Rabu, 26 Mac 2014

33 PESAN NABI ‘JAGA HATI, BUKA FIKIRAN’ VOLUME 2


Komik berpaksikan hadis Bukhari dan Muslim ini dinobatkan salah sebuah buku terlaris di Indonesia. Dilakarkan dan diceritakan dengan santai dan sarat dengan jenaka tetapi berhikmah oleh Vbi_djenggotten atau nama sebenarnya Veby Surya Wibawa dengan dorongan oleh isterinya Mira Rahman. Komik berunsur akidah ini mungkin terilham dari kemunculan komik-komik negara matahari terbit , Jepun yang terlebih dahulu mengunakan kaedah ini bagi menyampaikan dan mendidik penduduk-penduduk cilik negara tersebut mengenai agama-agama di dunia. Karakter-karakter kartun jelas memberikan impak kepada pemikiran kanak-kanak dan remaja.

Vbi banyak mengadaptasi kehidupannya sendiri dalam beberapa bahagian seperti keluarga 3 beranak pada prolong dan watak seperti Bang Ucop dan teladan-teladan yang dibawakan oleh watak tersebut berkembang luas sehingga merangkumi segala peringkat status masyarakat. Vbi berjaya mengaitkan pula watak-watak dan jalan ceritanya dengan hadis-hadis pilihannya dari riwayat al-Bukhari dan Muslim.



Lukisan-lukisan Vbi juga comel, kemas dan ada identiti. Pembaca juga tidak perlu khuatir kerana edisi Malaysia ini telah diselaraskan kepada Bahasa Melayu untuk pasaran tempatan.

Diterbitkan oleh Humaira Bookstore Enterprise dan telah diulang cetak sebanyak 2 kali dalam tahun 2013 dengan harga RM15.90 senaskah. Naskah saya mempunyai ralat dan kehilangan muka surat 68, 69, 72, 73, 76, 77, 80, 81, 84,85, 88 dan 89 yang telah menjejaskan mood saya namun ia bukan salah Vbi sebaliknya pengilang buku ini.

Sesuai untuk bahan bacaan semua peringkat.

humairabookstore@gmail.com
www.haltebikumiku.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan