Pulang dari bertugas malam hari di Hari Raya Aidil Adha ini, saya tercari-cari kedai untuk bersarapan pagi. Satu-satunya kedai yang buka adalah restoran mamak, oleh kerana ramai yang datang hingga penuh kerusi meja. Saya hanya membungkus roti canai untuk dibawa pulang makan di Faithcraft studio.
Sudah kententuan Nya, supaya terlihat oleh orang keji yang suka membebel ini, sang mamak membungkus roti canai saya dengan akhbar Pancaindera bertarikh 3 Ogos 2014. Saya menyuap roti canai berkuah dhal ke mulut sambil membaca kertas pembungkus roti saya tersebut. Saya snap untuk anda lihat di atas. Cari sendiri dimana kenyataan yang salah mengenai Tiara Jacquelina?
Sesuatu yang hebat mengenai Tiara yang saya baca dari artikel ini. Tiara bertanggungjawab mengkristiankan seluruh ahli keluarganya suatu ketika dahulu. Namun akhirnya beliau sendiri meminta izin ibunya untuk menjadi muslimah. Membawa maksud, Allah SWT memilih sesiapa yang Dia kehendaki. Hidayah hak mutlak Nya.
Saya teringat kata-kata seorang follower blog saya suatu ketika dahulu, beliau wartawan Sinar Harian. Katanya dalam bidang kerjanya, paling yang dia takuti adalah penulisannya akan disoal oleh Allah SWT di akhirat kelak.
Dakwah itu seni. Penyampaian dakwah yang hak adalah melalui oral dan tulisan. Itu yang sentiasa saya pegang. Oleh kerana begitu yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabat. Para wartawan seharusnya rasa bertuah kerana diberi peluang untuk menjalankan seruan dakwah melalui kerjaya mereka. Walaupun kerja hakiki mereka adalah mensensasikan gossip selebriti, sebaran berita dan memanaskan wacana politik serta ekonomi. Ambil peluang bercerita tentang tauhid kepada masyarakat melalui cara yang berseni. Jangan pula menulis yang bukan-bukan pada masyarakat atau sekadar mencantikkan susun kata. Kadang-kadang kita tertanya-tanya siapakah mualaf sebenarnya di sini?
Pertanyaan pertama, benarkah Cassius Clay dilahirkan bukan Muslim? (saja pilih Cassius Clay.. hehe)
Pengetahuan kita di bangku sekolah rendah tentang mualaf ; jika ada orang yang bukan Melayu “masuk” Islam. Mereka convert. Mereka tukar agama. Itu yang mereka ajar kita, sesuai dengan soalan kita pada ustazah waktu itu “ Dalam syurga ada KFC dak?”. Hehehe.
Sesuai dengan wartawan, sepatutnya anda dah tahu. Dalam Islam, kita semua dilahirkan dengan iktikad tauhid yang benar. Mereka yang lain itu revert. Mereka “kembali” pada Islam setelah tersasar.
Allah Subhanahu wa Ta’ala Berfirman : “Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Agama (Islam), sesuai Fitrah Allah. (Tetaplah atas) Fitrah Allah yang menjadikan (menciptakan) manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah (itulah) Agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (QS. Ar Rum : 30)
Pertanyaan kedua, adakah Tiara Jacquelina yang telah 21 tahun kembali pada Islam itu masih releven sebagai mualaf?
Mungkin di Malaysia ni dah jadi satu budaya....sesiapa masuk Islam...tak kira la baru atau dah lama...akan tetap dipanggil sebagai mualaf...dulu lagi teruk...di gelar sebagai masuk melayu...
BalasPadamBetul. Betul. Sampai sekarang pun.. ada lagi orang tua-tua cakap 'masuk Melayu' tu...
Padambagi aku Cassius Clay tu kira muslim hebat la, tengok interview dia zaman muda-mudi dulu fuhh anti-brainwash, sentiasa bersemangat abis, kira 'true rappers' la, petah berkata-kata, seorang pemikir yg waras yg Allah anugerahkan dia cahaya dan kembali kepada Islam.. bangga ada revert macam dia. tentu dia pun kira idola hang kan?
BalasPadamTiara Jacquelina? no komen!
Semestinya beliau idola saya!
Padam