The Origin Story Of The Man Who Become
Dracula
Bermaksud ‘permulaan kisah seorang lelaki yang menjadi drakula’. Akhirnya saya ada kesempatan untuk melihat filem olahan terbaru mengenai Vlad Tepes atau Vlad the Impaler atau Vlad The Lord Impaler atau Vlad (ke-3) Son of Dracul. Tepes bermaksud ‘penyula’.
Apa yang nyata dalam filem ini ada dua sahaja, Pertama: ia tetap tidak lari dari adaptasi kisah khayalan pengarang yahudi Bram Stoker mengenai Pontianak pada 1897. Stoker tidak penah pun melawat Romania tetapi pernah membaca scroll sejarah Vlad III. Kedua: Oleh kerana Vlad dianggap wira tentera Salib di Eropah, Hollywood seperti biasa mula menabur fitnah agar Kristian dan Islam bercakaran dengan merubah fakta sejarah dan menghitamkan pentadbiran Kerajaan Khalifah Uthmaniah walaupun Vlad III seorang yang kejam. Hollywood dengan pembiayaan missionary mampu mengambarkan syaitan pun lebih mulia dari Islam. Malah Vlad III digarap sebagai seorang pencinta sejati, romantis, patriotik, mempunyai kuasa sakti yang diperolehi dari syaitan, gagah berperang ribuan tentera Turki hanya seorang diri, berjaya membunuh Sultan Mehmet II dan dipihak yang tertindas. Kasihankan? Kerja missionary seringkali mengunakan elemen simpati untuk mengembalikan ‘iman’ umat-umat mereka. Tidak percaya? Nah buktinya. Anda tahu dalam beberapa minggu pertama selepas terbitnya filem Passion of Christ (2004) gereja-gereja di USA penuh sesak dengan jemaah yang kembali beriman setelah simpati terhadap pengorbanan Jesus yang dicoretkan dalam filem itu? Sejarah tidak mungkin berubah. Hah! Itu kata-kata lapuk, Yahudi mampu merubah sejarah dan fakta. Lihat sahaja filem Dracula Untold ini, walaupun ia tidak mampu membohongi golongan intelek tetapi ia bakal menjadi satu rujukan filem sejarah dan akan memberi impak dalam mungkin 10 tahun lagi.
Apa pun anda harus tonton filem ini. Dari situ anda cuba lihat fakta sejarah yang langsung TIDAK dimuatkan dalam lipatan sejarah Romania ini;
1. Vlad Ke-3 adalah putera kepada Vlad Dracul Ke-2 raja Wallachia, negeri di selatan Transylvania. Vlad II mendapat gelaran Dracul (bererti ‘naga’) dari sayap pertahanan sebuah biara di Nuremberg yang mendapat peruntukan dari maharaja Rom, Sigismund. Kumpulan militan itu bernama Order of the Dragon ditubuhkan untuk memerangi tentera Uthmaniyah.
2. Wallachia adalah lokasi berdarah berabad lamanya kerana merupakan titik temu antara tentera Kerajaan Uthmaniah untuk memperluaskan kuasa ke Eropah, manakala kemaraan tentera Salib untuk menakluk Baitulmuqaddis, Palestin.
3. Vlad II Dracul telah ditahan pada 1442 ketika mengadap Sultan Murad II untuk rundingan diplomatik, kerana Wallachia dibawah pentadbiran Kerajaan Uthmaniah yang diwajibkan membayar cukai. Vlad II Dracul dibebaskan dan dibenarkan kembali memerintah Wallachia, manakala kedua puteranya Vlad III dan Radu dijadikan tahanan politik di istana Turki sebagai perjanjian damai. Vlad III dan Radu diberi didikan sewajarnya sebagai putera raja di Turki. Pada usia 13 tahun Vlad III telah diajar membaca al Quran, kemahiran perang, ilmu falsafah, matematik, ekonomi, dan bahasa Turki.
4. Vlad III dirakamkan sering memberontak dan sangat mencemburi adiknya Radu yang lebih pintar, mempunyai akhlak yang mulia serta lebih kacak darinya. Dalam lipatan sejarah mencatatkan, Vlad III dicemuh dan sering didenda kerana perangai buruknya itu. Manakala Radu, mendapat gelaran Radu III the handsome atau Radu yang Kacak oleh pihak istana. Bagi yang tidak tahu adik Vlad III ini memeluk Islam dan terus menjadi pembesar dalam Kerajaan Uthmaniyah.
