Rabu, 11 Jun 2014

SHOCK & AWE! ZINE (ISSUE # 6) – MARCH 2013


Zine ini aku beli dari Tandang Store di Rumah Api dengan harga yang cukup murah. Mungkin aku terlambat mengenali zine ini kerana mereka dah pun mencecah isu ke enam. Seperti zine-zine punk yang lain, Shock & Awe! Zine padat dengan penulisan kreatif, sebaran idea dan etika melalui artikel-artikel pengerak scene ternama. Dihiasi dengan kerja seni yang menarik di setiap muka surat serta cetakan yang baik, mereka turut mempunyai sidang penyunting yang ramai dalam membuat temubual (bersama SNAGGLETOOTH, ANGKARA dan MILISI KECOA), ulasan demo dan album dan berita punk muktakhir.


Mereka mempunyai rangkaian pengedar bagi setiap negeri di Malaysia kecuali Perlis dan turut mempunyai pengedar rasmi di Philippines, Indonesia, Singapura, Australia, Germany, Spain, Kanada, USA dan China. Hubungi mereka:

Shock & Awe! Adverts, W. Alauddin, PO Box 10394, Kuala Lumpur 50712, Malaysia

Email: shock.awe00@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan