Rabu, 12 Disember 2012

101 REKREASI HATI ( TELAGA BIRU )



Buku ini adalah ilham kartunis Nik Wafdi Nik Jaafar setelah membaca 300 Hadis Bimbingan hasil susunan Dr. Zahazan Mohamed dan Ahmad Hasan Mohd Nazam. Saya adalah seorang peminat Ustaz Zahazan, dan jujur saya katakan, saya terpikat dengan gaya kuliah yang beliau sampaikan sejak kali pertama mendengarnya. Beliau hebat, mempunyai personaliti yang kuat, cara bertutur dan menjawab sebarang persoalan penuh hikmah, beliau bukan pelawak tetapi boleh bergurau dengan batas. Sekali lagi, beliau memang hebat.

Kejujuran kedua. Disebabkan nama beliau itu jugalah membuatkan saya berkeinginan untuk membeli buku ini.

Nik Wafdi juga hebat, walaupun saya bukan peminat tegar beliau. Saya harus akui lukisan beliau ada ketulenan. Lawak-lawak kartun beliau dalam majalah Ujang dahulu masih melekat dalam minda saya. Kartun beliau memberi impak untuk riadah minda, tidak hairanlah beliau menerima Anugerah Buku Negara 2012 sebagai ilustrator terbaik. 

Nik Wafdi ambitious dan cuba mengunakan bakat beliau untuk berdakwah dengan cara tersendiri. Walaupun saya penah melihat buku-buku ilustrasi biblical sudah lama terdapat dipasaran. Saya percaya usaha ini adalah diperingkat islah bagi mendidik para remaja, kanak-kanak atau pengemar ilustrasi dalam menghayati hadis terpilih. Saya kurang pasti kiranya nama Nik Wafdi begitu kuat sehingga golongan bukan Islam tertarik untuk mendapatkan buku ini lalu proses dakwah kepada mereka berhasil? Tetapi ia atas kehendak Yang Maha Esa. In Shaa Allah. 

Terdapat 7 keistimewaan yang dinyatakan oleh penerbit mengenai buku ini; 

- Sesuai dibaca semua peringat umur 
- Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor 
- Mendekatkan pembaca kepada hadis 
- Senang difahami dan dihayati 
- Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan 
- Sesuai untuk dijadikan cenderahati 
- Sebagai bimbingan remaja 

Apa yang saya membuatkan saya bertanya di dalam hati sebaik menyelak setiap helaian buku ini. Adakah lukisan-lukisan berbentuk humor adakalanya sindiran dan sinikal itu membuatkan hadis itu lebih mudah difahami, diamalkan atau menjadi lebih keliru kerana olahan seloka jenaka? Ia diselamatkan oleh nota pengajaran dari Ustaz Zahazan pada setiap hadis. Saya berkata demikian kerana saya difahami Rasullulah SAW tidak penah menyindir dalam menasihati atau menegur sesiapa, kerana menyindir meningkatkan lagi ego orang yang kena sindiri dan membuatkan yang menyindir perasan bagus. Namun, ini hanya pandangan peribadi. Penerbitan buku ini melalui editor syariah, Ustaz Haji Mohamad Wahid Abd. Hanif yang semestinya lebih arif mengenai perihal method baru dalam berdakwah. 


Perkara kedua yang mengecewakan saya mengenai buku ini. Ia hancur dan terlerai satu persatu sebelum pun tiba akhir mukasurat. Kualiti cetakan dan kertas adalah terbaik tetapi glue binding buku ini cincai! 

Dapatkan buku ini yang mempunyai 218 muka termasuk kulit dengan harga RM17.00 di kedai-kedai buku terpilih. 

Pagi tadi Ustaz Zahazan mengemaskini status page beliau di facebook

Renungan pagi ni untuk umat Islam !!!!

Berapa banyak kerja yang kita lakukan untuk melayan nafsu, membeli tv agar puas, mestilah yang besar dan 3 D, makan mesti sedap & nampak standard walaupun di restoran yahudi, malam sebelum tidur tengok movie, tahajjud & dan subuh dah jadi secondary, weekend ke pasaraya, perkahwinan mesti pergi walaupun tak berapa nak syar'iy, baju yang dipakai mesti menawan macam artis luar negeri, phone mestilah yang mahal untuk menayang diri, pakai tudung kononnya tutup aurat, tapi kenalah nampak seksi, barulah serasi, majlis ilmu kena pilih, jika banyak ketawa barulah didatangi, bacaan mestilah yg menayangkan kisah ilusi, fantasi & khurafat barulah nak beli, ikhwah & akhawat , ingatan ikhlas daripadaku janganlah kau ikutkan nafsu nanti dirimu yg akan menderitai...inilah penyakit yang menimpa umat zaman kini..ayuh !! Ikutilah Quran & sunnah Nabi baru kau selamat wahai saudara saudari..moga kita bersama selamat dengan bahtera Islam walaupun difitnahi.. nafsumu untuk diurus dengan baik bukan semuanya di turuti.. - Dr. Zahazan Mohamed, 15/12/2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...