5. Dalam filem Dracula Untold juga langsung tidak ditonjolkan nasib ayahnya dan abang sulung Vlad III bernama Mircea yang lebih malang. Pada 1447 Vlad II Dracul disingkir sebagai raja oleh pahlawan-pahlawan Wallachia sendiri yang digelar boyar dan dibunuh mereka. Manakala abangnya, Mircea diseksa dan ditanam hidup-hidup. Pakar sejarah menyatakan ia antara penyebab Vlad III menjadi pendendam selain tekanan perasaan yang dihadapi semasa dibesarkan di Turki.
6. Simpati dengan nasib keluarganya, Sultan membebaskan Vlad III untuk kembali ke tanahairnya dan diberi kebenaran memerintah Wallachia dengan membayar cukai. Namun Vlad enggan membayar, sebaliknya mengistihar perang terhadap Kerajaan Uthmaniah yang berpusat di Istanbul atau Constantinople. Vlad juga menghadapi peperangan dalaman negerinya sendiri untuk merebut tapuk pemerintahan. Oleh itu Vlad menjemput ratusan boyars yang membuat konspirasi bagi mengulingkannya untuk satu majlis banquet dan menyula mereka semua dalam majlis itu.
7. Bukan itu sahaja Vlad turut menyula sesiapa sahaja yang mempunyai hubungan dengan boyar, termasuk peniaga-peniaga Saxon.
8. Tidak seperti dalam filem yang menunjukan rombongan diplomatik Turki begitu ganas dan merisaukan Vlad ketika mereka hadir untuk meminta cukai dan 500 orang rekrut ( dalam filem 1000 orang kanak-kanak) untuk berkhidmat sebagai tentera. Hakikat sebenar rombongan tersebut dibunuh dengan memaku serban di tengkorak mereka hanya disebabkan mereka tidak membuang serban ketika mengadapnya.
9. Direkodkan Vlad III membunuh hampir 100,000 orang. Pernah dia bersama tenteranya menyula 20,000 orang di bandar Targoviste hingga menyebabkan Sultan Mehmat II kembali ke Istanbul setelah melihat pemandangan yang ngeri itu.
10. Vlad III dalam filem digambarkan sebagai mangsa, sebaliknya beliau turut menganggu gugat daerah-daerah dibawah pentadbiran Uthmaniyah dan membunuh orang-orang kampung yang tidak berdosa. Dalam suratnya yang popular kepada pegawai tentera Uthmaniyah Vlad menulis ‘ Beta telah membunuh petani-petani, lelaki dan wanita, tua dan muda, yang tinggal di Oblucitza dan Novoselo, di mana Danube mengalir ke laut… Kami membunuh 23,884 orang Turki, yang tidak diambil kira berapa yang kami bakar rumahnya atau dipenggal oleh tentera Kami.. Dengan itu wahai Tuanku, ketahuilah beta telah merosakkan kedamaian’.
11. Kejadian itu membuatkan Sultan Mehmet II bertindak balas dengan menghantar bala tentera dipimpin jeneral Mahmut Pasha dan dibawah arahan adik Vlad III sendiri Radu the Handsome. Pemerintahan Vlad III selama 3 dekad tumbang apabila Kerajaan Uthmaniyah menguasai Semenanjung Balkan. Radu sendiri menakluk istana Poenari milik Vlad III dan dilantik menjadi pemerintah Wallachia. Vlad mendapat perlindungan kerajaan Hungary.
12. Pertahanan kental tentera Vlad III diraikan oleh Rom sehinggakan Pope Pius II pun bangga. Namun, penyulaan dan sifat sadism beliau mula diperkatakan di seluruh Eropah.
13. Vlad III mula kehabisan wang tajaan Rom untuk membiayai tentera-tentera upahannya(mercenaries). Atas perebutan untuk mendapat nama di mata maharaja Rom, Vlad III difitnah dan ditangkap oleh orangnya sendiri Matthias Corvinus mengatakan Vlad III sebenarnya adalah sekutu Turki. Dipercayai juga tindakan Matthias itu untuk menghentikan peperangan Salib yang dipimpin Vlad III. Vlad dipenjara di Oratea Fortress, Hungary.
14. Pada 1466 Vlad dibebaskan dari penjara, dicatatkan Radu sebagai adik Vlad dan pemerintah Wallachia ketika itu mengunakan pengaruhnya untuk membebaskan Vlad. Seterunya Vlad berkahwin dengan IIona Szilagyi.
