Khamis, 9 Oktober 2014

FIRE WITH FIRE (2012)


Saya cam sesuatu, bila ada sahaja muka 50 Cent dan Bruce Willis dalam satu filem selalunya filem itu dibiayai oleh 50 Cent sendiri. Tak caya cuba kaji? Begitu juga dalam filem Fire With Fire ini, kemunculan Bruce Willis mungkin dalam durasi 10 minit sahaja, sudah cukup untuk memberi impak bahawa filem ini bakal penuh dengan aksi. Tetapi bukan dari beliau, beliau hanya memegang watak ketua pegawai polis yang sedang menyiasat jenayah kumpulan Neo Nazi yang diketuai oleh David Hagan.

Fire With Fire mengisahkan seorang anggota bomba dedikasi bernama Jeremy Coleman (lakonan Josh Duhamel, ingat komando NEST, Transformers?) yang secara kebetulan menjadi saksi utama kes pembunuhan disebuah kedai runcit 24 jam yang dilakukan oleh ketua Neo Nazi tersohor, David Hagan. Jeremy telah diletakkan di bawah program perlindungan U.S Marshalls sepanjang pendakwaan kes Hagan tersebut. Dia turut dipindahkan ke daerah baru dan diberi identiti baru dengan pengawasan seorang pegawai US Marshall bernama Talia. Secara tidak sengaja, mereka berdua jatuh cinta setelah bersama setiap masa.

Namun, Hagan yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam setiap sektor berjaya mencari maklumat mengenai persembunyian Jeremy dan menghantar pembunuh upahan untuk membunuh Jeremy dan Talia yang melindunginya. Bermula dari episod serangan di hotel yang mencerderakan Talia, Jeremy mula sangsi dengan program perlindungan US Marshall. Begitu juga Lieutenant Mike Cella (Bruce Willis) yang risaukan keselamatan Jeremy dan tidak mahu Hagan sekali lagi terlepas dari hukuman.


Jeremy bertindak mengabaikan program perlindungannya setelah tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari Hagan yang mengugutnya dengan segala macam maklumat peribadi buah hatinya dan rakan-rakannya. Jeremy sedar dia tiada pilihan kecuali membunuh Hagan sendiri. Jeremy melarikan diri dari jagaan Marshall dan ke kawasan mafia kulit hitam, Eastside Crips Long Beach untuk membeli senjata api. Walaupun pada mulanya mereka meragui Jeremy tetapi apabila Jeremy menjelaskan tujuannya untuk membunuh David Hagan yang merupakan musuh utama puak kulit hitam. Mereka bersetuju menjual sepucuk pistol glock kepadanya. Satu-satunya senjata yang Jeremy tahu guna hasil tunjuk ajar Talia.

Jeremy kembali ke pekannya dan memulakan siri balas dendam dalam terpaksa kerana tiada pilihan lain. Manakala lieutenant Mike Cella telah mengesaki sesuatu apabila kematian demi kematian mula menimpa kumpulan Neo Nazi. Karisma Bruce Willis ditonjolkan dalam aksi pendek ketika membelas pengikut Hagan semasa pertemuan mereka di sebuah gudang.

Jeremy berjaya menamatkan penguasaan Neo Nazi tanpa bantuan dari sesiapa, melainkan peralatan dan latihan kebombaan nya. 

Bintang: 4/5

1 ulasan: