Daripada Mu'awiyah r.a: Aku pernah mendengar Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang Allah hendakkan kebaikan kepadanya, Allah akan berikan kepadanya kefahaman agama." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Anda pernah lihat video Garfunkel & Oates berjudul “The Loophole” di Youtube?. Ia ditonton lebih 9 juta orang. Perasaan aku berbaur antara lucu dan sedih bila menontonnya. Lucu bila melihat orang Nasrani menafsir Bible menurut hawa nafsu demi untuk menghalalkan perbuatan terkutuk mereka. Namun aku sedih bila memikirkan golongan Yahudi dan Nasrani yang mempunyai Nabi dari kalangan mereka sendiri pun gagal untuk mendapat kelebihan dalam beragama. Tahukah anda kita turut beriman pada Nabi-Nabi mereka termasuklah Jesus a.s.? Namun perbuatan bid’ah terbukti merosakkan kemurnian agama. Ajaran dan tunjuk ajar para Nabi diselewengkan. Sarjana Nasrani sendiri meragui ketulenan Bible, malah hanya beberapa keratan ayat sahaja dalam Bible yang dikatakan benar-benar dicoretkan dari lidah Isa bin Maryam atau digelar mereka sebagai Jesus. Mentertawakan mereka hanya membuatkan aku terfikir apa kurangnya kita?
Penderaan seks adalah jenayah yang amat memalukan institusi Nasrani. Ia bagai luka bernanah yang tidak mahu sembuh. Ia bagai wabak yang menjangkit tokoh-tokoh mereka di serata dunia. Paling terbaru, George Pell, individu ke-3 terpenting di Vatican telah dikaitkan dengan serangan seksual terhadap 10 orang budak lelaki. Manakala paderi Jose Garcia Ataulfo, dari Oaxaca Mexico telah dilaporkan merogol 30 kanak-kanak dari umur 5 hingga 10 tahun dibawah asuhannya. Aduan telah dibuat ke Vatican namun Pope Francis hanya memindahkan paderi Jose ke gereja lain kerana mahu pendekatan bersifat pengampunan bukan hukuman. Kes ini diisytihar tutup oleh Vatican. Manakala sebuah kes yang lebih pelik di Colorado pada tahun 2016, seorang pastor Robert Wyatt merogol budak perempuan 12 tahun berulang kali walaupun diketahui oleh pihak gereja dan keluarga mangsa sendiri, mereka lebih rela melindungi nama gereja dan percaya sesi biblical kaunseling lebih bagus untuk menyelesaikan masalah itu. Namun orang ramai telah bertindak melaporkan pada polis. Di Sao Paulo pula, seorang pastor Sobrino Valdeci Picanto memperdaya sekumpulan jemaah wanita untuk melakukan oral seks dan meminum spermanya yang dianggap suci. Ketika serbuan polis, Valdeci sedang asyik mengosok zakarnya ke wajah seorang wanita yang percaya ia mampu memulihkan perniagaannya yang sedang merosot. Valdeci menjelaskan kepada pihak polis yang beliau telah bertemu Jesus dalam sebuah rumah pelacuran dan ditugaskan oleh Jesus untuk menyebarkan benih sucinya ke seluruh Brazil. Kegilaan apakah ini? Adakah ini boleh dikatakan sebagai ‘tarekat’ Nasrani?
Kenapa aku kata begitu? Hal yang sama telah pun berlaku dalam masyarakat Islam. Ketika aku berwisata di Kota Medan, Indonesia pada tahun 2014, kira-kira sebulan sebelum aku berkunjung ke sana, dunia Islam nusantara telah dikejutkan dengan kebangkitan warga Kota Medan termasuk Laskar Mujahiddin dan pihak polis yang menyerbu Maskas Ihya Ulumuddin. Mereka telah lama tergangu oleh aktiviti peribadatan aneh tarekat Summaniyah yang ditolak Majelis Ulama Indonesia Sumatera Utara. Masyarakat akhirnya naik berang dan bertindak apabila 11 orang murid membuat aduan polis kerana diperkosa dan dipaksa meminum sperma sebagai ritual agama. Tarekat Summaniyah bermula sejak tahun 1976 namun mula terkenal apabila diterajui Syeikh Haji Ibrahim atau Ibrahim Bonjol (1920-1991) yang merupakan seorang anggota Partai Komunis Indonesia. Anaknya Azizah Hanum berkahwin dengan Syed Muhammad dan berhijrah ke Kelantan, Malaysia. Tarekat Summaniyah telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Malaysia pada tahun 1998.
