Selasa, 25 Jun 2013

OOOHH! SI JANTUNG HATI


Suatu hari saya menyapa seorang sahabat yang memuatkan hadis di status laman sosial nya “ Ketahuilah, bahawa di dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan, dan apabila ia rosak, rosaklah semuanya, ketahuilah, itulah dia hati." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Saya menyapa bukanlah menunjuk pandai, sebaliknya setelah membaca sebuah artikel dari seorang ilmuan dalam sebuah akhbar. Dan saya yakini juga, Nabi Muhammad kali ini di dalam hadis berkenaan berbicara mengenai ‘kesihatan’ walaupun ada yang menafsirkan hati yang diterjermahkan itu adalah hati ‘nurani’. Tetapi kesihatan salah satu perkara yang amat dititik beratkan oleh baginda. Dan hadis ini pastinya mengenai kesihatan.

Daripada Haji Lokman Abdul Hamid;

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim itu, Nabi tidak pernah menyebut 'hati', sebaliknya menyebut al-qalb iaitu jantung.

Adapun hati dalam bahasa Arab disebut kabid. Dalam masyarakat Melayu, qalb diterjemahkan sebagai hati, tetapi terjemahan sebenar adalah jantung.

© Utusan Melayu (M) Bhd

1 ulasan:

  1. Rupanya Dr Maza ada kupaskan hadis ini, saya baru terjumpanya hari ini. Moga bermafaat:

    http://drmaza.com/home/?p=1084

    BalasPadam