Pada suatu hari SMK Kuala Perlis telah menghadiahkan berdozen-dozen buku untuk sudut bacaan di tempat saya bertugas. Dalam banyak-banyak buku saya tertarik dengan tajuk buku ini, lebih lagi pengarangnya adalah Imam al Ghazali yang sangat kita dihormati. Buku ini diterjemahkan atas usaha Achmad Sunarto dan diterbitkan di Jakarta pada Jun 1989, seperti biasa kita antara negara yang terlewat dalam membawa kitab-kitab hebat untuk diterjemahkan bagi penyebaran ilmu hingga kini. Dewan Bahasa dan Pustaka ayoh!
Alhamdulilah, bahasa Melayu yang diterjemahkan oleh Achmad Sunarto sempurna dan boleh difahami secara keseluruhannya oleh orang Malaysia juga. “Mengingati Kematian” adalah sebahagian dari bab dari kitab Ihya’ Ulumiddin.
Sebelum saya ulas lebih lanjut, sebenarnya baru minggu lalu saya mengetahui kitab Ihya’ Ulumiddin mempunyai kelemahan dan lantang dikritik oleh kebanyakan ilmuan Islam. Itupun setelah membaca jawapan Dr. MAZA mengenai Hukum Mengkritik Tulisan Imam al Ghazali. Apa yang pasti orang awam dan manusia keji seperti saya tidak layak untuk mengkritik Imam al Ghazali tetapi memadailah saya berwaspada pada bab yang telah disahkan tidak benar. Rupanya Ihya’ Ulumiddin bukan hanya dikritik baru-baru ini tetapi sejak dahulu lagi oleh pengkaji-pengkaji hadis.
Namun, Ihya Ulumiddin hanya dikritik pada pengunaan hadis yang doif dan meragukan sahaja, tetapi penerapan rohani, kata pendorong modal hidayah yang disusun oleh al Ghazali adalah sesuatu yang sangat luhur. Perlu diingat, Imam al Ghazali dikenali bukan sebagai pakar dalam bab hadis namun apa yang beliau olah dan simpulkan dalam subjek kematian ini begitu memberi kesan pada nurani dan pemahaman terhadap kecintaan Allah SWT serta rahmat Nya.
Saya simpulkan buku ini hebat karangannya dan perlu dibaca kerana jarang kita temui buku-buku yang menjawab dan mengambil bab kematian dengan penjelasan yang mampu merungkai segala macam trauma dan penyakit cintakan duniawi.
Kitab yang tiada syak padanya hanyalah al Quran. Manusia yang terpelihara dari sebarang dosa adalah Muhammad SAW.
Imam Sofyan Ats Tsauri berkata “ Bersikap zuhud terhadap dunia adalah dengan kurang berangan-angan dan bukalah dengan memakan makanan yang jelek dan memakai jubah yang kasar”.
Baca HUKUM MENGKRITIK TULISAN AL GHAZALI >>>
setiap masa aku ingat mati ni.. terlalu banyak benda yg mengingatkan aku tentang mati, terutama dari stuff2 metal :)
BalasPadamdeath metal atau black death metal bro? hahaha
Padamagak-agak bleh dak jual kat aku buku tu?
BalasPadameh! Lan... berminat ke buku tu?
Padam