Semua orang terpedaya untuk menonton cerita ini kerana Scarlett Johansson. Keh! Keh! Keh! Scarlett memainkan watak pelajar antarabangsa di Taiwan yang diperangkap oleh seorang kenalan baru dan akhirnya dipaksa menjadi keldai dadah oleh kongsi gelap Korea. Scarlett yang mengunakan nama samaran Lucy akhirnya menjadi hebat apabila dadah sintetik, CPH4 yang disoroknya dalam perutnya pecah dan memberi stimulasi pada otaknya. Lucy bertindak menyelamatkan dunia dari dadah moden yang hebat itu serta membantu saintis merungkai tentang ilmu alam. Morgan Freeman sebagai saintis juga tidak banyak membantu untuk menjadikan filem ini lebih menarik. LUCY adalah filem sains-fiksyen yang cuba menjelaskan kuasa-kuasa ketuhanan seperti tiada batasan masa bagi sesuatu bergerak mengatasi kelajuan cahaya. Dan keupayaan minda seseorang yang mencapai 100% pengunaan otaknya akan memiliki kuasa mutlak. Ia lebih kepada teori seorang atheist.
LUCY sekadar filem yang sesuai untuk kanak-kanak (bukan Muslim) yang dipenuhi CGI murahan. Rasanya Bollywood bakal berminat untuk rip-off idea LUCY ni. haha!
Bintang: 2/5
Tiada ulasan:
Catat Ulasan