15. Apabila Radu mangkat, pada 1475 Vlad mulakan kempen untuk menakluk Wallachia semula dengan bantuan Istvan Bathory dari Transylvania. Wallachia ketika itu diperintah oleh putera Turki, Basarab. Kempen Vlad berjaya dan Putera Basarab melarikan diri meminta bantuan. Vlad III hanya sempat jadi raja 2 bulan sebelum tentera Turki datang ke Wallachia menyerang dan membunuhnya.

16. Terdapat beberapa kisah mengenai pembunuhan Vlad III, ada yang mengatakan Vlad dibunuh ketika melakukan seks di istana, ada yang mencatakan dia dibunuh oleh orang-orangnya sendiri. Antonio Bonfini dan sarjana Turki mencatatkan kepala Vlad dipenggal, diawet dalam madu dan dibawa ke Istanbul. Kepala Vlad dipersembahkan kepada Sultan Mehmet II sebagai bukti Vlad III telah tewas. Manakala tubuh Vlad dikebumikan tanpa sebarang upacara oleh Putera Basarab di sebuah biara yang dibina oleh Vlad pada 1461 yang terletak di Comana.
Tambahan:
Sula atau penyulaan adalah satu kaedah seksaan dan pembunuhan yang kejam dengan menusuk tiang kayu atau besi samada dari belakang atau menegak melalui dubur atau vagina hingga keluar melalui tengkok atau mulut mangsa. Tiang itu kemudian didirikan sebagai pameran kesengsaraan yang ditanggung mangsa. Ia mengambil masa berjam-jam atau beberapa hari untuk mangsa menemui ajal.
Kumpulan muzik yang begitu mengkagumi Vlad adalah CRADLE Of FILTH, MACABRE, IMPALER, ICED EARTH, . Manakala kumpulan MARDUK dari Sweden juga pernah menghasilkan sebuah album konsep yang merujuk kepada sejarah Vlad Tepes berjudul “Nightwing”.
Kerajaan Uthmaniah rampas Hagia Sophia tempat suci yg menjadi Gereja Besar penganut Kristian Ortodoks yg digunakan hampir 1000 tahun, dijadikan masjid, adakah ini islamik?
BalasPadampoint no 03= Vlad III rasa di-fucked-up kerana dijadikan tahanan politik secara paksa, malah dia menjadi benci kpd bapaknya sendiri kerana sampai hati serah dia kpd kerajaan Uthmaniah. adakah tindakan kerajaan Uthmaniah ini islamik?
point no 11= hantar adik lawan abang sendiri adakah ini islamik?
yes Vlad III seorang yang kejam, but i have no wonder if Vlad III is so pendendam, or Kristian Ortodoks or Romania benci kpd Islam.
btw, aku tak tegok lagi citer ni.. mana nak download? huhu
Perbahasan yang baik PC kOKak, memang tidak dinafikan era Utmaniyah Turki yang menindas dan kejam merupakan titik kejatuhan zaman khalifah ke3.. Sultan Mehmet II juga digelar Mehmet The Conqueror.
PadamPoint no.11, mungkin saudara tak familiar dengan 10 orang sahabat paling rapat dengan Rasullulah SAW, Abu Ubaidah Ibnul Jarrah, beliau diduga dengan terpaksa berperang dan membunuh ayahnya sendiri di medan Badar, sehingga Allah menurunkan kisahnya dalam Surah Al Mujadalah. Rasulullah menganugerah gelaran "Pemegang Amanat Ummah" kepada beliau. Jadi kembali kepada soalan saudara: Yes, Islamik dan pure jihad.
Rasanya dalam youtube ada full version kot?
Lepas filem passion of the Christ,nama Mel Gibson mcm dah tak popular kat Hollywood.belakon filem pun cuma filem2 B grade je.mmg dia kena pulau kat arus perdana Hollywood ke?
BalasPadamYep, biasa la bro. Mel Gibson dikatakan cuba hidupkan sentimen kebencian pada Yahudi semula, apabila dunia mula melihat kerana merekalah Jesus disalib. Mel dituduh anti-Yahudi, tapi media barat kata anti semitic, mana bleh agama wahyu semua semitic. Macam la depa aja ada hubungan dengan Tuhan... orang lain depa x iktiraf... so typical jew.
Padam