut Wes, sebagai peminat mereka sangat bernasib baik apabila Lemmy bersetuju untuk membuat dokumentari ini memandangkan telah 5 permohonan untuk filem yang serupa telah ditolak oleh beliau sebelum itu. Mereka bernasib baik juga bila mendapati Lemmy seorang yang pintar, lawak dan gigih dalam berkerja. Namun pernah dalam suatu ketika Lemmy memaki dan menghalau mereka kerana tidak tahan dengan karenah perfileman yang memakan tempoh yang lama itu.

Kata Wes ketika menerjah bilik persalinan Lemmy semasa satu konsert “Satu masa tu kami masuk bilik persalinan Lemmy, beliau sedang mendengar George Harrison Greatest Hits, dengan lima buah buku sedang terbuka. Rockstar sepatutnya susun gadis-gadis muda, dia susun buku nak baca!”

Kata Wes lagi “Lemmy punya pengetahuan tentang ketenteraan memang menakjubkan. Todd Singerman bagitau kami, kalau tengok dokumentari perang dengan Lemmy kat History Channel habis laa. Dia mula la bagitau yang silap. Yang tu silap. Dia tau semua footage yang depa silap letak.”

Wes bercerita tentang rumah Lemmy pulak “ Macam tak percaya dapat duduk rumah Lemmy. Ia seperti tempat paling suci dan kami terpaksa bertarung untuk mendapat tempat. Sebabnya, rumah Lemmy terlalu sesak dan padat dengan barang-barang. Selalunya aku dapat tidur atas katil dengan Lemmy, manakala Greg tidoq atas lantai. Tempat nak duduk pulak hanya ada ruang untuk letak kaki.”

SEMUA ORANG SAYANG LEMMY

Ruangan khas untuk pemuzik-pemuzik rock bercerita tentang Lemmy. Bill Byford, SAXON misalnya “ Rasa seperti Motörhead telah wujud sejak dinosor menghuni dunia. Kami berkenalan dengan mereka semasa menjadi kumpulan pembuka Tour Bomber pada 1979 yang benar-benar menaikkan nama Saxon.”

Mick Jone, FOREIGNER “ Lemmy kawan baik aku. Aku selalu jumpa dia di Los Angeles. Kami bukan dari bidang muzik yang sama tapi itu bukan alasan untuk aku kata dia sangat sempoi. Kali pertama kami jumpa semasa Metal Festival di Jerman, semasa aku menyendiri di sebuah bar. Lemmy mai kat aku dan kata “Hi Mick, I love your band”. Aku terkejut gila sebab Motörhead pun sempoi gila bagi aku.

Hero! Rudolf Schenker, Lemmy dan Klaus Meine
 Terlalu banyak kisah Motörhead yang dibukukan di dalam Classic Rock. Motörhead penah dilabelkan sebagai “Kumpulan Muzik Paling Ceroi Di Dunia” oleh wartawan-wartawan muzik. Mereka pernah diasingkan oleh tanahair sendiri dan terpaksa bergantung pada sokongan rockers dari Jerman selama tiga tahun pada era 80-an kerana tidak dibenarkan membuat persembahan di Britain setelah meninggalkan Bronze Records. Jatuh bangun mereka, tidak sesekali tunduk pada kemahuan syarikat rakaman atau orang lain. Mereka bergaya cara mereka. Mereka bermuzik cara mereka samada anda suka atau tidak.

Bukankah itu inspirasi?

2 ulasan:

  1. Sempoi punya lapuran do ada...Sunguh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku baca arini.. setelah Lemmy mati.. kalau Lemmy tau dia pun rasa ulasan ni sempoi.. hahaha!

      Padam