Manipulasi syaitan dan hawa nafsu tidak kenal doktin dan agama.
Liwat bukan perkara asing lagi dalam institusi biara terutamanya di Amerika Syarikat kerana ditafsirkan tidak berdosa disebabkan tidak disebut dalam Bible kecuali jika dilakukan oleh pasangan lelaki gay. Jangan hairan tabiat meliwat juga berlaku meluas di Timur Tengah kerana ada pendapat ulama (antaranya: Ibn Sya’ban, tonggak Mazhab Maliki di Mesir) yang mengharuskan perbuatan itu antara suami isteri . Ada juga kisah terpencil mengenai gadis-gadis Arab yang memilih liwat yang dianggap lebih ringan dari perzinaan demi cinta dan nafsu.
Pada Ogos 2017, Malaysia dikejutkan dengan perbuatan keji seorang ayah yang meliwat anak perempuannya berusia 15 tahun. Menurut perbicaraan mahkamah, tertuduh mengaku meliwat anaknya 3 kali setiap hari sehingga terkeluar najis. Lebih mengejutkan, dia turut mengaku meliwat anaknya di hotel sewaktu melakukan ibadah umrah di Makkah. Ketika itu anaknya baru berusia 13 tahun. Perbuatan itu akhirnya terbongkar apabila anaknya mengadu kepada ibunya.
Aku mempunyai rakan-rakan athiest yang sering memperbodohkan nilai-nilai agama terutamanya Islam dek kerana perilaku pengikutnya. Kaedah mudah golongan athiest untuk mengenalpasti ajaran sesuatu agama itu serasi atau kolot dalam dunia urbanisasi adalah dengan menganalisa sikap dan amalan penganutnya. Mereka meluat dan jijik pada gerakan dakwah tetapi mereka juga melakukan hal yang sama, iaitu melancarkan ‘kempen’ anti-agama atas nama meraikan sains dan teknologi. Ini semua tercetus apabila mereka melihat agama tidak lagi releven dalam memberi kesejahteraan sejagat.
Aku tidak hairan pada sikap membenci agama sebegini kerana fitrah manusia sukakan pada kebaikan. Bila agama digambarkan atau dicerminkan oleh penganutnya sebagai agen kerosakan, maksiat, penganiayaan, penindasan, perhambaan, kebodohan. Sesiapa pun akan membencinya…
Aku mempunyai rakan-rakan Muslim yang sepanjang masa membicarakan tentang perjuangan menuntut keadilan dari pemerintah, kegemilangan tamadun Islam dan penyanjungan terhadap ulama. Dalam masa yang sama mereka penzina, gemar meliwat, gemar mengambil hak yang fakir dan yatim dan bangga dengan perilaku tersebut sebagai testimoni kehidupan seorang manusia normal. Kononnya itu adalah lumrah kehidupan. Dan semua orang ada sifat mazmumah. Mereka menjaja kisah begitu sebagai trofi. Boleh anda bayangkan apa perasaan orang bukan Islam bila mendengarnya? Mungkin anda sendiri mempunyai rakan-rakan atau diri anda sendiri yang menjalani kehidupan begitu tanpa sedar.
Kita sendiri menyebarkan dogengan mengenai agama. Kita sendiri telah menconteng agama dengan najis dan darah. Dimana bezanya kita dengan golongan Yahudi dan Nasrani?
Hayatilah kata-kata yang disandarkan pada Ibn Rejab ini: “Andainya kamu tidak dapat bersaing dengan insan bertaqwa dalam mengerjakan amal soleh. Maka bersainglah dengan pendosa dalam banyaknya bertaubat”
Artikel ini adalah petikan daripada buku Mengukir Nada Dari Besi tulisan yang diterbitkan oleh Karyaraya Publishing pada tahun 2017.

pendapat yang bernas..sekarang ni pun kita dah nampak "paginya beriman,petangnya dah kafir"
BalasPadamyg benar tetap ada tapi kebanyakan sekarang jangan kita nak tertipu dgn mainstream or what islamik itu ini the facts is kita hujung akhir zaman dah ni fitnah lagi power kan?
BalasPadam