Rabu, 28 Mei 2014

MENJEJAKI TANDANG STORE


Terlajur berkursus di institut Sosial Malaysia, Sungai Besi dan bersosial pula dengan rakan sekolah lama (old school la na?), Ijan Buraksa. Kami menyiasat lokasi sebuah metal/punk shop yang baru beroperasi tetapi telah menjadi perbualan mulut-mulut pengemar irama muzik berat kerana mereka menjual LP, CD, Kaset original dengan harga masuk akal tidak seperti kapitalis-kapitalis yang lain.

Setelah menyiasat dan terima kasih kepada teknologi, kami mengetahui lokasi Tandang Store bukanlah terletak berdekatan Rumah Api , Ampang( tempat gig/pusat aktiviti undergrounders) sebaliknya terletak ‘di dalam’ Rumah Api. Ini lebih memudahkan.

Tandang Store memang menjual banyak LP dan EP dengan harga yang sangat berpatutan dan lebih menumpukan kepada scene DIY dan etika UG. Terdapat juga item-item dari band besar dan ternama cuma ia agak terhad. Betul juga, item-item begitu boleh anda beli di kedai komersil di supermarket sahaja.

Terdapat puluhan atau mungkin ratusan zine-zine tempatan, tshirt-shirt bootleg cetakan anak tempatan dan patches.







Jika anda ingin ke sini adalah lebih baik anda hubungi pemiliknya terlebih dahulu. Setelah panjang berbual, baru saya tahu pemiliknya merupakan adik ipar Wan Subuh, yang boleh dikatakan seorang pelopor Grunge dan Rapcore di Kangar dahulu. Kami satu sekolah, manakala adik Wan Subuh , arwah Izam Shah (legenda skinhead Kangar) merupakan rakan sekelas. Saya ingat lagi Wan Subuh kurang senang dengan kami puak-puak black metal yang mungkin ‘comot’ di mata beliau. Yalah! Grunge melalui zaman gemilangnya ketika kami bersekolah dahulu. Awek pun gilakan mereka. Begitu juga black metal dari Scandinavian baru muncul dan cukup ‘samseng’ ketika itu. Orang kebanyakan tidak suka. Ia muzik jahat yang elit waktu itu. Syaitan! Hehehe. Kini adik iparnya pula jual barang-barang ektrim metal? Hehe. Itu cerita lama, zaman budak-budak sekolah.

Jika anda ke sini, rugi jika tidak memborong LP dan EP, jika kurang mengetahui nama-nama bands yang mereka jual. Tidak rugi jika anda menerjah, harga pun murah. Walaupun tidak terkenal, nama-nama yang ada disini bukan sebarangan. Rumah Api penuh dengan lukisan-lukisan dinding dan mesej sosialis serta politikal yang persis The Wall di Batu Pahat, Johor.

Silalah ke sini jika anda berada sekitar Ampang, Kuala Lumpur.

TEL:  016-333 0475

Tiada ulasan:

Catat Ulasan